Showing posts with label water color. Show all posts
Showing posts with label water color. Show all posts

Oct 21, 2015

Latihan Kertas 2 SPM

Soalan:



Di bahagian dalam sebuah kereta sorong, kelihatan beberapa biji buah kelapa yang belum lagi berkupas. Kelihatan juga sebilah parang disandarkan pada longgokan buah kelapa tadi. Lukiskan gambaran tersebut dengan memberi penekanan kepada garisan, jalinan, ruang serta warna dalam situasi tersebut.









Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Aug 30, 2015

Catan Air Realistik

Realistic Watercolour Painting Cut From Magazine

Pembelajaran selepas silibus selesai ialah guru membuat pengukuhan dan latih tubi kepada pelajar agar mereka tidak lupa teknik2 asas mewarna catan samada secara asas atau advance. 
Kemahiran memilih warna dan mewarna perlu di praktis sekerap mungkin bagi memastikan tahap kemahiran setiasa berada di paras optimum. Kemahiran akan menurun apabila kita lama tidak melakukanya.

Pelajar dihendaki memilih mana-mana gambar foto atau majalah yang mempunyai kualiti warna dan visual berkualiti untuk di tiru (copy). 
Langkah1: Potong sebahagian kecil mana2 bahagian gambar dan di tampal di atas kertas lukisan kosong. 
Langkah 2: Lukis / lakar dengan merujuk gambar yang sama.
Langkah 3: Warnakan mengikut rujukan gambar yang sama.

Ciri-ciri lukisan ini adalah mesti sama (realistik) dengan merujuk kepada gambar asal. Sebaik-baiknya praktis asas latihan ini dengan merujuk gambar foto daripada gambar lukisan.

Selamat mencuba.



Mar 20, 2011

Mari bermain catan air (water color)

klik foto untuk full view


Salam hormat buat semua, entry kali ini nak cerita tentang aktiviti mewarna menggunakan catan air (water color), seronok dan agak mencabar (sebab jarang2 buat).

Pertama kali nak mula kena cari foto yang bukan water color / drawing. Cari foto sahaja yang ada tone yang baik. Ada kawasan paling gelap dan paling cerah. Foto begini mudah untuk kita kenalpasti kawasan yang berwarna atau tidak kelak.

Seterusnya kita melakar, ada 2 teknik yang biasa saya buat iaitu freehand (jika mampu)... kalau tak mampu tekap guna trassing paper atau lightbox (jika ada). pastikan garisan luar (outline) kemas dan bersih. Pensil 2B atau HB adalah digalakkan (senang nak padam kesalahan)

Lakaran dah siap, Nah! kita dah boleh mula nak main warna.. Kenalpasti warna panas/sejuk dan jangan picit semua warna jika belum tentu nak pakai nanti (membazir). Mulakan mewarna kawasan sempadan hotspot (paling cerah) dengan warna panas (lebihkan air). warna tone yang sesuai untuk foto ni kita guna warna kuning.(cream pun boleh juga)

Pastikan berus anda sentiasa bersih dan di cuci (bilas) dengan air yang bersih. guna berus sederhana besar untuk mendapatkan kerataan yang baik.

Rasanya setakat ni sahaja kawan nak story kali ni.. sebab membebel banyak-banyak kalau tak dak rujukan foto susah nak bayangkan.. Berjumpa dalam keluaran akan datang dengan siri foto langkah demi langkah...

Adios..

Untuk tempahan karikatur berpasangan cuma RM68!

emailkan foto anda ke : mycartoonnizz@gmail.com

Jul 30, 2010

Mahirkan media anda


Salam hormat buat semua,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang media dalam melukis. Terdapat berbagai alat dan bahan yang membolehkan kita untuk menghasilkan daripada contengan, lakaran, lukisan hinggalah catan.

Sejak dari zaman kanak-kanak saya telah diperkenalkan dengan media pensil kayu dan warna pensil. Ketaksuban terhadap media dan mastering saya terhadap media ini berlanjutan sehingga awal sekolah menengah dan saya mula diperkenalkan dengan media basah iaitu warna air. Susah dan mencabar pada peringkat awal namun atas minat dan kecenderungan terhadap seni lukis perkara tersebut ditepis sedikit demi sedikit. Akhirnya pada peperiksaan SPM saya boleh mewarna dengan kaedah yang paling saya gemar iaitu basah atas kering. Sebut sahaja lukisan pemandangan apa yang keluar dalam soalan saya pasti mencubanya.

Namun terdapat kelemahan pada diri iaitu untuk mewarna figura dengan menggunakan warna air (penggunaan berus) amat mencabar. Alhamdulillah apabila saya berpeluang menjejakkan kaki ke UiTM (ketika itu di gelar ITM) di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, barulah saya di dedahkan dengan kaedah yang mudah dan efisyen menggunakan berus untuk mewarna sebarang objek samada pemandangan atau figura manusia.

Dan ketika itu peluang untuk meneroka media selain pensil warna dan cat air amat luas. Disana saya berpeluang menggunakan media catan minyak, akrilik, oil pastel, soft pastel dan air brush. Satu perkara yang paling teruja semasa sesi pembelajaran disana ialah ketika kami di dedahkan asas line drawing dengan menggunakan ink cina (yang busuk..!) sebagai media utama, dan tentu lah warnanya hitam pekat dan untuk mendapatkan tone kita boleh campurkan kepekatan dakwatnya dengan AIR!

Cukup setakat ini coretan tentang media sebagai permulaan topik. Harap input ini dapat memberi semangat kepada mereka2 yang berminat dalam bidang seni lukis.

Adios..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...