Dec 11, 2014

Yuna @ mycartoonnizz 2014


Bulan penghujung tahun 2014.

Sambil-sambil sibuk melayan tempahan sifoo mycartoonnizz hidangkan digital drawing retis tempatan dan dikira standard international iaitu Yuna.. Yuna tidak datang ke studio kami, dan bukan kami ada buat perjanjian apa2 dengan dia. Sekadar melayan mood hujung tahun agar kejayaan Yuna menjadi sumber inspirasi kepada anak2 muda tempatan bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya dan jika ada yang tumbang ayuh bangkit dengan semangat yang lebih tinggi bagi menempuh tahun 2015 dengan penuh jayanya.

Mycartoonnizz bakal menempuh tahun 2015 dengan pelbagai pakej2 ilustrasi bergambar dan lukisan kartun serta karikatur wajah baru yang lebih segar dan mantap.

Sasaran untuk menerima tempahan lukisan dan kemasukan pertanyaan sebut harga pada peningkatan sebanyak 20% dalam tempoh suku pertama 2015 bakal di cetuskan dalam promosi akhir tahun ini. Insya Allah pelanggan mycartoonnizz bakal menerima servis terbaik dan paling cemerlang sejak mycartoonnizz berada secara online tahun 2008.

Berbaki lagi beberapa minggu bagi tahun 2014. Segala persiapan akan disusun rapi dan teliti. (rasa nak menangis dengan semangat begini~emosi wey!)

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 29, 2014

art kem

Salam 1 malaysia.

Mycartoonnizz sekali lagi dipelawa untuk menyediakan 1 program berbentuk kem seni atau nama cadangan mereka art kem. Mycartoonnizz mempertimbangkan hal ini semasak2 nya. Dari satu pandangan ianya satu platform terbaik untuk team mycartoonnizz beraksi berkongsi maklumat dan kemahiran kepada penuntut. (Dalam kes ni penuntut terdiri daripada pelajar sekolah rendah.)
tetapi apabila dirujuk kepada jadual kerja di studio kami sememangnya padat. Perancangan ini perlu awal. Maksud, jika anda di luar sana mahukan khidmat fasilitator kreatif mycartoonnizz perlulah berbuat demikian sekurang2nya 2 bulan sebelum tarikh cadangan. Dengan itu team mycartoonnizz dpt disusun atur mengikut kesesuaian tema dan konsep kem yang diperlukan.
Terima kasih atas jemputan dan pelawaan. Bukan menyombong tapi profesional dalam bekerja dan jauh sekali tamak.
Mycartoonnizz mahukan yang terbaik di setiap langkah bagi mencapai sasaran kejayaan diri.

Promosi Bekas Pelanggan 2008-2014

Promosi akhir tahun untuk tempahan karikatur edisi istimewa kepada bekas pelanggan bagi tempoh 1 bulan ini.

Pm segera untuk dan sila nyatakan lukisan karikatur anda yang pernah di hasilkan oleh mycartoonnizz dari tahun 2008 hingga 2014.

Tempah dengan potongan harga 50% dari harga asal yang pernah anda tempah sebelum ini.

 Emel/sms/whatsapp segera untuk maklumat lanjut.

Nov 25, 2014

vector design for t.shirt printing

 New job done. Baru terima 3 hari lepas dan proses menjadikana lukisan manual kepada vector design yang akan memudahkan kerja-kerja mencetak pada t.shirt.

 Lukisan manual yang dilukis pada kertas lukisan. Segala detail dimana design ini mahu diletakkan juga di conteng di kertas yang sama. mudah dan ringkas.

Redraw semula dalam progra Ai dan kualiti persamaan design adalah 100% sama mengikut kehendak klien. File akan dipindah kepada printing, insyallah t.shirt akan siap dalam masa 10 hari bekerja.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 23, 2014

Lukisan Anak2 Pendidikan Khas

jangan terkejut dengan tajuk diatas, bukan budak2 tu yang lukis tapi tempahan khas mereka semua oleh guru mereka sebaggai tanda kenaangan untuk guru mereka yang bakal berpindah ke sekolah lain.

