Showing posts with label pelukis. Show all posts
Showing posts with label pelukis. Show all posts

Jan 14, 2016

Pencarian Bakat Pelukis Muda Mycartoonnizz (jawatan kosong)

Helo 2016,

Januari sudah menjengah, nah apa lagi yang ditunggu-tunggu. Bulan ini sengaja mycartoonnizz tidak mengemaskini blog dengan karya-karya terbaru. Kita nak beri laluan kepada pembenihan idea-idea baru untuk perkembangan kreatif seni di mycartoonnizz.

Mycartoonnizz akan mengrekrut pelukis-pelukis muda. Samada secara offline atau online. Mereka ini adalah wajib terdiri daripada yang berumur tidak kurang 18 tahun hingga 30 tahun. Tidak ada komitmen kerja yang menyekat kreativiti anda berkarya.

Sejak pertengahan tahun 2014 hingga hujung 2015, mycartoonnizz terpaksa memperlahankan aktiviti seni samada secara online mahupun offline. Orang kata bertapa. Menuntut ilmu untuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

Konsep yang dibawa oleh mycartoonnizz kepada pelukis-pelukis muda ini adalah membeir peluang kepada mereka pengalaman di dalam industri seni secara online dan offline yang menjanjikan pelbagai peluang dan ruang untuk menempa nama dan menambah sumber pendapatan dan juga rezeki halal untuk kehidupan yang lebih barakah.

Untuk itu, post ini adalah dibuka untuk sesiapa yang berminat dan sila hantar maklumat anda untuk dihubungi dan lampirkan contoh karya anda.

Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Nov 6, 2014

Kualiti Masa Kerja

Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah admin lihat peningkatan minat di kalangan masyarakat terhadap seni semakin baik dan tidak lah keterlaluan ianya semakin baik sejak dunia siber menakluki industri seni khususnya lukisan kartun, komik dan karikatur. Mycartoonnizz menjalankan perkhidmatan lukisan karikatur, kartun dan komik secara digital 100%. Memasarkan karya secara atas talian (online) terus kepada klien yang 90% tahu kegunaan facebook, whatsapp, gmail, blogspot, yahoo dan lain-lain. Mereka ini generasi campuran X dan Y. Mereka ini terdedah secara positif dengan era globalisasi laman siber yang berkehendakkan infomasi yang segera dan cepat.

Sehubungan dengan itu setiap bulan dan setiap tahun team mycartoonnizz sentiasa memantau arus perubahan yang menjadi trend klien sekarang. Keperluan ini adalah untuk melihat dimanakah penawaran tertinggi dan terendah yang membolehkan studio mycartoonnizz lebih bersedia menyediakan produk khusus dan promosi yang khas untuk sesuatu event. Inilah strategi yang diguna pakai oleh kami. Sekadar perkongsian ilmu pemasaran yang diambil daripada pembacaan di blog dan kolumnis akhbar orang-orang hebat di malaysia.

Mycartoonnizz pernah dan masih menawarkan peluang pekerjaan tambahan kepada mereka yang berkemahiran dan berminat untuk berkarya (yang berbayar). Ramai yang menghantar resume dan contoh karya. Ada yang baru habis belajar (kolej, universiti), masih belajar di sekolah, bekerja sendiri, bekerja bukan bidang seni dan ada juga yang sekadar menambah pendapatan (dah ada kerja stabil). Kami terpaksa menolak buat sementara waktu. Kenapa?

Pengurusan masa berkualiti.

Syukur dengan pengalaman sejak berkarya secara digital sejak tahun 2008! Apa yang diperhatikan kualiti kerja akan mengiringi kualiti hasil kerja. Maksudnya jika pelukis mycartoonnizz memperuntukan masa untuk menerima 10 tempahan dalam seminggu dan ia sudah mencukupi. Admin akan tutup sebarang tempahan dan tidak menerima urgent order atau tempahan minggu itu. Tapi hanya menerima tempahan untuk minggu seterusnya. Ini berkesan dengan melihat beberapa karya kami mendapat pujian dan cadangan kepada rakan-rakan mereka untuk mendapatkan khidmat seni lukis kami.

