Nov 29, 2013

2014 bakal tiba...

Hai salam hujung minggu.. selamat bercuti pada mereka yang bercuti sempena musim cuti sekolah. Post kali ini nak flash back seawal tahun 2004.. sesuai dengan tajuk post 2014 bakal tiba.. kira dah 10 tahun beb.. 10 tahun develop teknik dan style karikatur mycartoonnizz sehingga diangkat orang mereka yang menghargai seni kreatif anak tempatan.

Untuk tempoh itu pelbagai dugaan dan ragam dalam meneruskan minat dan peluang untuk karya di hati peminat seni. Ada yang suka, seronok dan tidak kurang juga yang cerewet seperti tidak faham kelainan yang di tonjolkan oleh mycartoonnizz.

Dalam tempoh 10 ini juga teknik mycartoonnizz semakin hari diperkemaskan dan sesuai dengan arus digital masa kini. Dahulu mycartoonnizz di bawa secara solo dengan berbekalkan pen dakwat hitam, pen marker hitam dan kertas A4. Selepas siap setiap lukisan itu dibawa ke kedai photostat untuk di jadikan bukti dan simpanan pelukis, mana ada scanner dan camera HP seperti zaman sekarang. Berkarya di tengah-tengah program dari jam 8.30 pagi hingga lewat 5 petang. Tak putus-putus pelanggan memberikan foto ukuran passport dan 4R dan ada juga sanggup tunggu giliran untuk di lukis secara live. Memang tak menang tangan pada masa itu..( Mungkin harga untuk 1 lukisan masa itu cuma rm2.00 untuk seorang. Mungkin harga pada ketika itu sudah memadai untuk seorang pendatang baru yang sedang mencuba nasib.

 Pasangan ini ada cerita dia.. beliau mahukan gaya gambar foto konvo dengan berpakaian jubah manakala tunangnya (kalau tak silap..mereka dah bertunang semasa belajar lagi..) sudah bekerja dan ini kenangan mereka bila bertemu kelak..Maklumlah bukan selalu jumpa. Sorang duduk KL sorang lagi duduk terengganu.


Nah 5 orang dalam 1 kertas A3 sebenarnya, tempahan selepas event dan semasa sedang praktikal di SMK (P) Bandaraya, KL.  dah tak ingat nama mereka tapi kalau jumpa boleh tegur. Wajah mereka semua di lukis dari foto passport. Gaya pose mereka memang dari angle atas..antara teknik awal lukisan mycartoonnizz yang lain dari pelukis lain ketika itu.


Kumpulan guru semakin ramai mengambil kesempatan atas skill dan harga yang dicas tak mahal. Tak boleh mahal masa tu sebab sedang belajar,  nanti tak dapat apa-apa semasa praktikum nanti. Ini adalah sekolah sahabat saya Abdul Rahim yang tak jadi sama sekolah dengan pelukis. Apa pun dia agak kesal kerana kami tidak sebumbung sekolah namun pengalaman masing-masing.


Keluarg ini baru mendapat anak seorang dan semasa ini pelukis mula bermain dengan anatomi badan yang lebih detail dan comel. Lebih-lebih lagi pada karektor kanak-kanak. Apabila di tunjukan pada mereka ayat pertama yang terkeluar ialah " ala la la comelnya..." . Syukur mereka suka dan tak pasti apa yang jadi dengan lukisan pada diorang.

Secara ringkasnya ketika ini setiap 1 lukisan pelukis cuma ambil masa dalam 15 minit sahaja untuk siapkan. Jadi sesuailah dengan harga pada ketika itu. Ye lah belum ada nama lagi.. Orang tak kenal. Facebook, Blog semua tak ada lagi.. Untung budak-budak sekarang, cepat tempa nama dan pengalaman.

Huh.. memang layan kalau nak flash back zaman kegemilangan ni.. apa pun kita akan countdown sehingga menjelang 2014. Akan ada promosi baekk punya menanti anda.. sentiasa follow up ok..

Chaw!

Nov 23, 2013

Jan-Feb 2013 order

Adik Uzma


Din Shutter

Gee Sekeluarga


 



April 2013 job



Azira Tim Sekata




Amin & Keluarga

PERCUMA

Mana ada dalam dunia sekarang benda nak beri PERCUMA..!

Perkara biasa orang akan tanya, ada percuma tak? yang ini percumakan..?!.. Susah-susah mycartoonnizz berikan PERCUMA kepada anda tetapi tidak semua ya... :)

Apa yang kami beri percuma ialah:

  1. Tajuk
  2. Hiasan kerawang atau grafik ringkas
  3. Nama anda
  4. Kata-kata hikmat dan sewaktu dengannya.
Sila rujuk grafik kalau tak faham juga boleh emel saya untuk pertanyaan, jangan takut sebab mycartoonnizz tak makan orang..


Nov 17, 2013

Lagi Karikatur Ekspress from cikgu-cikgi Johor Bahru




Selamat bercuti kepada semua budak2 sekolah. Diharapkan anda semua bercuti dengan gembira dan jauhi dari perkara yang merosakan minda dan jasad.

Lagi 1 bulan nak menghampiri penghujung tahun 2013. Banyak organisasi kecil mahupun besar sibuk mengadakan majlis akhir tahun, annual dinner dan sebagainya. Di mycartoonnizz sentiasa terbuka untuk melayan tempahan pelbagai pakej. Terbaru dan terkini dari SMK Tanjung Adang yang menempah Karikatur Ekspress dengan jumlah wajah yang perlu dilukis seramai 30 orang.

Alhamdulillah proses akhir telah siap untuk di sahkan oleh pengerusi Kelab Bilik Guru SMKTA. Karya ini adalah bersaiz A4 setiap satu wajah yang dikarikaturkan. Kaedah ini membolehkan setiap guru/staf menerima karikatur wajah masing2 dan bonus dalam bentuk sofcopy berformat jpeg.

Kepada organisasi lain seperti badan berkanun, kolej, syarikat swasta dan lain-lain boleh emel kepada mycartoonnizz@gmail.com untuk pertanyaan atau pun add facebook nizzam mycartoonnizz untuk respon segera. Kami ada page untuk di LIKE.. purplenstudio mycartoonnizz page

Salam hormat dan salam ceria di awal pagi ahad ini dengan ucapan selamat bercuti dan ceria-ceria selalu!

Nov 6, 2013

Terbanyak terhangat Karikatur Ekspress!!

Terbanyak,, rekod untuk 2013... 69 order dalam 1 minggu!!

Karikatur ini adalah bundle dari warga guru dari Perlis Indera Kayangan.

Istimewa buat anda diluar sana yang nak karikatur beramai-ramai, mycartoonnizz menyediakan pakej KARIKATUR ESKPRES yang paling sensasi, baru 1 bulan dilancarkan..

Apa tunggu lagi,, kumpulkan rakan2, saudara mara.. :)




Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...