Jan 28, 2012

Pen oh penku..

Salam hormat kepada anda semua..

Kali ni nak cerita ringkas sahaja.. mungkin ada yang tertanya pen apa yang biasa saya gunakan untuk proses inker..Teknik dan gaya lukisan bergantung kepada jenis pen / berus yang digunakan oleh seseorang pelukis. Begitu juga dengan saya, setakat ini banyak pen daripada berus digunakan. Kebanyakan jenama yang biasa dan mudah didapati dikedai-kedai. Kalau outstation kot tertinggal pen boleh beli kat kedai runcit pun ada!

Kenapa pen? Pen senang dan tak leceh dari segi nak selenggara. Tak perlu nak refill ink kalau abis buang jer..beli baru! Lagi satu pen yang saya pakai tidak lebih rm3.50 sebatang harganya. Dan biasanya saya suka beli dalam kuantiti yang banyak (set) sebab malas nak keluar beli.

Tempoh hayat pen yang saya guna tak lama. Bergantung kepada jumlah lukisan yang dibuat. Adakalanya seminggu pen hitam 0.5 & 0.7 habis satu set. Job kenjang masa tu. Kalau marker pen ambil masa sikit sebab penggunaannya tidak sekerap pen untuk lukis outline.

Foto ni adalah beberapa pen yang saya guna. (guna foto dari internet) sebab malas nak snap koleksi pen. nanti orang kata menunjuk-nunjuk!






Warna HITAM sahaja. Warna lain x best!

Ok dah setakat n je.. kan kata tadi ringkas jer..

Terima kasih


--
mycartoonnizz
online graphic illustrator since 2008

F  : nizzzampurplenstudiomycartoonnizz
E  : mycartoonnizz@gmail.com
W : http://mycartoonnizz.blogspot.com
H  : 013 - 23 77 983 (nizzam)

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...