Showing posts with label pembayaran. Show all posts
Showing posts with label pembayaran. Show all posts

Jul 16, 2012

Harga Kami

Hai salam Isnin buat anda semua.

Minggu ni agak sibuk dengan pelbagai agenda samada famili dan hal kerja.
Apa pun saja nak bloging tentang HARGA @ mycartoonnizz. Kami sangat berbesar hati dengan tawaran tugasan dan tempahan yang diluar pakej yang disediakan. Rezeki jangan di tolak. selagi boleh terima, kami akan terima.
Namun  kami suka jika anda mampu memahami standard kerja kami yang mengutamakan kepuasan pelanggan. Ada tawaran kerja yang tidak munasabah untuk disiapkan. Ada juga kerja yang bayaran tidak setimpal dengan kuantiti. Ada juga pindaan yang berlebihan dari apa yang ditetapkan.

Kami sedia melayan semua karenah pelanggan. Kami faham yang bukan semua mudah atau mampu mengerti bagaimana cara pelukis bekerja. Apa yang mampu kami jelaskan kami cuba.

Harga kami adalah mengikut standard kerja. Anda boleh bandingkan kami dengan pelukis yang lain, tiada masalah. Pilihan ditangan anda. Kami bangga dengan tawaran harga kerja kami dan seharusnya anda berbangga mendapat karya yang berharga sedemikian.

Harga kami akan berubah mengikut keperluan pelanggan. Jika tidak sesuai kita boleh berunding dan jika tidak mampu anda boleh cuba kepada pelukis lain. Kami tidak memaksa anda. Anda berhak memilih yang terbaik untuk anda BAYAR.

Syukur setakat ini dengan sikap lebih bertolak ansur dalam berniaga, kami masih boleh mengembangkan sayap dalam perniagaan seni ini. Tahniah kepada mereka yang telah mendapat khidmat lukisan kami.

Insyallah hujung minggu ini ramadhan bakal menjelang dan tempahan lukisan masih berjalan seperti biasa.. Kerja overtime la kalau banyak tempahan. :)

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Sep 20, 2011

Cash deposit atau Internet Banking

Salam hormat buat anda semua diluar sana..Team Mycartoonnizz ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan untuk tahun ini sahaja Tempahan Karikatur Berpasangan telah melebihi sasaran yang ditetapkan... Alhamdulillah berkat kepercayaan anda semua yang enjoy dan sporting menerima karya dari kami di Mycartoonnizz..

Sehubungan itu kami bakal mengUpgrade perkhidmatan pembayaran kami ke satu peringkat lebih baik dimana ianya lebih memudahkan anda semua untuk membuat pembayaran tanpa bersesak atau tersangkut kat jam! Kepada mereka yang menggunakan Maybank2U memang tiada masalah,, cuma yang guna bank lain susah sikit... disebabkan online transfer makan masa 3 hari proses... maka draft karikatur pun kena tunggu sampai kami menerima pembayaran tersebut. Hal ini boleh dielakkan (buat masa ini..) dengan anda cash deposit sahaja.. confirm duit direct masuk..dan kami boleh terus buat draft karikatur anda dengan segera.. :)

Besar harapan kami untuk memudahkan lagi anda dan mereka2 yang berada diluar Malaysia... Insyallah Mycartoonnizz akan mengembangkan sayap ke Brunei dan Singapura..Permintaan sentiasa ada cuma masalah tukaran mata wang sahaja...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...