 Draft outline selepas perhempas pulas untuk 19 wajah yang perlu disiapkan. Setiap satu wajah mengambil masa lebih kurang 15-20 minit campur tolak rehat dan gangguan kerja dapatlah 2 hari solid untuk klien melihat dahulu bagaimana idea persembahan karikatur mereka.

 Dah final dimana warna dan tanda nama di setiap karektor (juga di semak dahulu kepada klien). Artwork ini akan dicetak sendiri oleh cikgu Fara (wakil) di kedai foto. Insha Allah hasilnya akan dapat seperti kualiti gambar fotografi. Cikgu fara boleh mencetak artwork ini kepada jumlah setiap orang, tak perlu rebut-rebut.

Nah, ini lah kelebihan karikatur digital yang sememangnya memudahkan dan menguntungkan semua pihak. Kerja kami pantas dan kemas, klien dapat hasil yang berganda berbanding jika menempah lukisan karikatur yang dilukis manual (kena scan dan perbanyakkan kemudian, kualiti tak sama!)

Bagi anda yang masih kurang jelas bagaimana prosedur kerja digital mycartoonnizz, boleh lapang-lapangkan masa whatsapp, emel, fb inbox atau apa medium chating kepada mycartoonnizz. Jelaskan apa yang terbuku di dada.

Informasi : Tempahan ini juga boleh dimodifikasi kepada lukisan keluarga seperti contoh dibawah

atau lukisan berpasangan dengan nilai harga terbaik dari kami.. Ingat ini adalah job karikatur ekspresso.
 

Nov 15, 2014

Karikatur Ekpresso 2014

Job hujung-hujung sekali datang 3 malam tak siap2..
Alhamdulillah terima kasih kepada cikgu Nor Atikah yang sudi menempah lukisan di mycartoonnizz. Nah seramai 62 orang nak disiapkan. Tak berwarna untuk tempoh kerja 1 minggu. Lukisan ini adalah 1 keping seorang besaiz A4 dan akan dicetak menggunakan printer laser. Diposlaju dengan segera sebab nak guna pada 17 hb ni. Harap abang posman dapat jalankan kerja dengan efisyen ya.. Kesian klien menanti penuh sabar.




 

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 14, 2014

Koleksi Lukisan Soalan PSV Kertas 2 2014: Pilihan Cikgu

Salam 1 Malaysia,

Panas-panas..! Kali ini entry khusus untuk membantu anak-anak pelajar SPM tahun 2014 dengan kehandalan cikgu-cikgu di seluruh negara telah menghasilkan sentuhan masing-masing. Namun mycartoonnizz tidak bermaksud apa-apa dengan sekadar berkongsi dalam erti kata SHARING daripada apa yang telah di hasilkan.

Bahan bergambar ini akan diupdate dari masa ke semasa sumber daripada Group Facebook "pendidikan seni visual" jika anda belum sertai group ini boleh join.. percuma!

Soalan no 5 dilihat sangat popular di kalangan anak-anak pelajar. ini mungkin atas faktor ramai pelajar takut untuk menjawab soalan yang ada unsur figura dan aksi. Namun soalan kali ini mempunyai syarat-syaratnya yang jika dilihat fokus utama adalah seperti berikut:

  1. Pemandangan di puncak bukit
  2. Terdapat sebuah rumah usang di puncak bukit itu
  3. Kawasan sekeliling rumah usang di penuhi lalang.
 Okey tak perlu celoteh panjang biar lukisan yang bercerita.

 Sumber pelukis : Cikgu Mohd Nizam Mat Tanda

 Sumber pelukis : Cikgu Maslina Puteri Md Nor

 Sumber pelukis : Cikgu Bo Ga

  Sumber pelukis : Cikgu Che Hafizie Che Ahmad

   Sumber pelukis : Cikgu Fauzan Spawi

   Sumber pelukis : Cikgu Mohamad Khamidon Sadi

Sumber pelukis : Cikgu Muhammad Mustaqim Bin Zukipli

Sumber pelukis : Cikgu Shahrin Azwan


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 11, 2014

PSV SPM 2014 KERTAS 2

Soalan Kertas 2 PSV telah diterima semalam oleh anak2 buah.

Berikut soalan2 nya.

