May 4, 2014

Mycartoonnizz di bulan Mei 2014

Assalamualaikum semua, sudah masuk bulan Mei sudah 5 bulan dalam tahun 2014 ini.
Sibuk? Boleh tahan juga dengan melayan kerja-kerja offline (kerja sebenar) dan online bisnes (mycattoonnizz).. apa pun komitmen 200% dalam apa jua tugasan yang diberikan. Banyak cabaran apabila terpaksa melakukan tugasan samaada tugas sendiri dan memberi tugasan kepada rakan kerja.

Apa pun mycartoonnizz ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang setia mendapatkan khidmat lukisan digital mycartoonnizz.. ada yang telah 3 kali menempah samada untuk diri sendiri atau pun untuk rakan serta ahli keluarga.

Semoga mycartoonnizz terus relevan dalam industri seni tanahair ku.. :)

 Tema Perkahwinan Pegawai Tentera

 Tema Ulangtahun Ibu Bapa

 Tema Kenangan Bos & Staf Syarikat

 Tema Keluarga Untuk Cetakan T.Shirt

Tema Hari Lahir (solo)

Feb 16, 2014

Karikatur keluarga

Lukisan terkini dari mycartoonnizz.

Pakej Famili En Abdul Rahim & Dr Ernis
Perlis
Full Color
Tema "ceria"


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Feb 10, 2014

Nurse

Tempahan terkini dari Hospital Pulau aka Island Hospital Penang.

Karikatur untuk majlis perpisahan rakan kerja mereka iaitu Lee Shin Ling Staff Nurse bahagian Kecemasan.

Tema : Hospital
Design : Majlis Perpisahan
Tempoh kerja : 2 hari
Saiz : A3

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Feb 5, 2014

Karikaturkan mereka pada bulan Februari ini

Salam bulan Februari..

Untuk Bulan ini selama DUA PULUH LAPAN HARI (28 HARI ) promosi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA (RM50) akan berlangsung.

Kepada anda yang mahukan karikatur untuk majlis perkahwinan, ulangtahun perkahwinan, ulangtahun kelahiran, majlis perpisahan, kelahiran bayi sulung atau apa sahaja boleh TEMPAH di MYCARTOONNIZZ.

Promosi ini terhad untuk 5 tempahan sehari tau. Jika tempahan untuk hari tersebut PENUH, tempahan anda akan di bawa ke hari berikutnya.

Terma & Syarat:
  1. Tempahan SIAPdalam 2 HARI.
  2. Berhubung secara terus dengan moderator mycartoonnzz secara emel/whatsapp/sms di [013] 2377 983 dan mycartoonnizz@gmail.com
  3. BAYARAN PENUH ke akaun MAYBANK / CIMB untuk kemudahan anda. No akaun akan diberikan selepas anda SAH kan tempahan.
  4. EMEL / whatsapp foto orang yang hendak di karikatur.
  5. Kerja DRAFT (lakaran) mula dibuat selepas bayaran penuh.
  6. DRAFT siap dalam tempoh 24 JAM. Sila semak emel /whatsapp.
  7. Sila REPLY "OK" atau ada perubahan boleh di EDITING (sekali sahaja). 
  8. FINAL ARTWORK akan di RESEND dalam tempoh kurang 2 JAM.
  9. Karya / Lukisan akan diemel di EMEL yang SAH bukan di akaun Facebook untuk mengelakkan kualiti karya/lukisan terjejas.
Kualiti Karya/Lukisan:
  • Mode : HITAM PUTIH
  • Format : JPEG 
  • Saiz : A4
  • Resolution : 300 dpi
 p/s: Pastikan FOTO yang diemel JELAS dan tidak gelap bagi menjamin kualiti karikatur tidak menjadi wajah orang lain... :)

Feb 2, 2014

Skuter mereka selamanya

Ada benda yang menjadi simbolik perkenalan anda berdua. Berbagai memori manis dan pahit diharungi bersama-sama dengannya.

Mycartoonnizz menerima permintaan mereka yang mahukan karikatur mereka bersama motor skuter mereka. Tiada nilai tambahan dari kenangan abadi dalam konsep lukisan digital gaya mycartoonnizz.

Berikut adalah karya lukisan karikatur pengantin dan pasangan dengan motosikal skuter mereka.


Jan 16, 2014

Lukisan Karikatur Mengandung

Pelukis tak mengandung apa tah lagi lukisan tak akan mengandung. Yang mengandung adalah bekas pelanggan mycartoonnizz yang pernah menempah karikatur untuk kad kahwin mereka ( rujuk Zila & Muiz Wedding ) dan kini nak tempah tema "Mengandung". Ada 2 lukisan yang mereka nak dengan gaya pakaian yang berbeza.


Norfazila & Suaminya En Muiz karikatur istimewa kenangan semasa mengandung anak pertama mereka. Mudah-mudahan selamat melahirkan dalam beberapa hari lagi.

