Sep 11, 2013

Sebuah Lukisan baru bermula

Sememangnya seronok dan mencabar bila melukis secaqra manual, jauh dari teknologi digital yang mudah kita nak undo atau betulkan kesilapan bila proses melukis berlangsung.

Apa pun keseronokan dalam melayan berus lukisan dengan campuran warna-warna hingga terhasilnya sebuah gambaran lukisan. Lama tidak berkarya dan biasa saya tidak mengambil masa yang lama untuk mengadap sesuatu lukisan paling lama mungkin 1 hari sahaja.. Tak sabar nak lihat kerja siap sempurna atau mungkin ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.

In sha Allah lepas ini blog akan disajikan dengan pelbagai genre lukisan dan karya gabungan pelukis tegar di mycartoonnizz. Nantikan kemunculannya dan jangan lupa jika berminat nak beli boleh emel atau call sahaja. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...