Sep 2, 2015

Bahan Bantu Mengajar - Edisi Trial SPM tahun 2015

Trial SPM datang lagi.. kali ni soalan trial SPM 2015 kertas 1 dan 2 dibina sendiri di peringkat zon. perkongsian di kalangan guru-guru dari sekolah berdekatan.

Berikut antara soalan2 yang disediakan. dan untuk rujukan cadangan jawapan dalam bentuk lakaran kasar sahaja dapat disediakan. Insha allah dalam sedikit masa lagi karya lengkap akan di kongsi bersama.


  1. Gambarkan suasana di sebuah pasar malam. Beberapa orang penjual mainan kanak-kanak sedang melayan kanak-kanak untuk membeli beberapa permainan yang menarik  perhatianLukiskan gambar tersebut dengan memberi penekanan kepada figura
  2. Kelihatan beberapa peralatan berkebun seperti cangkul, kereta sorong, tajak, pencakar dan pongkis digunakan untuk pembinaan pagar. Terdapat juga longokan batu bata, pasir dan simen berlongokkan . Gambarkan keadaan ini.
  3. Pemandangan di sebuah perkampungan nelayan. Di situ terdapat beberapa buah rumah papan. Sebahagian daripada tiang rumah itu berada di dalam air . Beberapa buah sampan terikat pada tiang rumah. Bayang sampan dan objek kelihatan di atas air.. Di tepi rumah kelihatan beberapa helai pakaian di ampaian. Kelihatan juga sebuah titi yang panjang menyambungkan bahagian rumah itu ke daratan. Gambarkan suasana yang tenang ini.
  4. Dalam kegelapan angkasaraya, sebuah kapal angkasa berbentuk bujur telur sedang menghampiri sebuah planet berpermukaan seperti bulan. Kelihatan taburan bintang- bintang menyinari ruang angkasa. Lukiskan gambaran tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan,dan warna.









Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...