Sep 22, 2012

Mycartoonnizz LA 2012

Lintas langsung.. artis mycartoonnizz akan turun sekali lagi untuk memenuhi permintaan agensi pelancongan nasional.. dimana.?? tunggu nanti kami upload di facebook dan blog.

Kepada yang nak menjemput mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga, anual dinner atau apa sahaja program samaada indoor atau outdoor, kami ada menawarkan beberapa Pakej Mycartoonnizz Live  in Action (Mycartoonnizz LA).

Tempahan dan perbicangan dalam tempoh 1 bulan dari majlis  untuk mengelak pertindihan masa dengan beberapa program lain. Kami mengutamakan Tempahan dan bayaran Deposit terawal.

Berikut beberapa persoalan lazim yang biasa mycartoonnizz layan (dengan mesra gitu..)

1. Berapa harga untuk 1 majlis?
 Jawapan - harga kami bermula dari Ringgit Malaysia 300 hingga 900. Bergantung kepada jarak dan tempoh masa berada di lokasi.

2. Penganjur perlu sediakan tempat atau tidak?
 Jawapan - Penganjur hanya sedia power extantion, meja dan kerusi untuk kami bekerja.

3. Peserta perlu bayar atau tidak karikatur mereka?
 Jawapan - Ada pakej kami yang karikatur percuma (terhad kepada yang mendaftar) dan ada juga pakej bebas siapa berminat dikenakan bayaran.

4. Berapa lama mycartoonnizz dapat siapkan lukisan karikatur?
 Jawapan - Mycartoonnizz bekerja dalam 1 pasukan, untuk 20- 25 karikatur dapat siap dalam tempoh 2-3 jam.

5. Lukisan karikatur Mycartoonnizz siap secara manual atau digital?
 Jawapan - Semua karya karikatur Mycartoonnizz adalah digital, kami akan mencetak semua karikatur dan di laminate kemas sebelum diserahkan kepada penganjur/peserta.

6. Lukisan karikatur jenis apa yang mycartoonnizz sediakan nanti?
 Jawapan - Solo berwarna. Kami sediakan templet untuk gaya badan karikatur sebagai pilihan standard.

7. Jika ada tempahan diluar pakej live on action, mycartoonnizz terima?
 Jawapan - mycartoonnizz hanya menerima tempahan dan tempahan akan dibuat selepas tamat sesi Mycartoonnizz LA.

8. Bayaran bagaimana?
 Jawapan - Deposit sebanyak 50% dan baki selepas tamat sesi Mycartoonnizz LA di lokasi. Bayaran deposit secara online / bank-in ke akaun Maybank2u atau CIMBclick.

9. Apa penganjur terima?
 Jawapan - Penganjur akan dihadiahkan 1 artwork  misteri ~ khas dari Mycartoonnizz LA.

Sedikit foto tak rasmi mycartoonnizz live in action arkib!

 Tahun 2010 - lukisan secara manual kemudian scan ke komputer untuk proses digital.. giler slow kejer masa ni.. nasib banyak sabar.. Lokasi - Danga City Mall - Expo Pengantin 2010

Tahun 2011 - lukisan secara digital 90% sebab masih ada sedikit proses manual di buat.. namun kerja semakin pantas dan masa ni main 3 sofware untuk dapatkan kesan khas yang lain macam bestnyer.. Lokasi - Plaza Angsana - Expo Dunia Raja Sehari 2011

Untuk Tahun 2012 nantikan lah yer.. tunggguuuuu... :)

Sep 14, 2012

Job dari Segamat, Johor.

 Faizal & Isma
Tema: Oren
Segamat
   Kamil & Masha
Tema: Pink
Segamat
 Amin & Saleha
Tema: Purple
Segamat

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...