Salam 1 Malaysia,
Alhamdulillah admin lihat peningkatan minat di kalangan masyarakat terhadap seni semakin baik dan tidak lah keterlaluan ianya semakin baik sejak dunia siber menakluki industri seni khususnya lukisan kartun, komik dan karikatur. Mycartoonnizz menjalankan perkhidmatan lukisan karikatur, kartun dan komik secara digital 100%. Memasarkan karya secara atas talian (online) terus kepada klien yang 90% tahu kegunaan facebook, whatsapp, gmail, blogspot, yahoo dan lain-lain. Mereka ini generasi campuran X dan Y. Mereka ini terdedah secara positif dengan era globalisasi laman siber yang berkehendakkan infomasi yang segera dan cepat.
Sehubungan dengan itu setiap bulan dan setiap tahun team mycartoonnizz sentiasa memantau arus perubahan yang menjadi trend klien sekarang. Keperluan ini adalah untuk melihat dimanakah penawaran tertinggi dan terendah yang membolehkan studio mycartoonnizz lebih bersedia menyediakan produk khusus dan promosi yang khas untuk sesuatu event. Inilah strategi yang diguna pakai oleh kami. Sekadar perkongsian ilmu pemasaran yang diambil daripada pembacaan di blog dan kolumnis akhbar orang-orang hebat di malaysia.
Mycartoonnizz pernah dan masih menawarkan peluang pekerjaan tambahan kepada mereka yang berkemahiran dan berminat untuk berkarya (yang berbayar). Ramai yang menghantar resume dan contoh karya. Ada yang baru habis belajar (kolej, universiti), masih belajar di sekolah, bekerja sendiri, bekerja bukan bidang seni dan ada juga yang sekadar menambah pendapatan (dah ada kerja stabil). Kami terpaksa menolak buat sementara waktu. Kenapa?
Pengurusan masa berkualiti.
Syukur dengan pengalaman sejak berkarya secara digital sejak tahun 2008! Apa yang diperhatikan kualiti kerja akan mengiringi kualiti hasil kerja. Maksudnya jika pelukis mycartoonnizz memperuntukan masa untuk menerima 10 tempahan dalam seminggu dan ia sudah mencukupi. Admin akan tutup sebarang tempahan dan tidak menerima urgent order atau tempahan minggu itu. Tapi hanya menerima tempahan untuk minggu seterusnya. Ini berkesan dengan melihat beberapa karya kami mendapat pujian dan cadangan kepada rakan-rakan mereka untuk mendapatkan khidmat seni lukis kami.
Dalam 1 minggu ada 7 hari. Mycartoonnizz bercuti 2 hari. Solid 2 hari tanpa memegang alat melukis. Hanya boleh melayan pertanyaan klien atau komen di facebook. Menghiburkan klien yang berminat. Menyemak pembayaran jika klien sudah setuju menempah. Membuat bayaran kepada pelukis sambilan. Menyusun order file. Melayan blog rakan-rakan dan artis seni tenpatan mahupun antarabangsa. Wah banyak juga bila di lihat senarai itu. Tapi yang paling utama kami mahukan kualiti time bersama keluarga. Members di mycartoonnizz kebanyakan sudah berkeluarga, komitmen bersama mereka adalah selama 2 hari ini. Nak berjalan-jalan, pergi ke taman, pergi pasar malam, membeli belah, window shooping, balik kampun, pergi kenduri sedara mara, bayar bil atau loan kereta hehe.
Bila team mycartoonnizz kembali selepas bercuti. 5 hari dalam seminggu itu adalah solid untuk berkarya. Masa bergerak sangat pantas! Ada kalanya terlepas masa makan, waktu tidur adakalanya selewat jam 4 pagi. Peruntukan masa 1 jam untuk proses lakaran digital bagi 1 keping artwork (tidak kira samada karikatur, kartun @ komik), jika perlukan masa tambahan maka hanya 30 minit sahaja extra time yang mana masa itu telah di ambil dari job seterusnya, bermaksud tempoh masa lakaran kedua hanya tinggal 30 minit. Bagaimana kami bekerja dalam tempoh masa begitu? Ada klien kata "kerja gila lah..!" kami senyum sambil menjawab "nak cari makan, nak senang kena dengan cara" namun kami akur perkara ini dalam perumpamaan melayu "lain padang, lain lalang". Kalau sesetangah tempat kerja membenarkan artis berkarya dlam tempoh yang panjang tapi dapat hasilkan kerja yang berkualiti, syabas!. Tapi kami tidak. Inilah cara mycartoonnizz. Suka atau tidak mereka yang bekerja dengan kami perlu serap budaya ini dan menjadi ruji ketika bekerja.
Jadi singkatan untuk tajuk post kali ini ialah KMK..(Kualiti Masa Kerja). Semua ada cara bekerja dan gaya kerja mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Mycartoonnizz hanya memerlukan mereka yang bersemangat tinggi dan ada disiplin masa yang jujur. Maka dengan ini mycartoonnizz secara rasmi untuk penghujung tahun 2014 ini hingga ke masa yang akan di beritahu kelak tidak lagi menawarkan jawatan kosong yang melibatkan pelukis kartun, karikatur, komik dan pewarna digital atas kapasiti staff yang sudah mencukupi dan mantap.
Akhir kata selamat maju jaya dan semoga industri seni tanahair malaysia akan terus tersohor di mata dunia. Insha Allah.
p/s: Kepada yang nak menempah kartun dan karikatur digital tempah segera sebelum habis tahun 2014. Kami akan susun Harga Baru pada tahun 2015. Banyak promosi menarik bakal menemui anda dan sama sekali tidak akan membebankan anda yang Pencinta Seni.