Sep 16, 2015

Macam-macam permintaan Klien kita layan

Antara banyak-banyak tempahan dari klien mycartoonnizz yang nak mengabadikan kenderaan kesayangan mereka dan juga kenderaan impian. Daripada secomel skuter, vespa dan superbike hinggalah ke kereta sport dan bas!










Lukisan karikatur istimewa edisi ‪#‎couple‬ ‪#‎weddingcaricature‬ ‪#‎mycartoonnizz‬ ‪#‎kartuncomel‬


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Sep 9, 2015

200 vector karikatur dan kartun comel untuk diSEWA.




200 vector karikatur dan kartun comel untuk diSEWA.
Promosikan produk anda dengan kartun dan karikatur daripada MYCARTOONNIZZ. Sensasikan produk anda dengan kelainan dan kreativiti yang lebih dinamik dan unik berbanding pesaing anda. 

Laburkan nilai RM anda di MYCARTOONNIZZ dalam jangka masa panjang. 

Bersama-sama maju dan berdaya saing dalam era globalisasi perniagaan tanpa sempadan.
Kepada anda di luar sana, adakah anda menguruskan perniagaan:

  1. Percetakan Pengiklanan, T.shirt, Assersori, Kraftangan atau;
  2. Penerbitan Buku, Majalah, Novel atau;
  3. Animasi, Filem, Drama, Telco atau;
  4. Penganjur,

..tak kira besar kecil perniagaan anda. Sedikit pelaburan yang strategik mungkin member impak terbesar dalam promosi perniagaan anda tahun ini.

MYCARTOONNIZZ menawarkan 200 karikatur dan kartun comel yang bertemakan perkahwinan, couple, keluarga, remaja dan imej korporat.

Bagaimana caranya?
Mudah, anda hanya perlu hubungi admin MYCARTOONNIZZ di talian [ 013-2377983 ] whatsapps / telegram/ sms . atau emel permohonan anda di emel [ mycartoonnizz@gmail.com ] . Anda akan berurusan bagaimana cara sewaan yang sesuai untuk syarikat anda.

Setuju dengan pakej harga kami, anda boleh memilih hampir 200 karya ( artwork ) karikatur dan kartun comel. Karya ini akan di ubah suai mengikut keperluan sewaan dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat sensitiviti MYCARTOONNIZZ.

Karya  yang telah dipilih akan di REDRAW oleh artis kami dalam tempoh tertentu mengikut jumlah pilihan anda. Selepas itu anda akan dihubungi untuk mengesahkan karya anda dan anda anda telah boleh menggunakan karya tersebut bermula dari tarikh anda menerima emel kami. (360 hari sewa)

Untuk apa sewa?
Sewaan selama 1 tahun (360 hari) dalam 1 bayaran sahaja dan anda berhak menggunakan karya itu untuk tujuan promosi dan percetakan produk sampel. Kebenaran ini diberikan secara eksklusif kepada mereka yang menguruskan perniagaan seperti dinyatakan diatas tadi.

Kalau tak cukup, boleh tambah?
Boleh, seperti topup karya yang lain contoh sebelum ni ambil lukisan warna, nak tambah yang outline atau hitam putih hanya dikenakan cas tambahan mengikut bilangan karya. Harga boleh runding!

Karya dapat dalam bentuk apa?
MYCARTOONNIZZ menjalankan perniagaan online kartun dan karikatur, maka karya yang diterima adalah dalam bentuk softcopy ( digital ) yang mana akan diemel ke emel syarikat bagi menjaga kualiti dan format seting karya. Antara format digital yang disediakan:

  • Ai (Adobe Illustrator) atau;
  • PSD (Adobe Photoshop) atau;
  • PNG / JPEG / GIF

Hm... macam best kan.. apa lagi peluang dibuka julung-julung kali, dan tawaran ini terhad dalam tempoh tertentu sahaja. Untuk ketika ini promosi ini akan tamat pada tarikh berikut:

30 April 2016 - 30 Mei 2016

** entry ini sentiasa di kemaskini dari masa ke semasa. Pastikan anda semak tempoh promosi yang anda mohon selepas perbincangan secara atas talian dibuat.

Sep 5, 2015

Karikatur Berkumpulan daripada Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC)

Job berkumpulan untuk majlis perpisahan daripada Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC).

Jadi kepada yang tidak arif dengan cara kerja mycartoonnizz boleh lihat dan baca artikel ini edisi khas untuk lukisan karikatur sahaja. Job lukisan karikatur berkumpulan berbeza dengan couple atas faktor berikut:
  1. Saiz wajah agak kecil, lebih ramai yang perlu ada dalam 1 page maka lebih kecil wajah yang akan dikarikaturkan.
  2. Kualiti karikatur kurang detail lebih ringkas dan banyak menonjolkan karektor daripada pakaian, gaya dan fesyen.
  3. Komposisi karektor yang akan disusun samada ada latar belakang atau kosong.
  4. Permintaan sesetengah klien untuk masukan logo syarikat dan tulisan ucapan dengan pelbagai gaya.
  5. Dicetak atau tidak, mycartoonnizz akan sedia setkan saiz kertas untuk kemudahan klien. 
  6. Klien selalu bertanya kat mana cantik untuk print dan frame, jawabnya cetak di kedai foto. Memang kerja senang. Disana boleh siap pilih frame nak saiz apa.. 
Baik, seperti biasa. Apabila sebutharga telah dipersetujui urusan menghantar semua gambar yang hendak di lukis melalui email/whatsapp/ facebook inbox selepas pembayaran PENUH dibuat. 


