Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

May 14, 2011

Vector DPIM 50th Generation



Tempahan vector design untuk poster reunion daripada En Fariq - Kluang. Dorang ni akan mengadakan majlis reunion kawan2 batch masa study UiTM. Idea asal logo ini dilukis tangan dan pernah di cetak ke atas t.shirt. Vector ini akan dijadikan poster sign bagi dicetak banyak semasa program tersebut. Cetakan kecil bersaiz A4 juga dikatakan dilaminate dan diserahkan kepada semua hadirin sebagai tanda kenang-kenangan.

Syabas diucapkan kepada team En Fariq semuga kejayaan mengadakan program ini dapat mengeratkan tali silaturahim sesama rakan-rakan belajar.

Untuk tempahan grafik emel ke mycartoonnizz@gmail.com

Apr 12, 2011

Ahmad Zulhizam Elias siri 1

Salam hormat buat semua... kita nak sambung kesah komik AZH (Ahmad Zulhizam Elias) dan terima kasih kerana sudi menatap komik ini.. kalau suka ceritanya jgn baca sampai habis.. kalau suka klik like kat facebook hehe... enjoy

Sambungan dari entry lepas.. (rujuk kat sini kalau terlepas.... Page 1-2 )

Page 3

Page 4

Page 5

Page 6

Bersambung lagi.....

Mar 19, 2011

Karikatur Berkumpulan

Anda budak sekolah?? budak U..?? atau kolej..?? Nak abadikan muka rakan2 sekelas menjadi lukisan Karikatur dari Mycartoonnizz..!

Cara nya mudah jer... anda cuma ikut langkah berikut:

  1. Kumpulkan foto (solo atau beramai2)
  2. Kumpul duit sekali,, seorang RM3.00 sahaja..
  3. Send foto ke email mycartoonnizz@gmail.com dan bank-in bayaran penuh
  4. Draft karikatur akan disiapkan dalam tempoh 24 jam.
  5. Selepas approve draft anda akan terima final master outliner seperti dibawah.. :)

Untuk anda yang berminat nak cetak karikatur ini pada t.shirt cuba link ini ok. http://eizustshirt.com/

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jul 30, 2010

Mahirkan media anda


Salam hormat buat semua,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang media dalam melukis. Terdapat berbagai alat dan bahan yang membolehkan kita untuk menghasilkan daripada contengan, lakaran, lukisan hinggalah catan.

Sejak dari zaman kanak-kanak saya telah diperkenalkan dengan media pensil kayu dan warna pensil. Ketaksuban terhadap media dan mastering saya terhadap media ini berlanjutan sehingga awal sekolah menengah dan saya mula diperkenalkan dengan media basah iaitu warna air. Susah dan mencabar pada peringkat awal namun atas minat dan kecenderungan terhadap seni lukis perkara tersebut ditepis sedikit demi sedikit. Akhirnya pada peperiksaan SPM saya boleh mewarna dengan kaedah yang paling saya gemar iaitu basah atas kering. Sebut sahaja lukisan pemandangan apa yang keluar dalam soalan saya pasti mencubanya.

Namun terdapat kelemahan pada diri iaitu untuk mewarna figura dengan menggunakan warna air (penggunaan berus) amat mencabar. Alhamdulillah apabila saya berpeluang menjejakkan kaki ke UiTM (ketika itu di gelar ITM) di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, barulah saya di dedahkan dengan kaedah yang mudah dan efisyen menggunakan berus untuk mewarna sebarang objek samada pemandangan atau figura manusia.

Dan ketika itu peluang untuk meneroka media selain pensil warna dan cat air amat luas. Disana saya berpeluang menggunakan media catan minyak, akrilik, oil pastel, soft pastel dan air brush. Satu perkara yang paling teruja semasa sesi pembelajaran disana ialah ketika kami di dedahkan asas line drawing dengan menggunakan ink cina (yang busuk..!) sebagai media utama, dan tentu lah warnanya hitam pekat dan untuk mendapatkan tone kita boleh campurkan kepekatan dakwatnya dengan AIR!

Cukup setakat ini coretan tentang media sebagai permulaan topik. Harap input ini dapat memberi semangat kepada mereka2 yang berminat dalam bidang seni lukis.

Adios..!

Jan 31, 2010

my old basic drawing part 1...

LINE DRAWING : Teknik asas untuk melatih kordinasi mata dan tangan supaya lukis apa yang dilihat, (bukan mengada-adakan). Secara teknikal line ini tidak boleh putus, dan mata perlu melihat hampir 80% pada model daripada melihat kertas lukisan. Kaedah ini menjadikan tangan kita mahir dan yakin dengan apa yang dilihat mampu dilukis dengan baik.



Kedudukan tengah (MP) berfungsi untuk menentukan lakaran tidak terkeluar daripada ruang kertas lukisan. Walau apa sekali pun kedudukan model, dengan cara ini lukisan penuh model dapat dihasilkan dengan mudah dan pantas.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...