Realistic Watercolour Painting Cut From Magazine
Pembelajaran selepas silibus selesai ialah guru membuat pengukuhan dan latih tubi kepada pelajar agar mereka tidak lupa teknik2 asas mewarna catan samada secara asas atau advance.
Kemahiran memilih warna dan mewarna perlu di praktis sekerap mungkin bagi memastikan tahap kemahiran setiasa berada di paras optimum. Kemahiran akan menurun apabila kita lama tidak melakukanya.
Pelajar dihendaki memilih mana-mana gambar foto atau majalah yang mempunyai kualiti warna dan visual berkualiti untuk di tiru (copy).
Langkah1: Potong sebahagian kecil mana2 bahagian gambar dan di tampal di atas kertas lukisan kosong.Langkah 2: Lukis / lakar dengan merujuk gambar yang sama.Langkah 3: Warnakan mengikut rujukan gambar yang sama.
Ciri-ciri lukisan ini adalah mesti sama (realistik) dengan merujuk kepada gambar asal. Sebaik-baiknya praktis asas latihan ini dengan merujuk gambar foto daripada gambar lukisan.
Selamat mencuba.