Dalam 1 minggu ada 7 hari. Mycartoonnizz bercuti 2 hari. Solid 2 hari tanpa memegang alat melukis. Hanya boleh melayan pertanyaan klien atau komen di facebook. Menghiburkan klien yang berminat. Menyemak pembayaran jika klien sudah setuju menempah. Membuat bayaran kepada pelukis sambilan. Menyusun order file. Melayan blog rakan-rakan dan artis seni tenpatan mahupun antarabangsa. Wah banyak juga bila di lihat senarai itu. Tapi yang paling utama kami mahukan kualiti time bersama keluarga. Members di mycartoonnizz kebanyakan sudah berkeluarga, komitmen bersama mereka adalah selama 2 hari ini. Nak berjalan-jalan, pergi ke taman, pergi pasar malam, membeli belah, window shooping, balik kampun, pergi kenduri sedara mara, bayar bil atau loan kereta hehe. 

Bila team mycartoonnizz kembali selepas bercuti. 5 hari dalam seminggu itu adalah solid untuk berkarya. Masa bergerak sangat pantas! Ada kalanya terlepas masa makan, waktu tidur adakalanya selewat jam 4 pagi. Peruntukan masa 1 jam untuk proses lakaran digital bagi 1 keping artwork (tidak kira samada karikatur, kartun @ komik), jika perlukan masa tambahan maka hanya 30 minit sahaja extra time yang mana masa itu telah di ambil dari job seterusnya, bermaksud tempoh masa lakaran kedua hanya tinggal 30 minit. Bagaimana kami bekerja dalam tempoh masa begitu? Ada klien kata "kerja gila lah..!" kami senyum sambil menjawab "nak cari makan, nak senang kena dengan cara" namun kami akur perkara ini dalam perumpamaan melayu "lain padang, lain lalang". Kalau sesetangah tempat kerja membenarkan artis berkarya dlam tempoh yang panjang tapi dapat hasilkan kerja yang berkualiti, syabas!. Tapi kami tidak. Inilah cara mycartoonnizz. Suka atau tidak mereka yang bekerja dengan kami perlu serap budaya ini dan menjadi ruji ketika bekerja.

Jadi singkatan untuk tajuk post kali ini ialah KMK..(Kualiti Masa Kerja). Semua ada cara bekerja dan gaya kerja mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Mycartoonnizz hanya memerlukan mereka yang bersemangat tinggi dan ada disiplin masa yang jujur. Maka dengan ini mycartoonnizz secara rasmi untuk penghujung tahun 2014 ini hingga ke masa yang akan di beritahu kelak tidak lagi menawarkan jawatan kosong yang melibatkan pelukis kartun, karikatur, komik dan pewarna digital atas kapasiti staff yang sudah mencukupi dan mantap.

Akhir kata selamat maju jaya dan semoga industri seni tanahair malaysia akan terus tersohor di mata dunia. Insha Allah.

p/s: Kepada yang nak menempah kartun dan karikatur digital tempah segera sebelum habis tahun 2014. Kami akan susun Harga Baru pada tahun 2015. Banyak promosi menarik bakal menemui anda dan sama sekali tidak akan membebankan anda yang Pencinta Seni.




Aug 11, 2014

Menjana Pendapatan

Salam aidil fitri buat semua,
Kebelakangan ini saya diajukan pertanyaan tentang bolehkah melukis menjana pendapatan?, Saya menjawab yang melukis adalah kemahiran dan kemahiran yang berbayar memelukan komitmen yang tinggi untuk mendapat kepercayaan klien.

Mycartoonnizz secara rasmi beroperasi di atas talian sejak tahun 2008, namun kerjaya ini telah dimulakan pada tahun 2004 dengan kos bayaran yang rendah mengikut pasaran setempat pada ketika itu. Ketika itu tiada kaedah promosi yang khusus untuk mewar-warkan kemahiran yang ada. Bergerak sendirian dan bekerja dengan alatan manual iaitu 100% lukisan tangan dengan menggunakan pen dan marker di atas kertas A4 dan A3. Tempoh masa bekerja ketika itu 1 lukisan 10 minit! Hasil karya tersebut di kejarkan ke kedai fotostat untuk dibuat salinan sendiri sebelum karya dibayar dan diserah kepada klien.


Lokasi bekerja ketika itu di expo dan pameran di sekitar K.Lumpur. Bergerak dari satu event ke satu event dalam tempoh sehari (4jam). Bergerak dengan menggunakan motosikal lama berinjin 100cc dengan isian penuh x sampai rm6.00. Kena hujan berteduhlah sebentar di bawah jambatan atau bus stop, menggigil kesejukan dan mambalut kertas dan alatan melukis dari kuyup basah.