Soalan 1
Seorang pekebun kecilsedang menggemburkan tanah di kebun pisangnya. Kelihatan pokok pisang yang ditanam berjajaran tumbuh subur menghijau. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

Soalan 2
Beberapa ekor serangga yang aneh sedang bermain bola sepak di sebuah padang. Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan aksi serangga tersebut.

Soalan 3
Seorang nenek tua sedang membelai kucing kesayangannya di satu sudut rumah yang agak usang. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

Soalan 4
Seekor raksasa muncul di permukaan air dan menghasilkan percikan air serta ombak besar sehingga menyebabkan sampan terbalik. Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan dan aksi raksasa tersebut.

Soalan 5
Anda sedang mendaki bukit. Apabila anda memandang ke arah puncak bukit kelihatan sebuah rumah lama yang telah usang dan dikelilingi oleh semak samun. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

Soalan 6
Beberapa ekor lipan gergasi kelihatan sedag merayap di celah-celah bangunan. Situasi ini menyebabkan suasana dalam bandar tersebut kacau bilau. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

Untuk saya sebagai seorang guru di kalangan pelajar yang sederhana kemahiran melukis dan menggambar, saya cadangkan soalan no 2, 4 dan 5. Ini kerana soalan no 2 dan 4 hanya memerlukan pelajar berimaginasi dan menggambarkan suatu fantasi atau fiction. Penekanan kepada bentuk2 serangga, sebagai contoh jika dilukis serangga kecil lalat, labah-labah atau mentadak, bentuk serangga ini perlu dirujuk dari foto sebenar dan diringkaskan menjadi karektor yang sedang bermain bola sepak. Latar belakang ringkas dan tidak memerlukan pelajar memasukan elimen yang padat dengan serangga lain atau bangunan. Fokus kepada aksi serangga sedang bermain bola sepak. Elimen garisan mewujudkan ilusi pergerakan.

Contoh lakaran kasar untuk rujukan


Soalan no 2

Soalan no 4

 Soalan no 5

Dalam masa terdekat insya allah karya yang lebih kemas dan terperinci akan di zahirkan. Semoga perkongsian ini mendapat ilham dan boleh digunapakai oleh guru2 psv semua. Selamat mencuba..!

Kalau nak lihat lakaran soalan no 5 klik disini..LAKARAN NO 5

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 6, 2014

Kualiti Masa Kerja

Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah admin lihat peningkatan minat di kalangan masyarakat terhadap seni semakin baik dan tidak lah keterlaluan ianya semakin baik sejak dunia siber menakluki industri seni khususnya lukisan kartun, komik dan karikatur. Mycartoonnizz menjalankan perkhidmatan lukisan karikatur, kartun dan komik secara digital 100%. Memasarkan karya secara atas talian (online) terus kepada klien yang 90% tahu kegunaan facebook, whatsapp, gmail, blogspot, yahoo dan lain-lain. Mereka ini generasi campuran X dan Y. Mereka ini terdedah secara positif dengan era globalisasi laman siber yang berkehendakkan infomasi yang segera dan cepat.

Sehubungan dengan itu setiap bulan dan setiap tahun team mycartoonnizz sentiasa memantau arus perubahan yang menjadi trend klien sekarang. Keperluan ini adalah untuk melihat dimanakah penawaran tertinggi dan terendah yang membolehkan studio mycartoonnizz lebih bersedia menyediakan produk khusus dan promosi yang khas untuk sesuatu event. Inilah strategi yang diguna pakai oleh kami. Sekadar perkongsian ilmu pemasaran yang diambil daripada pembacaan di blog dan kolumnis akhbar orang-orang hebat di malaysia.

Mycartoonnizz pernah dan masih menawarkan peluang pekerjaan tambahan kepada mereka yang berkemahiran dan berminat untuk berkarya (yang berbayar). Ramai yang menghantar resume dan contoh karya. Ada yang baru habis belajar (kolej, universiti), masih belajar di sekolah, bekerja sendiri, bekerja bukan bidang seni dan ada juga yang sekadar menambah pendapatan (dah ada kerja stabil). Kami terpaksa menolak buat sementara waktu. Kenapa?

Pengurusan masa berkualiti.