Jan 8, 2014

Yana Azlin - Karikatur COMEL


 Yana dan Suami
Terengganu

Tema : Couple/Santai
Artwork : 2 set BW Outline

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Bagaimana nak tempah kartun atau karikatur

Assalamualaikum semua,

Hari ini Admin akan menerangkan serba ringkas bagaimana nak membantu anda yang mahu menempah samada lukisan KARTUN COMEL dan lukisan KARIKATUR PERKAHWINAN.

Sila ikut arahan dibawah ini.

Langkah 1:

~ Anda semestinya telah melihat sampel-sampel karya di Mycartoonnizz sebelum mahu bertanyakan HARGA. Ini memudahkan admin memberikan HARGA TERBAIK dan SESUAI mengikut KEPERLUAN anda.
~ Nak senang boleh klik di page mycartoonnizz untuk galeri dan promosi terkini. atau
add FB admin di nizamycartoonnizz .

Langkah 2:
~ Anda whatsapps/sms/pm ke [013]2377 983 atau emel mycartoonnizz@gmail.com untuk berhubung mengenai HARGA!!
~ Selepas JELAS dengan HARGA kami, anda perlu tahu PROSEDUR KERJA mycartoonnizz. Ianya seperti dibawah:

1. Setuju dengan HARGA~Pemberian No Akaun ke no HP anda akan dibuat. PEMBAYARAN PENUH melalui perbankan internet atau pindahan di ATM.

2. Emel / sms attachment BUKTI PEMBAYARAN dalam bentuk resit atau teks sms ke no HP Admin.

3. Anda boleh attach FOTO ke inbox fb, whatsapp kepada Admin selepas PEMBAYARAN dibuat.

4. Pelukis Mycartoonnizz mula melukis dalam tempoh 24 jam SIAP untuk KARTUN COMEL manakala DRAFT untuk KARIKATUR PENGANTIN.

5. Setiap ARTWORK LUKISAN akan di hantar melalui EMEL SAHAJA! Ini bagi menjaga tahap kualiti OUTPUT karya.

Langkah 3:
~  ARTWORK yang diterima oleh anda sudah boleh digunakan untuk OUTPUT seperti cetak KAD KAHWIN, BANNER, BUNTING, STICKER, DOOR GIFT dsb..

Sebagai tanda penghargaan anda kepada kami, sila TAG atau EMEL foto-foto bagaimana rupa OUTPUT printing yang anda buat dari Lukisan Mycartoonnizz.



Dec 19, 2013

Promosi Akhir Tahun 2013

"" Karikatur Perpasangan """"

Harga TERBAIKK dari ASAL Boleh kira dengan jari kaki kalau tak cukup tangan!!

Apa yang anda dapat??

Pakej Lukisan Berwarna Penuh

3 File lukisan:
1 file lukisan berwarna (sesuai untuk bunitng, banner dan kad jemputan cetakan warna digital)
1 file lukisan tidak berwarna (sesuai untuk kad hitam putih)
1 file lukisan outline (sesuai untuk cetakan t.shirt 1 color)

Apa tunggu lagi, kuota kami 10 tempahan seminggu jika lambat kena tunggu minggu seterusnya ya.

emel mycartoonnizz@gmail.com atau pm terus untuk Harga dan Tempahan sekarang!!

"""PROMOSI SAH SEHINGGA 31 DISEMBER 2013'''''''


Nov 29, 2013

2014 bakal tiba...

Hai salam hujung minggu.. selamat bercuti pada mereka yang bercuti sempena musim cuti sekolah. Post kali ini nak flash back seawal tahun 2004.. sesuai dengan tajuk post 2014 bakal tiba.. kira dah 10 tahun beb.. 10 tahun develop teknik dan style karikatur mycartoonnizz sehingga diangkat orang mereka yang menghargai seni kreatif anak tempatan.

Untuk tempoh itu pelbagai dugaan dan ragam dalam meneruskan minat dan peluang untuk karya di hati peminat seni. Ada yang suka, seronok dan tidak kurang juga yang cerewet seperti tidak faham kelainan yang di tonjolkan oleh mycartoonnizz.

Dalam tempoh 10 ini juga teknik mycartoonnizz semakin hari diperkemaskan dan sesuai dengan arus digital masa kini. Dahulu mycartoonnizz di bawa secara solo dengan berbekalkan pen dakwat hitam, pen marker hitam dan kertas A4. Selepas siap setiap lukisan itu dibawa ke kedai photostat untuk di jadikan bukti dan simpanan pelukis, mana ada scanner dan camera HP seperti zaman sekarang. Berkarya di tengah-tengah program dari jam 8.30 pagi hingga lewat 5 petang. Tak putus-putus pelanggan memberikan foto ukuran passport dan 4R dan ada juga sanggup tunggu giliran untuk di lukis secara live. Memang tak menang tangan pada masa itu..( Mungkin harga untuk 1 lukisan masa itu cuma rm2.00 untuk seorang. Mungkin harga pada ketika itu sudah memadai untuk seorang pendatang baru yang sedang mencuba nasib.

