May 31, 2010

Soalan Lazim Tempahan Karikatur

Salam 1 Malaysia kepada peminat karikatur dan kartun Malaysia, khususnya yang sering mengikuti perkembangan Mycartoonnizz.blogspot.com. Rasanya hampir 1 tahun sejak kelahiran blog ini yang bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian ilmu lukisan.


Sepanjang itulah kami sering diajukan dengan pelbagai soalan yang perlu dijawab bagi memenuhi kepuasan pelanggan yang ingin menempah lukisan karikatur wajah mereka atau menghadiahkan kepada seseorang yang istimewa.


Berikut antara soalan-soalan lazim yang sering ditanya kepada kami, dan kami jawab dengan ikhlas.


  1. Apakah tujuan karikatur?

Karikatur merupakan satu lukisan 2 Dimensi yang dilukis dengan pelbagai tujuan antaranya menggambarkan potret individu, kerjaya, cita-cita dan semangat. Karikatur dipersembahkan dalam bentuk humor / jenaka agar senyuman tidak lekang dibibir apabila berulangkali menatapnya.


  1. Siapa yang sesuai untuk dikarikaturkan?

Anda sendiri, adik beradik, keluarga, kekasih, pasangan cinta, rakan sekerja, bos atau haiwan kesayangan anda..


  1. Apa beza karikatur anda dengan pelukis karikatur jalanan di luar sana?

Kami berurusan secara maya iaitu anda sebagai pelanggan berhubung melalui email dan telefon. Proses kerja juga secara digital dimana lakaran awal dipaparkan sebaik sahaja anda menghantar gambar asal kepada pelukis kami. Dengan cara ini anda telah menjimatkan masa dengan tidak perlu keluar daripada rumah atau pejabat untuk menempah lukisan karikatur.


  1. Berapa lama bro nak siapkan karikatur saya?

Karikatur anda akan dilukis secara manual (lukisan tangan) dan melalui proses imbasa (scan) ke dalam computer untuk di perkemaskan dan akhirnya di warnakan secara digital dengan menggunakan perisian yang sesuai. Proses ini mengambil masa 1 minggu bagi menjaga kualiti dan teknik karikatur dihasilkan.


  1. Fail karikatur daripada DVD boleh dicetak terus?

Fail karikatur anda telah di setkan dengan resolusi warna berformat jpeg yang sesuai untuk dicetak terus tanpa apa-apa perubahan kecuali saiz output. Kesemua master artwork menggunakan layout menegak (potret).


  1. Mana lebih baik, versi inker atau digital color?

Terpulang kepada citarasa anda. Kos dan kepuasannya juga berbeza. Tepuk dada tanya selera.


  1. Berapa besar saya boleh cetak karikatur ni?

Setakat ini ada pelanggan mencetak karikatur mereka di atas banner, bunting yang bersaiz 2’x 4’. Tiada masalah selagi menggunakan fail master artwork kualiti warna tetap sama.


Setakat ini buat seketika dan jika ada input terkini akan di paparkan buat pengikut yang setia. Terima kasih atas sokongan anda. Majulah seni untuk Negara.. Salam 1 Malaysia buat anda..!


mycartoonnizz love you...visit our gallery :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...