Syukur dengan pengalaman sejak berkarya secara digital sejak tahun 2008! Apa yang diperhatikan kualiti kerja akan mengiringi kualiti hasil kerja. Maksudnya jika pelukis mycartoonnizz memperuntukan masa untuk menerima 10 tempahan dalam seminggu dan ia sudah mencukupi. Admin akan tutup sebarang tempahan dan tidak menerima urgent order atau tempahan minggu itu. Tapi hanya menerima tempahan untuk minggu seterusnya. Ini berkesan dengan melihat beberapa karya kami mendapat pujian dan cadangan kepada rakan-rakan mereka untuk mendapatkan khidmat seni lukis kami.

Dalam 1 minggu ada 7 hari. Mycartoonnizz bercuti 2 hari. Solid 2 hari tanpa memegang alat melukis. Hanya boleh melayan pertanyaan klien atau komen di facebook. Menghiburkan klien yang berminat. Menyemak pembayaran jika klien sudah setuju menempah. Membuat bayaran kepada pelukis sambilan. Menyusun order file. Melayan blog rakan-rakan dan artis seni tenpatan mahupun antarabangsa. Wah banyak juga bila di lihat senarai itu. Tapi yang paling utama kami mahukan kualiti time bersama keluarga. Members di mycartoonnizz kebanyakan sudah berkeluarga, komitmen bersama mereka adalah selama 2 hari ini. Nak berjalan-jalan, pergi ke taman, pergi pasar malam, membeli belah, window shooping, balik kampun, pergi kenduri sedara mara, bayar bil atau loan kereta hehe. 

Bila team mycartoonnizz kembali selepas bercuti. 5 hari dalam seminggu itu adalah solid untuk berkarya. Masa bergerak sangat pantas! Ada kalanya terlepas masa makan, waktu tidur adakalanya selewat jam 4 pagi. Peruntukan masa 1 jam untuk proses lakaran digital bagi 1 keping artwork (tidak kira samada karikatur, kartun @ komik), jika perlukan masa tambahan maka hanya 30 minit sahaja extra time yang mana masa itu telah di ambil dari job seterusnya, bermaksud tempoh masa lakaran kedua hanya tinggal 30 minit. Bagaimana kami bekerja dalam tempoh masa begitu? Ada klien kata "kerja gila lah..!" kami senyum sambil menjawab "nak cari makan, nak senang kena dengan cara" namun kami akur perkara ini dalam perumpamaan melayu "lain padang, lain lalang". Kalau sesetangah tempat kerja membenarkan artis berkarya dlam tempoh yang panjang tapi dapat hasilkan kerja yang berkualiti, syabas!. Tapi kami tidak. Inilah cara mycartoonnizz. Suka atau tidak mereka yang bekerja dengan kami perlu serap budaya ini dan menjadi ruji ketika bekerja.

Jadi singkatan untuk tajuk post kali ini ialah KMK..(Kualiti Masa Kerja). Semua ada cara bekerja dan gaya kerja mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Mycartoonnizz hanya memerlukan mereka yang bersemangat tinggi dan ada disiplin masa yang jujur. Maka dengan ini mycartoonnizz secara rasmi untuk penghujung tahun 2014 ini hingga ke masa yang akan di beritahu kelak tidak lagi menawarkan jawatan kosong yang melibatkan pelukis kartun, karikatur, komik dan pewarna digital atas kapasiti staff yang sudah mencukupi dan mantap.

Akhir kata selamat maju jaya dan semoga industri seni tanahair malaysia akan terus tersohor di mata dunia. Insha Allah.

p/s: Kepada yang nak menempah kartun dan karikatur digital tempah segera sebelum habis tahun 2014. Kami akan susun Harga Baru pada tahun 2015. Banyak promosi menarik bakal menemui anda dan sama sekali tidak akan membebankan anda yang Pencinta Seni.




Vector Logo Persatuan

Permintaan seorang sahabat untuk memperkemaskan logo persatuan sukan sekolahnya. Ada ruang dan masa siap sudah dan ini lah hasilnya. Perisian adobe illustrator dan adobe photohop digunakan bersama-sama bagi penghasilan 2 reka bentuk. Trassing and printing format.

