Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts

Sep 5, 2015

Karikatur Berkumpulan daripada Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC)

Job berkumpulan untuk majlis perpisahan daripada Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC).

Jadi kepada yang tidak arif dengan cara kerja mycartoonnizz boleh lihat dan baca artikel ini edisi khas untuk lukisan karikatur sahaja. Job lukisan karikatur berkumpulan berbeza dengan couple atas faktor berikut:
  1. Saiz wajah agak kecil, lebih ramai yang perlu ada dalam 1 page maka lebih kecil wajah yang akan dikarikaturkan.
  2. Kualiti karikatur kurang detail lebih ringkas dan banyak menonjolkan karektor daripada pakaian, gaya dan fesyen.
  3. Komposisi karektor yang akan disusun samada ada latar belakang atau kosong.
  4. Permintaan sesetengah klien untuk masukan logo syarikat dan tulisan ucapan dengan pelbagai gaya.
  5. Dicetak atau tidak, mycartoonnizz akan sedia setkan saiz kertas untuk kemudahan klien. 
  6. Klien selalu bertanya kat mana cantik untuk print dan frame, jawabnya cetak di kedai foto. Memang kerja senang. Disana boleh siap pilih frame nak saiz apa.. 
Baik, seperti biasa. Apabila sebutharga telah dipersetujui urusan menghantar semua gambar yang hendak di lukis melalui email/whatsapp/ facebook inbox selepas pembayaran PENUH dibuat. 


 Draft Outline



Team Mycartoonnizz akan keluarkan contoh DRAFT OUTLINE seperti gambar diatas. Draft ouline atau idea kasar untuk melihat respon klien. macam biasa 80% terima..20% nak tukar background, baju nak gaya lain dll...kita layan baik punya. sampai puas hati. Cuma perlu ingat. Setiap kali ubahsuai masa penyiapan artwork akan berlanjutan hari demi hari lah. Daripada target nak siap minggu depan jadi bertambah 3 hari.


 DRAFT PROGRESS

Ada ketika klien nak urgent kita siap sedia dengan artwork progress secara print screen semasa siap satu satu peringkat. Ni kalau dah Urgent sangat ni. Harga sendiri kena ingatlah

 Pilhan 1

 Final Artwork

Selepas 4 kali perubahan dibuat dan masing-masing sudah berpuas hati dengan apa yang mycartoonnizz sediakan. Maka artwork akan di EMEL jika tempahan online, COD jika berada sekitar J.Bahru dan POSLAJU jika artwork dicetak.


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: 
:: WhatsApp [ 0132377983 ]
:: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] 
:: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Jul 13, 2014

Khas untuk majalah sekolah

Assalamualaikum, salam almubarak salam bulan ramadan bulan keberkatan, rezeki bulan ini mycartoonnizz menerima tempahan 8 artwork untuk disiapkan dalam bentuk lukisan mengikut kelas berwarna warni.. edisi khas untuk majalah sekolah di Kemaman Terengganu.

Ringkas sahaja persetujuan kami iaitu bincang konsep lukisan, bagaimana final artwork nanti dan kualiti lukisan. Kalau diperlihatkan semua lukisan figura ini tidak mempunyai wajah, ini kerana cikgu berkenaan akan edit masuk foto wajah-wajah sebenar anak-anak pelajar mereka dengan wajah guru-guru kelas sekali.

Untuk job ini tempoh siap memakan masa agak lama dengan jumlah pelajar yang konsep lukisan yang pelbagai lokasi. Kalau tak silap projek ni mula hujung bulan Mei, draft tengah bulan Jun, warna awal bulan Julai dan siap baru semalam!

Suasana aktiviti Kokurikulum di tepi pantai.. Maklumlah sekolah dekat kemaman.. bilangan karektor 17 orang semua lelaki dengan seorang guru perempuan.

Suasana dalam bilik masakan ERT. Semua karektor pelajar perempuan seramai 12 orang termasuk 1 orang guru perempuan.

Suasana di bas sekolah rosak. Jumlah karektor 10 lelaki dan 12 perempuan plus cikgu perempuan sebagai pemandu bas..

Suasana di Makmal Sains dengan karektor pelajar lelaki 10 orang dan 17 perempuan.

Suasana makmal kejuruteraan dengan karektor 8 lelaki dan 25 perempuan.

Suasana sukan sekolah dengan karektor 7 lelaki dan 22 perempuan

Suasana dalam kelas dengan karektor 8 lelaki dan 25 perempuan

Suasana di kantin sekolah dengan jumlah karektor 17 lelaki dan 8 perempuan.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...