Showing posts with label MPT. Show all posts
Showing posts with label MPT. Show all posts

Dec 8, 2015

Mycartoonnizz di Tahun 2016

Assalamualaikum wbt

Jika mengira hari ada kurang 23 hari lagi ke tahun Dua Ribu Enam Belas (2016) dan disini nak dikatakan mycartoonnizz telah berusia secara rasminya tahun delapan (8) namun realiti cetusan lukisan karikatur telah bermula pada tahun Dua Ribu Empat (2004). Kejadian yang tidak disengajakan dan tidak dirancang dengan teliti. Atas desakan ekonomi dan sara hidup ketika itu, terjebaklah ke dunia karikatur pada harga RM2.00 sekepala. Pameran Keusahawanan kalau tak silap dan ianya berlangsung selama dua (2) hari. Jadi selama 2 hari lah bertarung dan tenaga dikerah untuk menyiapkan hampir lima puluh (50) orang pelanggan yang berminat dengan sentuhan mycartoonnizz. Macam nak tercabut lengan. Habis lima (5) batang pen marker hitam dan 4 pen dakwat mata 0.7 berjenama Artline. Pen pakai abis dan buang. No refill2.

Kalau dikenangkan ketika itu jiwa masih muda (tak muda sangat sebab umur dah lewat 20an). Kekuatan dan kesungguhan serta keghairahan berkarya, siap satu lukisan di buat salinan fotokopi. Berlari ke kedai mart yang jauhnya lebih kurang 100m dari tapak pameran untuk membuat simpanan sendiri. Tak seperti sekarang di mudahkan  dengan kamera digital daripada smartfon lagi. Hebat zaman sekarang. Pada ketika itu pelanggan yang tak mahu tunggu hanya meninggalkan foto bersaiz pasport dan ditulis maklumat diri mereka di belakang foto tersebut. Sistem tempahan dengan mengambil order dan foto serta maklumat (nombor hp untuk di sms bila lukisan siap), bagitau datang semula dalam tiga puluh (30) minit. Lukisan dah siap serah semula foto asal dan terima lah bayaran RM2.00

Bermodalkan kertas A4 berjumlah satu (1) rim (tak sampai pun sebab pinjam dari kawan, lepas pameran ganti semula), pen kosong point tujuh (0.7) dan marker hitam jenama Artline, Laminating contoh lukisan lama dan drawing board. Tak ada banner atau bunting, tak ada name kad, tak ada brouchure, phamplet dan sebagainya untuk memperkenalkan diri. Memang koboi je.

Lukisan dibawah adalah bukti yang mycartoonnizz telah berkarya sejak tahun Dua Ribu Empat (2004) dalam dunia karikatur. Macam tak percaya, tapi percayalah kita kena mula dari biasa untuk menjadi yang luar biasa. Tahun Dua Ribu Enam Belas (2016) menjanjikan perancangan yang lebih padat dan tersusun untuk mycartoonnizz dalam menghasilkan karya dan lukisan yang lebih bermutu tinggi dan berprofil tinggi. Insha Allah.


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Nov 29, 2013

2014 bakal tiba...

Hai salam hujung minggu.. selamat bercuti pada mereka yang bercuti sempena musim cuti sekolah. Post kali ini nak flash back seawal tahun 2004.. sesuai dengan tajuk post 2014 bakal tiba.. kira dah 10 tahun beb.. 10 tahun develop teknik dan style karikatur mycartoonnizz sehingga diangkat orang mereka yang menghargai seni kreatif anak tempatan.

Untuk tempoh itu pelbagai dugaan dan ragam dalam meneruskan minat dan peluang untuk karya di hati peminat seni. Ada yang suka, seronok dan tidak kurang juga yang cerewet seperti tidak faham kelainan yang di tonjolkan oleh mycartoonnizz.

Dalam tempoh 10 ini juga teknik mycartoonnizz semakin hari diperkemaskan dan sesuai dengan arus digital masa kini. Dahulu mycartoonnizz di bawa secara solo dengan berbekalkan pen dakwat hitam, pen marker hitam dan kertas A4. Selepas siap setiap lukisan itu dibawa ke kedai photostat untuk di jadikan bukti dan simpanan pelukis, mana ada scanner dan camera HP seperti zaman sekarang. Berkarya di tengah-tengah program dari jam 8.30 pagi hingga lewat 5 petang. Tak putus-putus pelanggan memberikan foto ukuran passport dan 4R dan ada juga sanggup tunggu giliran untuk di lukis secara live. Memang tak menang tangan pada masa itu..( Mungkin harga untuk 1 lukisan masa itu cuma rm2.00 untuk seorang. Mungkin harga pada ketika itu sudah memadai untuk seorang pendatang baru yang sedang mencuba nasib.

 Pasangan ini ada cerita dia.. beliau mahukan gaya gambar foto konvo dengan berpakaian jubah manakala tunangnya (kalau tak silap..mereka dah bertunang semasa belajar lagi..) sudah bekerja dan ini kenangan mereka bila bertemu kelak..Maklumlah bukan selalu jumpa. Sorang duduk KL sorang lagi duduk terengganu.


Nah 5 orang dalam 1 kertas A3 sebenarnya, tempahan selepas event dan semasa sedang praktikal di SMK (P) Bandaraya, KL.  dah tak ingat nama mereka tapi kalau jumpa boleh tegur. Wajah mereka semua di lukis dari foto passport. Gaya pose mereka memang dari angle atas..antara teknik awal lukisan mycartoonnizz yang lain dari pelukis lain ketika itu.


Kumpulan guru semakin ramai mengambil kesempatan atas skill dan harga yang dicas tak mahal. Tak boleh mahal masa tu sebab sedang belajar,  nanti tak dapat apa-apa semasa praktikum nanti. Ini adalah sekolah sahabat saya Abdul Rahim yang tak jadi sama sekolah dengan pelukis. Apa pun dia agak kesal kerana kami tidak sebumbung sekolah namun pengalaman masing-masing.


Keluarg ini baru mendapat anak seorang dan semasa ini pelukis mula bermain dengan anatomi badan yang lebih detail dan comel. Lebih-lebih lagi pada karektor kanak-kanak. Apabila di tunjukan pada mereka ayat pertama yang terkeluar ialah " ala la la comelnya..." . Syukur mereka suka dan tak pasti apa yang jadi dengan lukisan pada diorang.

Secara ringkasnya ketika ini setiap 1 lukisan pelukis cuma ambil masa dalam 15 minit sahaja untuk siapkan. Jadi sesuailah dengan harga pada ketika itu. Ye lah belum ada nama lagi.. Orang tak kenal. Facebook, Blog semua tak ada lagi.. Untung budak-budak sekarang, cepat tempa nama dan pengalaman.

Huh.. memang layan kalau nak flash back zaman kegemilangan ni.. apa pun kita akan countdown sehingga menjelang 2014. Akan ada promosi baekk punya menanti anda.. sentiasa follow up ok..

Chaw!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...