Showing posts with label guru seni. Show all posts
Showing posts with label guru seni. Show all posts

Sep 2, 2015

Bahan Bantu Mengajar - Edisi Trial SPM tahun 2015

Trial SPM datang lagi.. kali ni soalan trial SPM 2015 kertas 1 dan 2 dibina sendiri di peringkat zon. perkongsian di kalangan guru-guru dari sekolah berdekatan.

Berikut antara soalan2 yang disediakan. dan untuk rujukan cadangan jawapan dalam bentuk lakaran kasar sahaja dapat disediakan. Insha allah dalam sedikit masa lagi karya lengkap akan di kongsi bersama.


  1. Gambarkan suasana di sebuah pasar malam. Beberapa orang penjual mainan kanak-kanak sedang melayan kanak-kanak untuk membeli beberapa permainan yang menarik  perhatianLukiskan gambar tersebut dengan memberi penekanan kepada figura
  2. Kelihatan beberapa peralatan berkebun seperti cangkul, kereta sorong, tajak, pencakar dan pongkis digunakan untuk pembinaan pagar. Terdapat juga longokan batu bata, pasir dan simen berlongokkan . Gambarkan keadaan ini.
  3. Pemandangan di sebuah perkampungan nelayan. Di situ terdapat beberapa buah rumah papan. Sebahagian daripada tiang rumah itu berada di dalam air . Beberapa buah sampan terikat pada tiang rumah. Bayang sampan dan objek kelihatan di atas air.. Di tepi rumah kelihatan beberapa helai pakaian di ampaian. Kelihatan juga sebuah titi yang panjang menyambungkan bahagian rumah itu ke daratan. Gambarkan suasana yang tenang ini.
  4. Dalam kegelapan angkasaraya, sebuah kapal angkasa berbentuk bujur telur sedang menghampiri sebuah planet berpermukaan seperti bulan. Kelihatan taburan bintang- bintang menyinari ruang angkasa. Lukiskan gambaran tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan,dan warna.









Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Aug 30, 2015

Catan Air Realistik

Realistic Watercolour Painting Cut From Magazine

Pembelajaran selepas silibus selesai ialah guru membuat pengukuhan dan latih tubi kepada pelajar agar mereka tidak lupa teknik2 asas mewarna catan samada secara asas atau advance. 
Kemahiran memilih warna dan mewarna perlu di praktis sekerap mungkin bagi memastikan tahap kemahiran setiasa berada di paras optimum. Kemahiran akan menurun apabila kita lama tidak melakukanya.

Pelajar dihendaki memilih mana-mana gambar foto atau majalah yang mempunyai kualiti warna dan visual berkualiti untuk di tiru (copy). 
Langkah1: Potong sebahagian kecil mana2 bahagian gambar dan di tampal di atas kertas lukisan kosong. 
Langkah 2: Lukis / lakar dengan merujuk gambar yang sama.
Langkah 3: Warnakan mengikut rujukan gambar yang sama.

Ciri-ciri lukisan ini adalah mesti sama (realistik) dengan merujuk kepada gambar asal. Sebaik-baiknya praktis asas latihan ini dengan merujuk gambar foto daripada gambar lukisan.

Selamat mencuba.



Aug 26, 2015

Arca Asemblaj - Kerusi taman

Projek khas Pelajar Sekolah:  Arca Asemblaj yang bertemakan kerusi taman permainan kanak-kanak.
Projek mengambil masa 2 minggu bermula dari lakaran hingga pembinaan artifak. 
Tahniah anak-anak pelajar tingkatan 1 SMKKSAB johor bahru yang berani menyahut cabaran. Semoga projek ini mampu membakar semangat pelajar2 dari sekolah lain untuk berkarya dengan projek saiz sebenar.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...