Nov 21, 2009

Step by step..

Salam ceria buat semua.. Kali ini nak cerita bagaimana sesebuah karikatur dihasilkan, kalau ikutkan teknik adalah lebih kurang sama dengan mana2 kartunis, namun masing2 ada kaedah tersendiri bagi mempercepatkan kerja / proses menyiapkan sesebuah lukisan.

Proses lakaran ni melibatkan pensel dari mula.. secara manual.Masa dalam 10-15 minit)

Setelah itu, Proses memasukan ink / dakwat. Paling utama pastikan jangan comot dan dakwat basah jangan kuyup! Faham2 lah... Nak buat kerja inker kena tenang bernafas dengan betul... Kalau belum makan pergi menyekik dulu. Setelah habis inker boleh lah guna pemadam lembut untuk padamkan kesan pensel.

Ni lah hasil tadi yang telah discan dengan menggunakan mesin pengimbas (scanner).. Lepas tu dengan save under jpeg format. Kemudian Perisian Adobe Photoshop digunakan untuk memberikan contrast outline inker tadi. Lain2 kerja yang dibuat masa proses ni ialah mendelete warna putih dan tinggalkan outline hitam sahaja pada layer background.


Ok.. kali ini proses yang memerlukan pemilihan warna asas untuk dimasukkan pada mana2 ruangan yang sesuai. Pada peringkat ni, kena putuskan warna agar bila nka buat tone nanti x pening kepala..

Ni adalah proses memasukan tone dan part yang paling seronok, perkara pertama kena pastikan lighting dari mana supaya shadow dia logik la. Proses ni yang lama sket, adalah makan masa 4-5 jam. (tolak nak ke tandas ngan layan FB lagi..)


Nah, dah siap warna latar belakang. Lakaran latar belakang terus lukis kat Photoshop.. x payah nak wat lakaran manual (buang masa jer).. yang penting kena serasi ngan angle subjek.. kalu x macam tampal semacam jer..

So Secara purata untuk menyiapkan satu2 karikatur ni kalau pulun betul2 cuma makan 2-3 hari dan itu tidak termasuk proses mencari ilham gaya aksi modelnya.. Keutamaan pada wajah yang nak dikarikaturkan.. setle wajah, lain2 dah senang. OK, itu aje nak share pada semua yang sudi menjengah ke blog mycartonnizz.. lain kali boleh merepek lagi kat sini.

Dan ribuan terima kasih kepada pasangan Meor Fariq dan Salana kerana menggunakan khidmat kartunis kami. Adios....!

Nov 16, 2009

a caricature for lovely couple Fariq & Salana



2 set finally siap weh..
just to share with all of you..myfriendzzz.. enjoy


mycartoonnizz love you...visit our gallery :)

Nov 5, 2009

40th annyversary of Sesame Street


After 40 years and counting (plus spelling and other explorations), on "Sesame Street" everything's A-OK.. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...