Jul 20, 2012

Idea konsep buku cerita ala komik





Sentuhan terkini dari creative team mycartoonnizz untuk bulan Julai ini.. Kami menerima 1 job dari seorang pelatih pendidik yang mahukan idea konsep untuk buku komik bertajuk Sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Dalam projek ini kami mengalu-alukan kehadiran seorang lagi warga mycartoonnizz yang baru iaitu Aswad. beliau akan memulakan langkah sebagai colring artis kami bersama-sama Syahir bagi menampung tugasan yang semakin banyak.

Apa pun komitmen dan aspek kualiti menjadi teras kejayaan mycartoonnizz menempa nama di persada nasional.

Kepada mereka2 diluar sana yang mencari pelukis konsep idea ilustrasi untuk majalah, buku kanak-kanak, komik, novel dan apa sahaja boleh hubungi admin mycartoonnizz.. Kami akan menyediakan sebutharga yang sesuai untuk projek di luar pakej kami.


Email : mycartoonnizz@gmail.com
HP : [013] 2377 983
 

Jul 16, 2012

Harga Kami

Hai salam Isnin buat anda semua.

Minggu ni agak sibuk dengan pelbagai agenda samada famili dan hal kerja.
Apa pun saja nak bloging tentang HARGA @ mycartoonnizz. Kami sangat berbesar hati dengan tawaran tugasan dan tempahan yang diluar pakej yang disediakan. Rezeki jangan di tolak. selagi boleh terima, kami akan terima.
Namun  kami suka jika anda mampu memahami standard kerja kami yang mengutamakan kepuasan pelanggan. Ada tawaran kerja yang tidak munasabah untuk disiapkan. Ada juga kerja yang bayaran tidak setimpal dengan kuantiti. Ada juga pindaan yang berlebihan dari apa yang ditetapkan.

Kami sedia melayan semua karenah pelanggan. Kami faham yang bukan semua mudah atau mampu mengerti bagaimana cara pelukis bekerja. Apa yang mampu kami jelaskan kami cuba.

Harga kami adalah mengikut standard kerja. Anda boleh bandingkan kami dengan pelukis yang lain, tiada masalah. Pilihan ditangan anda. Kami bangga dengan tawaran harga kerja kami dan seharusnya anda berbangga mendapat karya yang berharga sedemikian.

Harga kami akan berubah mengikut keperluan pelanggan. Jika tidak sesuai kita boleh berunding dan jika tidak mampu anda boleh cuba kepada pelukis lain. Kami tidak memaksa anda. Anda berhak memilih yang terbaik untuk anda BAYAR.

Syukur setakat ini dengan sikap lebih bertolak ansur dalam berniaga, kami masih boleh mengembangkan sayap dalam perniagaan seni ini. Tahniah kepada mereka yang telah mendapat khidmat lukisan kami.

Insyallah hujung minggu ini ramadhan bakal menjelang dan tempahan lukisan masih berjalan seperti biasa.. Kerja overtime la kalau banyak tempahan. :)

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jul 14, 2012

Job Kartun Mewarna untuk kanak-kanak

Salam hormat buat anda semua, kali ini admin nak war-war kan satu job yang agak unik dan istimewa, dan kalau diizinkan tuhan kira ini adalah 1st job yang akan diwarnakan oleh kanak-kanak secara manual. Job untuk karnival hari raya di salah sebuah event tahun ni.

X nak cerita banyak disini pasal karnival, nanti bila orgeniser dah approve baru kita cerita dan siap promote suruh datang ramai2.. (silap2 aku pun datang bawak anak!)

Jadi kat sini just nak pamerkan proses kerja dengan orgeniser dari set draft kasar hingga warna penuh!. enjoy..!





Tempahan : [013] 2377 983 nizzam
Mycartoonnizz Digital Art Since 2008

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...