Showing posts with label 2004. Show all posts
Showing posts with label 2004. Show all posts

Dec 8, 2015

Mycartoonnizz di Tahun 2016

Assalamualaikum wbt

Jika mengira hari ada kurang 23 hari lagi ke tahun Dua Ribu Enam Belas (2016) dan disini nak dikatakan mycartoonnizz telah berusia secara rasminya tahun delapan (8) namun realiti cetusan lukisan karikatur telah bermula pada tahun Dua Ribu Empat (2004). Kejadian yang tidak disengajakan dan tidak dirancang dengan teliti. Atas desakan ekonomi dan sara hidup ketika itu, terjebaklah ke dunia karikatur pada harga RM2.00 sekepala. Pameran Keusahawanan kalau tak silap dan ianya berlangsung selama dua (2) hari. Jadi selama 2 hari lah bertarung dan tenaga dikerah untuk menyiapkan hampir lima puluh (50) orang pelanggan yang berminat dengan sentuhan mycartoonnizz. Macam nak tercabut lengan. Habis lima (5) batang pen marker hitam dan 4 pen dakwat mata 0.7 berjenama Artline. Pen pakai abis dan buang. No refill2.

Kalau dikenangkan ketika itu jiwa masih muda (tak muda sangat sebab umur dah lewat 20an). Kekuatan dan kesungguhan serta keghairahan berkarya, siap satu lukisan di buat salinan fotokopi. Berlari ke kedai mart yang jauhnya lebih kurang 100m dari tapak pameran untuk membuat simpanan sendiri. Tak seperti sekarang di mudahkan  dengan kamera digital daripada smartfon lagi. Hebat zaman sekarang. Pada ketika itu pelanggan yang tak mahu tunggu hanya meninggalkan foto bersaiz pasport dan ditulis maklumat diri mereka di belakang foto tersebut. Sistem tempahan dengan mengambil order dan foto serta maklumat (nombor hp untuk di sms bila lukisan siap), bagitau datang semula dalam tiga puluh (30) minit. Lukisan dah siap serah semula foto asal dan terima lah bayaran RM2.00

Bermodalkan kertas A4 berjumlah satu (1) rim (tak sampai pun sebab pinjam dari kawan, lepas pameran ganti semula), pen kosong point tujuh (0.7) dan marker hitam jenama Artline, Laminating contoh lukisan lama dan drawing board. Tak ada banner atau bunting, tak ada name kad, tak ada brouchure, phamplet dan sebagainya untuk memperkenalkan diri. Memang koboi je.

Lukisan dibawah adalah bukti yang mycartoonnizz telah berkarya sejak tahun Dua Ribu Empat (2004) dalam dunia karikatur. Macam tak percaya, tapi percayalah kita kena mula dari biasa untuk menjadi yang luar biasa. Tahun Dua Ribu Enam Belas (2016) menjanjikan perancangan yang lebih padat dan tersusun untuk mycartoonnizz dalam menghasilkan karya dan lukisan yang lebih bermutu tinggi dan berprofil tinggi. Insha Allah.


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Aug 11, 2014

Menjana Pendapatan

Salam aidil fitri buat semua,
Kebelakangan ini saya diajukan pertanyaan tentang bolehkah melukis menjana pendapatan?, Saya menjawab yang melukis adalah kemahiran dan kemahiran yang berbayar memelukan komitmen yang tinggi untuk mendapat kepercayaan klien.

Mycartoonnizz secara rasmi beroperasi di atas talian sejak tahun 2008, namun kerjaya ini telah dimulakan pada tahun 2004 dengan kos bayaran yang rendah mengikut pasaran setempat pada ketika itu. Ketika itu tiada kaedah promosi yang khusus untuk mewar-warkan kemahiran yang ada. Bergerak sendirian dan bekerja dengan alatan manual iaitu 100% lukisan tangan dengan menggunakan pen dan marker di atas kertas A4 dan A3. Tempoh masa bekerja ketika itu 1 lukisan 10 minit! Hasil karya tersebut di kejarkan ke kedai fotostat untuk dibuat salinan sendiri sebelum karya dibayar dan diserah kepada klien.


Lokasi bekerja ketika itu di expo dan pameran di sekitar K.Lumpur. Bergerak dari satu event ke satu event dalam tempoh sehari (4jam). Bergerak dengan menggunakan motosikal lama berinjin 100cc dengan isian penuh x sampai rm6.00. Kena hujan berteduhlah sebentar di bawah jambatan atau bus stop, menggigil kesejukan dan mambalut kertas dan alatan melukis dari kuyup basah.


Anggaran pendapatan pada tahun 2004 hingga 2008 sebelum era promosi atas talian (online) tidak lah mencukupi sehngga boleh bayar hutang belajar di universiti. Cukup setakat lepas makan minum sehari hari di kota metrepolitan berseorang jauh dari keluarga dan suku sakat.

2008 dengan nama pena mycartoonnizz, admin mendapat sentuhan digital yang pada ketika itu 50% digital 50% manual. Keupayaan melukis manual dan mewarnakan karya dan menghantar karya melalui emel merupakan antara keistimewaan mycartoonnizz. Ketika itu banyak juga pelukis lain yang menggunakan method yang sama. Mycartoonnizz bermain dengan pakej lukisan dan harga yang menarik dan sesuai dengan event klien. Samada karya utuk kad jemputan perkahwinan, banner, foto profile, kad ahli dan banyak lagi. Kelebihan artwork di simpan dalam bentuk file JPEG sangat memudahkan klien dan admin kerana ada ketikanya klien mahu mencetak semula karya mereka.

Pemberatan mycartoonnizz ke arah mengurangkan kerja-kerja mencetak karya karikatur bermula pada tahun 2009. Ketika itu admin menaik taraf tool dan gadjet dan menjadikan mycartoonnizz menawarkan perkhidmatan seni lukis 100% Digital. Sejak beroperasi secara 100% digital banyak kos percetakan dan pembelian kertas dapat dikurangkan. Pendapatan mycartoonnizz dapat dijana secara efisyen. Profit keuntungan membolehkan maycartoonnizz mengembang sayap dengan menawarkan jawatan kosong kepada mereka yang berminat untuk menjadi pelukis dan pewarna digital sambilan. Berurusan secara atas talian. Pembayaran secara atas talian. Admin tidak pernah bersua muka hampir 90% warga kerja mycartoonnizz atas faktor lokasi mereka di luar kawasan dan memberi kepercayaan tinggi atas kemahiran dan tahap profesionalisme cara mereka bekerja sendiri. 

Apa pun admin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan berterima kasih atas kurniaan bakat dan kemahiran mengurus pelukis dan pewarna muda nasional. Semoga rezeki yang datang ini mendapat keberkatan dunia dan akhirat serta mendapat manfaat kepada semua orang termasuk klien yang menjadi fokus utama kewujudan mycartoonniizz.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...