 
Logo yang di lukis secara freehand dan di scan dalam komputer.



 Vector yang telah siap diperkemaskan. File dalam bentuk PNG bagi memudahkan kerja-kerja mencetak dan editing dalam apa jua latar belakang berwarna


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 4, 2014

Logo Soya Sejuk Pasangan Bahagia

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Mycartoonnizz telah mendapat tempahan untuk reke bentuk 1 logo baru bagi syarikat pengusaha makanan Soya Sejuk dari Senai, Johor. Beliau merupakan seorang usahawan yang serius dalam pemasaran makanan halal di malaysia. Selepas perbincangan konsep idea di pejabat urusan dan kilang pemprosesan di deretan kedai 2 tingkat itu, kami mendapat kata sepakat untuk menggunakan maskot pasangan bahagia dalam bentuk pasangan pengantin yang comel. sebelum ini produk beliau telah menggunakan satu maskot / logo produk yang menggunakan lukisan pasangan lelaki dan wanita namun disebabkan ciri-ciri karektor mirip bangsa cina ini menyebabkan pasaran jualan hanya kepada bangsa tertentu sahaja. Dengan reka bentuk logo baru ini beliau harap dapat menembusi pasaran soya sejuk di semua bangsa terutama orang melayu.

Proses idea dan konsep hingga logo diterima selama 3 minggu. Artwork yang di terima dalam 2 versi iaitu 1 file artline (hitam) dan 1 berwarna.




Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 3, 2014

Logo JajanPaka

Tempahan daripada seorang usahawan Pn Izza Mahmod daripada Terengganu yang mahukan 1 reka bentuk logo yang berkonsep makanan dan keceriaan. tempoh masa penghasilan logo selama 14 hari. Artwork melibatkan 2 file master iaitu 1 logo utama dan 1 logo info.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Oct 16, 2014

Norizah P.Pinang

Assalamualaikum dan selamat mendirikan rumah tangga kepada bakal-bakal pengantin tahun 2014 ini.. Nah yang terbaru dari mycartoonnizz daripada cik Norizah  dari P.Pinang dengan tema Bas Sekolah.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Oct 13, 2014

Reka Bentuk Surau

Assalamualaikum, mycartoonnizz mendapat 1 job untuk mereka bentuk 1 surau dengan bajet pembinaan RM200,000.00. Klien menghendaki keluasan sederhana surau yang boleh menampung seramai 300 orang dalam 1 masa.

Mycartoonnizz tiada pengalaman untuk mereka bentuk bangunan, ini sekadar sumbangan idea dan kreativiti anak seni untuk modal akhirat. Jadi projek ini tiada menjurus kepada unsur keuntungan. T.kasih kerana memilih hasil kerja mycarrtoonnizz

 Lakaran 3 Dimensi

 Lakaran dari sudut tepi bangunan.

 Lakaran dari sudut hadapan dan belakang bangunan.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Logo UPMGATORS

Tempahan logo untuk kelab sukan bowling dari serdang, selangor.
Proses penghasilan dalam 2 minggu ynag melibatkan proses-proses berikut:
  • perbincangan tema, motif & sebutharga
  • pembayaran dan pengumpulan data
  • pembinaan draft lakaran kasar
  • persembahan artwork dalam bentuk artline dan warna
  • pengesahan warna dan kualiti artline









Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Sep 11, 2014

Job Ogos & September 2014

Job bercampur-campur samada wedding caricature, solo, event. Semua kita terima selagi termampu.


Wedding caricature Dzul &  

Ejan Wedding Caricature

Kamariah Solo

Sanah Solo

Cikgu Shafawi Solo

Aug 11, 2014

Menjana Pendapatan

Salam aidil fitri buat semua,
Kebelakangan ini saya diajukan pertanyaan tentang bolehkah melukis menjana pendapatan?, Saya menjawab yang melukis adalah kemahiran dan kemahiran yang berbayar memelukan komitmen yang tinggi untuk mendapat kepercayaan klien.

