Showing posts with label pensel. Show all posts
Showing posts with label pensel. Show all posts

Jun 21, 2016

Latihan Melukis Potret Asas

 Assalamualaikum semua,

Berminat nak lukis muka orang atau bahasa seninya potret. Disini mycartoonnizz share beberapa tips yang boelh diamalkan iaitu:

  1. Pastikan anda mempunyai bahan rujukan yang sama media contoh nak lukis potret yang guna media pensel 2B kena rujuk lukisan yang guna media pensel 2B juga.
  2. Jangan putus asa jika lukisan pertama anda buruk atau tak menjadi. Ambil kertas yang baru dan melukis lagi.
  3. Jangan kutuk lukisan sendiri jika tak dapat 100% sama, ingat anda sedang belajar dan hasil terbaik anda bukan hari ini, mungkin 1 bulan lagi.
  4. Simpan lukisan yang terdahulu untuk rujukan kesilapan, elakan memadam lukisan yang salah dan melukis semula di atas kertas tersebut. Ambil kertas baru dan mula dari awal.
  5. Latihan ini memerlukan anda melukis dan berlatih pada bahan rujukan yang sama sekurang-kurangnya 5 kali. 


Potret lelaki kacak  :   Drawing Block    :   Pensel 2B dan 4B
Tempoh masa 30 minit


 Admin dah hampir 1 tahun tak melukis potret secara manual ni.. nampak keras dan tak dapat gaya yang dikehendaki, so moral of the story jangan malu jika lukisan anda tak menjadi yang penting semangat untuk belajar, Insha Allah anda boleh berjaya!

Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Jun 11, 2011

Wynda & Tunangnya... Full Color Background


Salam hormat kepada anda semua, kali ini giliran pasangan wynda dan tunangnya.. selamat pengantin baru nanti.. jangan lupa jemput kami yek..

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Mar 27, 2011

Bakat sicilik...

Karya anakku Zetty yang baru darjah 1 tahun ni. 15 minit jer dia melakar dengan media pensel atas kertas A4. Aktiviti malam tadi (aktiviti bebas bila tv tutup). Angan2 bebudak melihat papa dia menjadi seorang yang lain.. Adakah mungkin aku boleh menjadi seperti apa yang di angan2kan...hehehe..imaginasi kanak2.

Bila lihat sahaja karya ni lantas aku start color kat Adobe Photoshop..10 minit (x boleh lama2..ada kerja lain nak buat) siap jer upload dan tunjuk pada dia...huhu seronok x terkata.. lepas ni dia nak lukis muka maknyer pula sebagai seorang chef terunggul...kita lihatlah nanti hasilnya..

Nasihat untuk diri sendiri dan anda...usah sekat minat anak2 anda. biarlah mereka xplore potensi diri dan baru lah kita pandukan dengan teknik dan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka..insyallah senyuman akan sentiasa terukir di wajah mereka..

Untuk tempahan karikatur berpasangan rm68.00

website : mycartoonnizz.blogspot.com
sponsor : isometrikdp.blogspot.com
email: mycartoonnizz@gmail.com

Dec 7, 2010

Lagi job karikatur versi berwarna



Selamat Pengantin Baru kepada Cik Zatil dan pasangannya En Raitu daripada Klang, Selangor.
Mereka telah menempah karikatur untuk dijadikan abadikan di dalam kad jemputan kahwin.

Tahniah buat mereka, kepada yang berminat usah tunggu lama kelak harga promosi RM68.00 ini bakal ke harga asal pada 1hb Januari 2011.

Untuk tempahan karikatur 013.2377 983

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...