Sep 20, 2011

Cash deposit atau Internet Banking

Salam hormat buat anda semua diluar sana..Team Mycartoonnizz ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan untuk tahun ini sahaja Tempahan Karikatur Berpasangan telah melebihi sasaran yang ditetapkan... Alhamdulillah berkat kepercayaan anda semua yang enjoy dan sporting menerima karya dari kami di Mycartoonnizz..

Sehubungan itu kami bakal mengUpgrade perkhidmatan pembayaran kami ke satu peringkat lebih baik dimana ianya lebih memudahkan anda semua untuk membuat pembayaran tanpa bersesak atau tersangkut kat jam! Kepada mereka yang menggunakan Maybank2U memang tiada masalah,, cuma yang guna bank lain susah sikit... disebabkan online transfer makan masa 3 hari proses... maka draft karikatur pun kena tunggu sampai kami menerima pembayaran tersebut. Hal ini boleh dielakkan (buat masa ini..) dengan anda cash deposit sahaja.. confirm duit direct masuk..dan kami boleh terus buat draft karikatur anda dengan segera.. :)

Besar harapan kami untuk memudahkan lagi anda dan mereka2 yang berada diluar Malaysia... Insyallah Mycartoonnizz akan mengembangkan sayap ke Brunei dan Singapura..Permintaan sentiasa ada cuma masalah tukaran mata wang sahaja...

Sep 19, 2011

Draft Radhiah dan Suami...Sweet..

Untuk tempahan karikatur email jer kat sini mycartoonnizz@gmail.com

Sep 18, 2011

Full Color Faizah & Radzi dari Pontian Johor

 Pasangan ini masih bertunang dan karikatur ini bakal dimasukkan ke dalam kad jemputan mereka... tahniah kepada pasangan Faizah & Radzi dari Pontian Johor. Semoga seronok dengan karya kami dan boleh promote pada member2 lain..

Untuk tempahan karikatur mycartoonnizz@gmail.com (nizzam)

Sep 17, 2011

draft Faizah & Radzi

Lagi draft untuk pasangan Faizah & Radzi... nantikan approval mereka untuk kami start kerja2 mewarna dan latar belakang skali... hehe...layan..

Papa & Mama

Job ni lama dah customer ni order... entah camner boleh terlepas pandang... anyway nasib baik dia ok.. dan isnin ni baru dapat tunjukkan pada dia... ini customer offline so senang deal...
Job ni adalah untuk Cetakan & Frame...bakal dijadikan hadiah kepada mom & dad dia.
Harga...? ups.. nanti kami akan umumkan... sebab sebelum ni belum yakin nak buka pakej ni.. hanya yang dok JB jer merasa pakej nih.. :)

Sep 15, 2011

Tema Fantasi... Mai dari Ampang

Salah satu Karikatur terbaru dari kami... bertemakan Wedding Fantasy... Istimewa buat Cik Mai dari Ampang.  Semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja kami,,

Untuk tempahan karikatu? email jer kat mycartoonnizz@gmail.com

Sep 12, 2011

Harga Karikatur..

Tips Mycartoonnizz : Kalau nak lukisan yang bermutu jangan ragu-ragu dengan harga yang diberikan oleh artis itu.. Ada sebab dia letak harga begitu.. Harga melambangkan hasil kerja.... ikhlas dari headmaster mycartoonnizz... :P
 Gambar : Karikatur watak X-file.. aku lupa namanyer.. artwork ni dah 12 tahun dihasilkan...Media Pensel Warna.. Masa ni harga untuk 1 artwork aku letak RM10 jer saiz A4.. So boleh bandingkan ye dengan harga sekarang...

Sep 8, 2011

draft karikatur september 2011

New draft... Job awal bulan ni... baru peringkat draft 1.0.. untuk Cik Mai dari Ampang KL...
Nantikan versi penuh apabila artwork ini di sahkan oleh tuan punya badan...

Aug 22, 2011

Hidayah & Nabil

Lagi pasangan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka lepas raye ni. Tema diorang MERAH... diorang ni kira rezeki dapat artwork mereka dlm masa 3 hari jer...

Kebetulan artis baru balik bermesyuarat di Bukit Jalil, K.Lumpur seminggu.. dia sms dan proceed dgn pembayaran.. zas terus lepas sahur artis ngerjakan draft untuk approval dari Hidayah.. Mlm tu tgk email ada reply dari dia kata "OK SANGAT..CANTIK!!!. "
So apa lagi stay-up lewat sket mlm tu sambung lepas sahur coloring and redering tone.. tup-tup siap lebih kurang jam 1.00 tadi.. Upload dan hantar master ke email nya...