Mycartoonnizz secara rasmi beroperasi di atas talian sejak tahun 2008, namun kerjaya ini telah dimulakan pada tahun 2004 dengan kos bayaran yang rendah mengikut pasaran setempat pada ketika itu. Ketika itu tiada kaedah promosi yang khusus untuk mewar-warkan kemahiran yang ada. Bergerak sendirian dan bekerja dengan alatan manual iaitu 100% lukisan tangan dengan menggunakan pen dan marker di atas kertas A4 dan A3. Tempoh masa bekerja ketika itu 1 lukisan 10 minit! Hasil karya tersebut di kejarkan ke kedai fotostat untuk dibuat salinan sendiri sebelum karya dibayar dan diserah kepada klien.


Lokasi bekerja ketika itu di expo dan pameran di sekitar K.Lumpur. Bergerak dari satu event ke satu event dalam tempoh sehari (4jam). Bergerak dengan menggunakan motosikal lama berinjin 100cc dengan isian penuh x sampai rm6.00. Kena hujan berteduhlah sebentar di bawah jambatan atau bus stop, menggigil kesejukan dan mambalut kertas dan alatan melukis dari kuyup basah.


Anggaran pendapatan pada tahun 2004 hingga 2008 sebelum era promosi atas talian (online) tidak lah mencukupi sehngga boleh bayar hutang belajar di universiti. Cukup setakat lepas makan minum sehari hari di kota metrepolitan berseorang jauh dari keluarga dan suku sakat.

2008 dengan nama pena mycartoonnizz, admin mendapat sentuhan digital yang pada ketika itu 50% digital 50% manual. Keupayaan melukis manual dan mewarnakan karya dan menghantar karya melalui emel merupakan antara keistimewaan mycartoonnizz. Ketika itu banyak juga pelukis lain yang menggunakan method yang sama. Mycartoonnizz bermain dengan pakej lukisan dan harga yang menarik dan sesuai dengan event klien. Samada karya utuk kad jemputan perkahwinan, banner, foto profile, kad ahli dan banyak lagi. Kelebihan artwork di simpan dalam bentuk file JPEG sangat memudahkan klien dan admin kerana ada ketikanya klien mahu mencetak semula karya mereka.

Pemberatan mycartoonnizz ke arah mengurangkan kerja-kerja mencetak karya karikatur bermula pada tahun 2009. Ketika itu admin menaik taraf tool dan gadjet dan menjadikan mycartoonnizz menawarkan perkhidmatan seni lukis 100% Digital. Sejak beroperasi secara 100% digital banyak kos percetakan dan pembelian kertas dapat dikurangkan. Pendapatan mycartoonnizz dapat dijana secara efisyen. Profit keuntungan membolehkan maycartoonnizz mengembang sayap dengan menawarkan jawatan kosong kepada mereka yang berminat untuk menjadi pelukis dan pewarna digital sambilan. Berurusan secara atas talian. Pembayaran secara atas talian. Admin tidak pernah bersua muka hampir 90% warga kerja mycartoonnizz atas faktor lokasi mereka di luar kawasan dan memberi kepercayaan tinggi atas kemahiran dan tahap profesionalisme cara mereka bekerja sendiri. 

Apa pun admin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan berterima kasih atas kurniaan bakat dan kemahiran mengurus pelukis dan pewarna muda nasional. Semoga rezeki yang datang ini mendapat keberkatan dunia dan akhirat serta mendapat manfaat kepada semua orang termasuk klien yang menjadi fokus utama kewujudan mycartoonniizz.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jul 21, 2014

Draft ke Final

Salam ramadan.

Sekadar berkongsi pengalaman menguruskan perniagaan lukisan karikatur dan karya seni.. khususnya lukisan karikatur pengantin. Ini kerana 60% job mycartoonnizz datangnya dari sebelah ini. Syukur alhamdulillah berkat dikurniakan bakat dan kekuatan untuk berkarya untuk mereka yang memerlukan sentuhan magis seni digital mycartoonnizz.

