Showing posts with label lakaran. Show all posts
Showing posts with label lakaran. Show all posts

Feb 13, 2016

Line Drawing


Salam di bulan Februari 2016.

Riang ria wajah kanak-kanak. Ilustrasi ini asalnya untuk satu lukisan mural restoran. Di sebabkan tema berbeza so kena reject. Tak ada masalah. Benda elok boleh pakai. Janji ada yang berminat.

Mycartoonnizz menawarkan lukisan dalam bentuk artline kemas dan sesuai untuk material cetakan di dinding restoran, taska, pejabat dan sebagainya. Nyatakan tema anda dan kami akan visualkannya dalam lukisan begini.

Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Oct 13, 2014

Reka Bentuk Surau

Assalamualaikum, mycartoonnizz mendapat 1 job untuk mereka bentuk 1 surau dengan bajet pembinaan RM200,000.00. Klien menghendaki keluasan sederhana surau yang boleh menampung seramai 300 orang dalam 1 masa.

Mycartoonnizz tiada pengalaman untuk mereka bentuk bangunan, ini sekadar sumbangan idea dan kreativiti anak seni untuk modal akhirat. Jadi projek ini tiada menjurus kepada unsur keuntungan. T.kasih kerana memilih hasil kerja mycarrtoonnizz

 Lakaran 3 Dimensi

 Lakaran dari sudut tepi bangunan.

 Lakaran dari sudut hadapan dan belakang bangunan.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jul 21, 2014

Draft ke Final

Salam ramadan.

Sekadar berkongsi pengalaman menguruskan perniagaan lukisan karikatur dan karya seni.. khususnya lukisan karikatur pengantin. Ini kerana 60% job mycartoonnizz datangnya dari sebelah ini. Syukur alhamdulillah berkat dikurniakan bakat dan kekuatan untuk berkarya untuk mereka yang memerlukan sentuhan magis seni digital mycartoonnizz.

Apa itu DRAFT? . Ada yang faham, ada yang buat-buat faham dan ada yang jujur memang tak tahu apa itu DRAFT. Jika diikutkan dalam  terma dan syarat kami.. telah dijelaskan Draft ini datang selepas anda (klien) membuat pembayaran (deposit/ penuh) dan menghantar foto yang hendak dilukis. Jadi pada Draft ni Klien boleh minta pelukis edit sedikit dan bukannya ubah 100%!. Editing berapa kali adalah mengikut pakej yang ditempah. ada yang sekali sahaja.. ada yang unlimited sampai puas hati. Apabila editing berlaku masa untuk due date akan bertambah kepada 1 hari 1 editing (minima).. jadi klien mesti bersabar dan teliti apabila meneliti draft yang ditunjukan. Jika tak faham bertanya dan berbincang dengan pelukis.

Berikut dipaparkan bahagian yang boleh edit dan tidak boleh.


A- Pemakaian perhiasan di atas kepada / tudung.
B- Bentuk wajah
C- Pakaian perempuan
D- Pemakaian perhiasan lelaki
E- Pakaian lelaki
F- Gaya kaki berdiri

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Apr 17, 2013

new style coming soon

Style baru insyallah bermula April ini style coloring dan inker dengan nafas baru.



Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 1, 2011

Marsyita & Fidzri - Kedah


Salam hormat buat anda semua... terkini dari Mycartoonnizz, Karikatur berdua (couple) edisi khas untuk pasangan Marsyita & Fidzri dari Kedah. Tempahan pada tarikh paling istimewa hari ini 1.11.11 hu3.. mudah2an diorang suka dan terima terus draft ni...hu3..
Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Jul 3, 2011

Draft versi tukar baju...



Hai selamat datang Bulan JULAI...Mycartoonnizz berdoa agar setiap bulan jumlah pengunjung ke blog ini akan bertambah...

Mengikut statistik kunjungan ke blog ini dalam gaya menaik... dari bulan januari dalam 100 pengunjung... bertambah ke bulan Mei mencecah sehingga 500 pengunjung... dan data terakhir pada 30 Jun 2011 yang terbaru seramai 1023 pengunjung telah menjengah blogspot mycartoonnizz...

Terima kasih dari kami kerana anda sudah pandai menilai cara kami bekerja.. Semua ini kami jadikan pengajaran dan perangsang untuk memberikan servis karikatur terbaeekk!!!

Apa pun kita nak story sedikit kisah 2 job terakhir untuk bulan Jun ini yang berlanjutan ke hari ini (insyaallah 2-3 hari siap master).

Mengenai cara approval customer.. macam2.. dan kita sebagai peniaga harus menerangkan sejelas2nya jika ada kekeliruan dan akhirnya kedua2 pihak bersetuju, maka dengan itu mereka ini kebetulan mereka ini nak tukar baju asal draft kepada baju pengantin...