 Draft Outline



Team Mycartoonnizz akan keluarkan contoh DRAFT OUTLINE seperti gambar diatas. Draft ouline atau idea kasar untuk melihat respon klien. macam biasa 80% terima..20% nak tukar background, baju nak gaya lain dll...kita layan baik punya. sampai puas hati. Cuma perlu ingat. Setiap kali ubahsuai masa penyiapan artwork akan berlanjutan hari demi hari lah. Daripada target nak siap minggu depan jadi bertambah 3 hari.


 DRAFT PROGRESS

Ada ketika klien nak urgent kita siap sedia dengan artwork progress secara print screen semasa siap satu satu peringkat. Ni kalau dah Urgent sangat ni. Harga sendiri kena ingatlah

 Pilhan 1

 Final Artwork

Selepas 4 kali perubahan dibuat dan masing-masing sudah berpuas hati dengan apa yang mycartoonnizz sediakan. Maka artwork akan di EMEL jika tempahan online, COD jika berada sekitar J.Bahru dan POSLAJU jika artwork dicetak.


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: 
:: WhatsApp [ 0132377983 ]
:: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] 
:: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Sep 2, 2015

Bahan Bantu Mengajar - Edisi Trial SPM tahun 2015

Trial SPM datang lagi.. kali ni soalan trial SPM 2015 kertas 1 dan 2 dibina sendiri di peringkat zon. perkongsian di kalangan guru-guru dari sekolah berdekatan.

Berikut antara soalan2 yang disediakan. dan untuk rujukan cadangan jawapan dalam bentuk lakaran kasar sahaja dapat disediakan. Insha allah dalam sedikit masa lagi karya lengkap akan di kongsi bersama.


  1. Gambarkan suasana di sebuah pasar malam. Beberapa orang penjual mainan kanak-kanak sedang melayan kanak-kanak untuk membeli beberapa permainan yang menarik  perhatianLukiskan gambar tersebut dengan memberi penekanan kepada figura
  2. Kelihatan beberapa peralatan berkebun seperti cangkul, kereta sorong, tajak, pencakar dan pongkis digunakan untuk pembinaan pagar. Terdapat juga longokan batu bata, pasir dan simen berlongokkan . Gambarkan keadaan ini.
  3. Pemandangan di sebuah perkampungan nelayan. Di situ terdapat beberapa buah rumah papan. Sebahagian daripada tiang rumah itu berada di dalam air . Beberapa buah sampan terikat pada tiang rumah. Bayang sampan dan objek kelihatan di atas air.. Di tepi rumah kelihatan beberapa helai pakaian di ampaian. Kelihatan juga sebuah titi yang panjang menyambungkan bahagian rumah itu ke daratan. Gambarkan suasana yang tenang ini.
  4. Dalam kegelapan angkasaraya, sebuah kapal angkasa berbentuk bujur telur sedang menghampiri sebuah planet berpermukaan seperti bulan. Kelihatan taburan bintang- bintang menyinari ruang angkasa. Lukiskan gambaran tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan,dan warna.









Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Pameran Seni Visual Di JB 2015

Dikesempatan ini mycartoonnizz mengucapkan tahniah kepada barisan pelukis seni visual Negeri Johor yang telah berjaya mempamerkan karya mereka di Hotel M Suite J. Bahru. Sesi perasmian dan pelancaran Pameran 999 CEMAS anjuran Galeri MASA pada 26 Ogos 2015 (jam 8.30 malam)

Dato mahathir lokman membuat ucapan perasmian

Diminta bergambar bersama2. Kita layan je permintaan boss

Penulis mengambil kesempatan bersama2 dengan pelukis dan penganjur Pameran MASA bertemakan 999 Cemas.

Sesi ucapan alu-aluan oleh penganjur MASA

Ramai juga yang kelihatan memberikan sokongan.

Saguhati dari pameran.

Dato mahathir lokman menjengah dan beramah mesra dengan pelukis2. bersahaja orangnya

Penerangan dari En Ali Mustaffa berkaitan hasil karya beliau. Dato mahathir lokman menjengah mana2 artis yang berada disamping karya mereka.

Barisan pelukis diperkenalkan. Separuh daripadanya adalah pelukis2 muda juga diwarnai oleh pelukis2 otai disana

Otai yang disegani.. Tahniah boss

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...