Anggaran pendapatan pada tahun 2004 hingga 2008 sebelum era promosi atas talian (online) tidak lah mencukupi sehngga boleh bayar hutang belajar di universiti. Cukup setakat lepas makan minum sehari hari di kota metrepolitan berseorang jauh dari keluarga dan suku sakat.

2008 dengan nama pena mycartoonnizz, admin mendapat sentuhan digital yang pada ketika itu 50% digital 50% manual. Keupayaan melukis manual dan mewarnakan karya dan menghantar karya melalui emel merupakan antara keistimewaan mycartoonnizz. Ketika itu banyak juga pelukis lain yang menggunakan method yang sama. Mycartoonnizz bermain dengan pakej lukisan dan harga yang menarik dan sesuai dengan event klien. Samada karya utuk kad jemputan perkahwinan, banner, foto profile, kad ahli dan banyak lagi. Kelebihan artwork di simpan dalam bentuk file JPEG sangat memudahkan klien dan admin kerana ada ketikanya klien mahu mencetak semula karya mereka.

Pemberatan mycartoonnizz ke arah mengurangkan kerja-kerja mencetak karya karikatur bermula pada tahun 2009. Ketika itu admin menaik taraf tool dan gadjet dan menjadikan mycartoonnizz menawarkan perkhidmatan seni lukis 100% Digital. Sejak beroperasi secara 100% digital banyak kos percetakan dan pembelian kertas dapat dikurangkan. Pendapatan mycartoonnizz dapat dijana secara efisyen. Profit keuntungan membolehkan maycartoonnizz mengembang sayap dengan menawarkan jawatan kosong kepada mereka yang berminat untuk menjadi pelukis dan pewarna digital sambilan. Berurusan secara atas talian. Pembayaran secara atas talian. Admin tidak pernah bersua muka hampir 90% warga kerja mycartoonnizz atas faktor lokasi mereka di luar kawasan dan memberi kepercayaan tinggi atas kemahiran dan tahap profesionalisme cara mereka bekerja sendiri. 

Apa pun admin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan berterima kasih atas kurniaan bakat dan kemahiran mengurus pelukis dan pewarna muda nasional. Semoga rezeki yang datang ini mendapat keberkatan dunia dan akhirat serta mendapat manfaat kepada semua orang termasuk klien yang menjadi fokus utama kewujudan mycartoonniizz.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jul 16, 2012

Harga Kami

Hai salam Isnin buat anda semua.

Minggu ni agak sibuk dengan pelbagai agenda samada famili dan hal kerja.
Apa pun saja nak bloging tentang HARGA @ mycartoonnizz. Kami sangat berbesar hati dengan tawaran tugasan dan tempahan yang diluar pakej yang disediakan. Rezeki jangan di tolak. selagi boleh terima, kami akan terima.
Namun  kami suka jika anda mampu memahami standard kerja kami yang mengutamakan kepuasan pelanggan. Ada tawaran kerja yang tidak munasabah untuk disiapkan. Ada juga kerja yang bayaran tidak setimpal dengan kuantiti. Ada juga pindaan yang berlebihan dari apa yang ditetapkan.

Kami sedia melayan semua karenah pelanggan. Kami faham yang bukan semua mudah atau mampu mengerti bagaimana cara pelukis bekerja. Apa yang mampu kami jelaskan kami cuba.

Harga kami adalah mengikut standard kerja. Anda boleh bandingkan kami dengan pelukis yang lain, tiada masalah. Pilihan ditangan anda. Kami bangga dengan tawaran harga kerja kami dan seharusnya anda berbangga mendapat karya yang berharga sedemikian.

Harga kami akan berubah mengikut keperluan pelanggan. Jika tidak sesuai kita boleh berunding dan jika tidak mampu anda boleh cuba kepada pelukis lain. Kami tidak memaksa anda. Anda berhak memilih yang terbaik untuk anda BAYAR.

Syukur setakat ini dengan sikap lebih bertolak ansur dalam berniaga, kami masih boleh mengembangkan sayap dalam perniagaan seni ini. Tahniah kepada mereka yang telah mendapat khidmat lukisan kami.

Insyallah hujung minggu ini ramadhan bakal menjelang dan tempahan lukisan masih berjalan seperti biasa.. Kerja overtime la kalau banyak tempahan. :)

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Feb 4, 2012

Drafting 24 hour!