Begitulah kesahnya... betapa syoknya dapat berkarya dengan orang yang memahami kerja seni in... tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini Cik Nurul Hidayah & Nabil..


Aug 7, 2011

new job couple caricature Ogos 2011

versi outliner

versi warna penuh

Helo semua.. selamat berpuasa buat semua.. kali ni nak update latest job karikatur.. job daripada Yong Esther yang nka buatkan karikatur untuk parent dia.. sweet tuh.. sempena ulangtahun ke 50... dengar citer diorang ni nak print pada t.shirt so pakai ramai2.. (rujuk jumlah belon tuh... tu sumer anak-anak tuh) sempoi.

So sambil berpose... layan karikatur sampai customer puas hati... terbaeek..

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jul 21, 2011

Bersama Purplenstudio

Salam hormat buat anda semua... agak lama x update disini.. agak sibuk dgn kerja offline. namun bukan x tengok langsung blog ini... apa pun nak maklumkan kepada semua bahawa dalam masa terdekat, insyallah mycartoonnizz akan bersama-sama pakar fotografi perkahwinan iaitu purplenstudio yang beroperasi di Johor-Kuala Lumpur. Iklan kami / pautan lukisan karikatur juga hasil karya seni kami akan dapat dilihat di website purplenstudio... Tapi bukan sekarang... work in progress.. insyallah dalam seminggu dua ni... bila dah lancar.. kira sama2 la membantu mempromosi produk dna servis masing2.. kemajuan dia bisnes bersama-sama..

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan servis dari artis mycatoonnizz sila berhubung terus secara email atau sms ke maklumat dibawah... :)

Mycartoonnizz hotline: 013.2377 983 (nizzam)
email : mycartoonnizz@gmail.com

Jul 10, 2011

Karikatur Bulan Julai

Terima kasih kepada Cik Maria daripada Kuantan... lama jugak tunggu jadik ke tidak nak buat karikatur.. last2, 4 hari lepas bank-in dan send foto... x lama siap jer draft terus approve... kira ni approval terpantas pernah mycartoonnizz terima sepanjang 2 tahun berkarya...hehe tahniah ck Maria, semoga boleh buat macam2 dengan karikatur ini nanti.. :)
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Lagi Karikatur Pengantin 2011


Pasangan Wan & Nurul daripada Bangi Selangor


Pasangan Mahlil & Haszlin daripada Kedah

Untuk makluman semua harga pakej karikatur kami bermula dari RM68 hingga RM98 sahaja.
Sila baca terma & syarat sebelum menempah... :)

Jul 3, 2011

Draft versi tukar baju...



Hai selamat datang Bulan JULAI...Mycartoonnizz berdoa agar setiap bulan jumlah pengunjung ke blog ini akan bertambah...

Mengikut statistik kunjungan ke blog ini dalam gaya menaik... dari bulan januari dalam 100 pengunjung... bertambah ke bulan Mei mencecah sehingga 500 pengunjung... dan data terakhir pada 30 Jun 2011 yang terbaru seramai 1023 pengunjung telah menjengah blogspot mycartoonnizz...

Terima kasih dari kami kerana anda sudah pandai menilai cara kami bekerja.. Semua ini kami jadikan pengajaran dan perangsang untuk memberikan servis karikatur terbaeekk!!!

Apa pun kita nak story sedikit kisah 2 job terakhir untuk bulan Jun ini yang berlanjutan ke hari ini (insyaallah 2-3 hari siap master).

Mengenai cara approval customer.. macam2.. dan kita sebagai peniaga harus menerangkan sejelas2nya jika ada kekeliruan dan akhirnya kedua2 pihak bersetuju, maka dengan itu mereka ini kebetulan mereka ini nak tukar baju asal draft kepada baju pengantin...

Seperti yang biasa kita buat ialah draft hanya melibatkan bertukaran wajah secara minima dan tidak melibatkan gaya dan pakaian karikatur... oleh kerana mereka nak tukar baju yang dah siap kepada baju pengantin.. artis kena draw lain dan bayaran tambahan akan dibuat...

So pengajaran yang kami nak kongsi disini ialah pastikan anda sudah pasti dengan pakaian apa yang hendak digayakan sebelum artis kami melukis...

Sebarang pertanyaan dan kekeliruan terus terang dgn kami, insyallah kami sedia menjelaskan mana2 yang dapat.

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jul 2, 2011

Edisi terhad Karikatur Solo Berwarna


Customer saudara Zuel & Nurul Ain dari Johor Bahru... Sebenarnya dia order sepasang tapi nak artwok asing2... kita layan jer customer nak macamana... Pasangan ini merupakan jurufoto dan editor untuk Fotografi perkahwinan...boleh tahan bisnes.. syabas.

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...