 Pasangan ini ada cerita dia.. beliau mahukan gaya gambar foto konvo dengan berpakaian jubah manakala tunangnya (kalau tak silap..mereka dah bertunang semasa belajar lagi..) sudah bekerja dan ini kenangan mereka bila bertemu kelak..Maklumlah bukan selalu jumpa. Sorang duduk KL sorang lagi duduk terengganu.


Nah 5 orang dalam 1 kertas A3 sebenarnya, tempahan selepas event dan semasa sedang praktikal di SMK (P) Bandaraya, KL.  dah tak ingat nama mereka tapi kalau jumpa boleh tegur. Wajah mereka semua di lukis dari foto passport. Gaya pose mereka memang dari angle atas..antara teknik awal lukisan mycartoonnizz yang lain dari pelukis lain ketika itu.


Kumpulan guru semakin ramai mengambil kesempatan atas skill dan harga yang dicas tak mahal. Tak boleh mahal masa tu sebab sedang belajar,  nanti tak dapat apa-apa semasa praktikum nanti. Ini adalah sekolah sahabat saya Abdul Rahim yang tak jadi sama sekolah dengan pelukis. Apa pun dia agak kesal kerana kami tidak sebumbung sekolah namun pengalaman masing-masing.


Keluarg ini baru mendapat anak seorang dan semasa ini pelukis mula bermain dengan anatomi badan yang lebih detail dan comel. Lebih-lebih lagi pada karektor kanak-kanak. Apabila di tunjukan pada mereka ayat pertama yang terkeluar ialah " ala la la comelnya..." . Syukur mereka suka dan tak pasti apa yang jadi dengan lukisan pada diorang.

Secara ringkasnya ketika ini setiap 1 lukisan pelukis cuma ambil masa dalam 15 minit sahaja untuk siapkan. Jadi sesuailah dengan harga pada ketika itu. Ye lah belum ada nama lagi.. Orang tak kenal. Facebook, Blog semua tak ada lagi.. Untung budak-budak sekarang, cepat tempa nama dan pengalaman.

Huh.. memang layan kalau nak flash back zaman kegemilangan ni.. apa pun kita akan countdown sehingga menjelang 2014. Akan ada promosi baekk punya menanti anda.. sentiasa follow up ok..

Chaw!

Nov 23, 2013

Jan-Feb 2013 order

Adik Uzma


Din Shutter

Gee Sekeluarga


 



April 2013 job



Azira Tim Sekata




Amin & Keluarga

PERCUMA

Mana ada dalam dunia sekarang benda nak beri PERCUMA..!

Perkara biasa orang akan tanya, ada percuma tak? yang ini percumakan..?!.. Susah-susah mycartoonnizz berikan PERCUMA kepada anda tetapi tidak semua ya... :)

Apa yang kami beri percuma ialah:

  1. Tajuk
  2. Hiasan kerawang atau grafik ringkas
  3. Nama anda
  4. Kata-kata hikmat dan sewaktu dengannya.
Sila rujuk grafik kalau tak faham juga boleh emel saya untuk pertanyaan, jangan takut sebab mycartoonnizz tak makan orang..


Nov 17, 2013

Lagi Karikatur Ekspress from cikgu-cikgi Johor Bahru




Selamat bercuti kepada semua budak2 sekolah. Diharapkan anda semua bercuti dengan gembira dan jauhi dari perkara yang merosakan minda dan jasad.

Lagi 1 bulan nak menghampiri penghujung tahun 2013. Banyak organisasi kecil mahupun besar sibuk mengadakan majlis akhir tahun, annual dinner dan sebagainya. Di mycartoonnizz sentiasa terbuka untuk melayan tempahan pelbagai pakej. Terbaru dan terkini dari SMK Tanjung Adang yang menempah Karikatur Ekspress dengan jumlah wajah yang perlu dilukis seramai 30 orang.

Alhamdulillah proses akhir telah siap untuk di sahkan oleh pengerusi Kelab Bilik Guru SMKTA. Karya ini adalah bersaiz A4 setiap satu wajah yang dikarikaturkan. Kaedah ini membolehkan setiap guru/staf menerima karikatur wajah masing2 dan bonus dalam bentuk sofcopy berformat jpeg.

Kepada organisasi lain seperti badan berkanun, kolej, syarikat swasta dan lain-lain boleh emel kepada mycartoonnizz@gmail.com untuk pertanyaan atau pun add facebook nizzam mycartoonnizz untuk respon segera. Kami ada page untuk di LIKE.. purplenstudio mycartoonnizz page

Salam hormat dan salam ceria di awal pagi ahad ini dengan ucapan selamat bercuti dan ceria-ceria selalu!

Nov 6, 2013

Terbanyak terhangat Karikatur Ekspress!!

Terbanyak,, rekod untuk 2013... 69 order dalam 1 minggu!!

Karikatur ini adalah bundle dari warga guru dari Perlis Indera Kayangan.

Istimewa buat anda diluar sana yang nak karikatur beramai-ramai, mycartoonnizz menyediakan pakej KARIKATUR ESKPRES yang paling sensasi, baru 1 bulan dilancarkan..

Apa tunggu lagi,, kumpulkan rakan2, saudara mara.. :)




Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...