Apa itu DRAFT? . Ada yang faham, ada yang buat-buat faham dan ada yang jujur memang tak tahu apa itu DRAFT. Jika diikutkan dalam  terma dan syarat kami.. telah dijelaskan Draft ini datang selepas anda (klien) membuat pembayaran (deposit/ penuh) dan menghantar foto yang hendak dilukis. Jadi pada Draft ni Klien boleh minta pelukis edit sedikit dan bukannya ubah 100%!. Editing berapa kali adalah mengikut pakej yang ditempah. ada yang sekali sahaja.. ada yang unlimited sampai puas hati. Apabila editing berlaku masa untuk due date akan bertambah kepada 1 hari 1 editing (minima).. jadi klien mesti bersabar dan teliti apabila meneliti draft yang ditunjukan. Jika tak faham bertanya dan berbincang dengan pelukis.

Berikut dipaparkan bahagian yang boleh edit dan tidak boleh.


A- Pemakaian perhiasan di atas kepada / tudung.
B- Bentuk wajah
C- Pakaian perempuan
D- Pemakaian perhiasan lelaki
E- Pakaian lelaki
F- Gaya kaki berdiri

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Mencetak

Salam ramadan,, masih mood bulan puasa.. kerja pun lain macam perlahan dengan berbagai permintaan klien nak itu dan ini..
Terbaru klien mahukan hasil karya dicetak sebab mereka tiada masa untuk mencetaknya, nak di bingkai katanya.

Cas tambahan dikenakan untuk cover kos cetak dan minyak kereta kesana, hasilnya dapat print Artwork di atas kertas jenis art card tebal sikit, dicetak dengan menggunakan laser printer mode grey tone.
Nak print ni sekejap je tapi nak ke kedai printer itu yang sukar sebab kena seting masa nak kesana (bukan sebelah rumah!).

Selepas ni kerja bungkus dan alas artwork dengan kad board agar tak terlibat atau bergulung mana,dibungkus dengan plastik agar tak basah (kot bocor pulak van poslaju..) siap sedia untuk diposlaju dan selamat sampai kepada klien dan selesai lah kerja 'tambahan' mycartoonnizz.



Jul 15, 2014

Karikatur Berkumpulan Edisi Triple

Klien Petronas : Sales & Technical Department
Tema : Hitam Putih (Suasana Keceriaan)
Tempoh : 2 Minggu
Pakej : Lukis & Cetak
Kuantiti : 19 orang untuk 1 Artwork, Total 3 Artwork terima.





Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jul 13, 2014

Khas untuk majalah sekolah

Assalamualaikum, salam almubarak salam bulan ramadan bulan keberkatan, rezeki bulan ini mycartoonnizz menerima tempahan 8 artwork untuk disiapkan dalam bentuk lukisan mengikut kelas berwarna warni.. edisi khas untuk majalah sekolah di Kemaman Terengganu.

Ringkas sahaja persetujuan kami iaitu bincang konsep lukisan, bagaimana final artwork nanti dan kualiti lukisan. Kalau diperlihatkan semua lukisan figura ini tidak mempunyai wajah, ini kerana cikgu berkenaan akan edit masuk foto wajah-wajah sebenar anak-anak pelajar mereka dengan wajah guru-guru kelas sekali.

Untuk job ini tempoh siap memakan masa agak lama dengan jumlah pelajar yang konsep lukisan yang pelbagai lokasi. Kalau tak silap projek ni mula hujung bulan Mei, draft tengah bulan Jun, warna awal bulan Julai dan siap baru semalam!

Suasana aktiviti Kokurikulum di tepi pantai.. Maklumlah sekolah dekat kemaman.. bilangan karektor 17 orang semua lelaki dengan seorang guru perempuan.

Suasana dalam bilik masakan ERT. Semua karektor pelajar perempuan seramai 12 orang termasuk 1 orang guru perempuan.

Suasana di bas sekolah rosak. Jumlah karektor 10 lelaki dan 12 perempuan plus cikgu perempuan sebagai pemandu bas..

Suasana di Makmal Sains dengan karektor pelajar lelaki 10 orang dan 17 perempuan.

Suasana makmal kejuruteraan dengan karektor 8 lelaki dan 25 perempuan.

Suasana sukan sekolah dengan karektor 7 lelaki dan 22 perempuan

Suasana dalam kelas dengan karektor 8 lelaki dan 25 perempuan

Suasana di kantin sekolah dengan jumlah karektor 17 lelaki dan 8 perempuan.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...