Hai,
Minggu ni adalah minggu paling sibuk dimana studio mycartoonnizz menerima tempahan bertali arus. Dan kami menerima tempahan design bunting dan banner dari ramai pelanggan yang mahu sentuhan dari designer mycartoonnizz.

Disini saya paparkan beberapa draft yang masuk kali ke 2.. dan anda boleh lihat perbezaan yang biasa kami buat untuk kepuasan pelanggan.

Draft diatas adalah lakaran pertama yang dibuat. Komen pelanggan adalah wajah dia dan isteri tak sama langsung. OK kami sedia menerima komen begitu janji pelanggan puas hati. Ye la.. pada mata pelukis kami, lukisan dibuat dari foto yang dikirim.. Foto yang diberi terhad 2 keping. Dan minta lukiskan mereka nampak muda.. So yang diatas REJECT! Pelanggan kena tunggu 6 jam untuk 2nd draft dibuat.
Draft 2.0,, Banyak bezakan.. Sebelum ini beri foto yang tak pakai tundung dan berkaca mata.Fokus kami hanyalah pada wajah sahaja. Badan dan pakaian tidak diubah kerana ia sudah mengikut tema karikatur..Biasanya untuk draft ke 2 tiada masalah kerana pelukis kami telah menerima beberapa foto yang pose berbeza. Dan hasilnya berbeza sedikit. Terpulang kepada tuan punya diri untuk menilai karya kami.. Kami sedia memulangkan semula wang anda jika hasil kerja kami tak memenuhi kehendak anda.. Mungkin dengan wang itu anda boleh mencari pelukis yang lebih baik dari kami.. :)

Nah setakat ni lah mycartoonnizz nak kongsi bersama anda.. Memang seronok layan kerenah pelanggan yang bermacam-macam ragam.. Apa pun kami sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa sabar dan peka dalam apa jua situasi apabila berunding.

Semoga paparan ini boleh memberi gambaran kepada mereka (bakal pelanggan) bagaimana nak berurusniaga dengan MYCARTOONNIZZ.. Adiosssa!


--
mycartoonnizz
online graphic illustrator since 2008

F  : nizzzampurplenstudiomycartoonnizz
E  : mycartoonnizz@gmail.com
W : http://mycartoonnizz.blogspot.com
H  : 013 - 23 77 983 (nizzam)

Oct 27, 2011

Karikatur Faizaa & Masitah from Singapore

 Salam hormat buat semua.. selamat menjamu mata korang dengan latest karya dari mycartoonnizz.. kali ni tempahan julung2 kali dari luar negara.. Pasangan dari singapura... lepas ni harap2 ramai lagi tempahan dari luar negara.. dan harga untuk pasaran luar negara pun pastinya berbeza.. x dpt nak merepek banyak.. ada banyak lagi kerja sedang menunggu..!



Apa2 pun  terima kasih kepada Studio Inspirasi kerana mendapat khidmat artis mycartoonnizz dalam penghasilan karikatur pasangan Faizaa dan Masitah.. adios.. :)


Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 17, 2011

Jawatan Kosong Pelukis

 Salam hormat,

Bagi memperkemaskan perjalanan kerja di Studio Mycartoonnizz yang telah sibuk menerima tempahan secara online sejak tahun 2011.. Kini kami ingin membuka peluang pendapatan sampingan secara Freelance kepada mereka yang layak.
 
Mycartoonnizz ingin mempelawa kepada anda diluar sana yang mempunyai syarat-syarat dibawah.

Syarat-syarat:
  1. Boleh melukis secara digital
  2. Boleh mewarna secara digital
  3. Boleh berinteraksi secara online
  4. Mempunyai gaya lukisan tersendiri
  5. Mempunyai daya imaginasi & kreativiti tinggi
  6. Mampu melaksanakan tugas dalam tekanan masa
  7. Mampu bertugas diluar kawasan (event)
  8. Berumur 18 tahun keatas
  9. Warganegara Malaysia
Jika anda orang yang kami cari.. sila hantarkan resume anda dan sertakan beberapa contoh karya anda.. Keutamaan kami adalah kepada mereka yang berMINAT untuk mengembangkan kemahiran mereka.. Latihan khusus untuk Lukisan Digital akan diberikan secara PERCUMA. 



Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...