Seperti yang biasa kita buat ialah draft hanya melibatkan bertukaran wajah secara minima dan tidak melibatkan gaya dan pakaian karikatur... oleh kerana mereka nak tukar baju yang dah siap kepada baju pengantin.. artis kena draw lain dan bayaran tambahan akan dibuat...

So pengajaran yang kami nak kongsi disini ialah pastikan anda sudah pasti dengan pakaian apa yang hendak digayakan sebelum artis kami melukis...

Sebarang pertanyaan dan kekeliruan terus terang dgn kami, insyallah kami sedia menjelaskan mana2 yang dapat.

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jun 11, 2011

Wynda & Tunangnya... Full Color Background


Salam hormat kepada anda semua, kali ini giliran pasangan wynda dan tunangnya.. selamat pengantin baru nanti.. jangan lupa jemput kami yek..

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

May 23, 2011

lagi Draft karikatur - muhaimin

Ahh... lagi draft karikatur untuk saudara muhaimin dari Kajang.. tunggu approval dari anda... :)

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

May 18, 2011

Tempah T.shirt Karikatur Anda disini..!

Tahniah kepada Eizustshirt.com kerana semakin maju dalam bisnes mereka dan kru mycartoonnizz merasa bangga kerana beberapa karya dari customer kami telah dicetak baekk punya oleh Eizustshirt.com.

berikut adalah bebarapa contoh karya mycartoonnizz yang telah dicetak oleh mereka... terbaekk lahh..!!
Antara proses mencetak t.shirt.. sempoi jer keje diorang nih... respek..



Bawah ni lukisan asal sebelum dicetak... sempoi..


Kalau nak tengok camner draftnyer... klik sini drafter
Kepada yang berminat nak tempah reka bentuk boleh deal direct email ke mycartoonnizz@gmail.com

Untuk tempahan karikatur: mycartoonnizz@gmail.com
Untuk tempahan jurufoto : IsometrikDP
Untuk tempahan t.shirt : Eizushirt.com
Untuk tempahan kad kahwin : StudioNS

Dec 7, 2010

Lagi job karikatur versi berwarna



Selamat Pengantin Baru kepada Cik Zatil dan pasangannya En Raitu daripada Klang, Selangor.
Mereka telah menempah karikatur untuk dijadikan abadikan di dalam kad jemputan kahwin.

Tahniah buat mereka, kepada yang berminat usah tunggu lama kelak harga promosi RM68.00 ini bakal ke harga asal pada 1hb Januari 2011.

Untuk tempahan karikatur 013.2377 983

Jul 30, 2010

Mahirkan media anda


Salam hormat buat semua,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang media dalam melukis. Terdapat berbagai alat dan bahan yang membolehkan kita untuk menghasilkan daripada contengan, lakaran, lukisan hinggalah catan.

Sejak dari zaman kanak-kanak saya telah diperkenalkan dengan media pensil kayu dan warna pensil. Ketaksuban terhadap media dan mastering saya terhadap media ini berlanjutan sehingga awal sekolah menengah dan saya mula diperkenalkan dengan media basah iaitu warna air. Susah dan mencabar pada peringkat awal namun atas minat dan kecenderungan terhadap seni lukis perkara tersebut ditepis sedikit demi sedikit. Akhirnya pada peperiksaan SPM saya boleh mewarna dengan kaedah yang paling saya gemar iaitu basah atas kering. Sebut sahaja lukisan pemandangan apa yang keluar dalam soalan saya pasti mencubanya.

Namun terdapat kelemahan pada diri iaitu untuk mewarna figura dengan menggunakan warna air (penggunaan berus) amat mencabar. Alhamdulillah apabila saya berpeluang menjejakkan kaki ke UiTM (ketika itu di gelar ITM) di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, barulah saya di dedahkan dengan kaedah yang mudah dan efisyen menggunakan berus untuk mewarna sebarang objek samada pemandangan atau figura manusia.

Dan ketika itu peluang untuk meneroka media selain pensil warna dan cat air amat luas. Disana saya berpeluang menggunakan media catan minyak, akrilik, oil pastel, soft pastel dan air brush. Satu perkara yang paling teruja semasa sesi pembelajaran disana ialah ketika kami di dedahkan asas line drawing dengan menggunakan ink cina (yang busuk..!) sebagai media utama, dan tentu lah warnanya hitam pekat dan untuk mendapatkan tone kita boleh campurkan kepekatan dakwatnya dengan AIR!

Cukup setakat ini coretan tentang media sebagai permulaan topik. Harap input ini dapat memberi semangat kepada mereka2 yang berminat dalam bidang seni lukis.

Adios..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...