Showing posts with label pakej. Show all posts
Showing posts with label pakej. Show all posts

Sep 5, 2015

Karikatur Berkumpulan daripada Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC)

Job berkumpulan untuk majlis perpisahan daripada Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC).

Jadi kepada yang tidak arif dengan cara kerja mycartoonnizz boleh lihat dan baca artikel ini edisi khas untuk lukisan karikatur sahaja. Job lukisan karikatur berkumpulan berbeza dengan couple atas faktor berikut:
  1. Saiz wajah agak kecil, lebih ramai yang perlu ada dalam 1 page maka lebih kecil wajah yang akan dikarikaturkan.
  2. Kualiti karikatur kurang detail lebih ringkas dan banyak menonjolkan karektor daripada pakaian, gaya dan fesyen.
  3. Komposisi karektor yang akan disusun samada ada latar belakang atau kosong.
  4. Permintaan sesetengah klien untuk masukan logo syarikat dan tulisan ucapan dengan pelbagai gaya.
  5. Dicetak atau tidak, mycartoonnizz akan sedia setkan saiz kertas untuk kemudahan klien. 
  6. Klien selalu bertanya kat mana cantik untuk print dan frame, jawabnya cetak di kedai foto. Memang kerja senang. Disana boleh siap pilih frame nak saiz apa.. 
Baik, seperti biasa. Apabila sebutharga telah dipersetujui urusan menghantar semua gambar yang hendak di lukis melalui email/whatsapp/ facebook inbox selepas pembayaran PENUH dibuat. 


 Draft Outline



Team Mycartoonnizz akan keluarkan contoh DRAFT OUTLINE seperti gambar diatas. Draft ouline atau idea kasar untuk melihat respon klien. macam biasa 80% terima..20% nak tukar background, baju nak gaya lain dll...kita layan baik punya. sampai puas hati. Cuma perlu ingat. Setiap kali ubahsuai masa penyiapan artwork akan berlanjutan hari demi hari lah. Daripada target nak siap minggu depan jadi bertambah 3 hari.


 DRAFT PROGRESS

Ada ketika klien nak urgent kita siap sedia dengan artwork progress secara print screen semasa siap satu satu peringkat. Ni kalau dah Urgent sangat ni. Harga sendiri kena ingatlah

 Pilhan 1

 Final Artwork

Selepas 4 kali perubahan dibuat dan masing-masing sudah berpuas hati dengan apa yang mycartoonnizz sediakan. Maka artwork akan di EMEL jika tempahan online, COD jika berada sekitar J.Bahru dan POSLAJU jika artwork dicetak.


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: 
:: WhatsApp [ 0132377983 ]
:: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] 
:: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Nov 29, 2014

Promosi Bekas Pelanggan 2008-2014

Promosi akhir tahun untuk tempahan karikatur edisi istimewa kepada bekas pelanggan bagi tempoh 1 bulan ini.

Pm segera untuk dan sila nyatakan lukisan karikatur anda yang pernah di hasilkan oleh mycartoonnizz dari tahun 2008 hingga 2014.

Tempah dengan potongan harga 50% dari harga asal yang pernah anda tempah sebelum ini.

 Emel/sms/whatsapp segera untuk maklumat lanjut.

Feb 16, 2014

Karikatur keluarga

Lukisan terkini dari mycartoonnizz.

Pakej Famili En Abdul Rahim & Dr Ernis
Perlis
Full Color
Tema "ceria"


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Nov 1, 2011

Marsyita & Fidzri - Kedah


Salam hormat buat anda semua... terkini dari Mycartoonnizz, Karikatur berdua (couple) edisi khas untuk pasangan Marsyita & Fidzri dari Kedah. Tempahan pada tarikh paling istimewa hari ini 1.11.11 hu3.. mudah2an diorang suka dan terima terus draft ni...hu3..
Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Sep 20, 2011

Cash deposit atau Internet Banking

Salam hormat buat anda semua diluar sana..Team Mycartoonnizz ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan untuk tahun ini sahaja Tempahan Karikatur Berpasangan telah melebihi sasaran yang ditetapkan... Alhamdulillah berkat kepercayaan anda semua yang enjoy dan sporting menerima karya dari kami di Mycartoonnizz..

Sehubungan itu kami bakal mengUpgrade perkhidmatan pembayaran kami ke satu peringkat lebih baik dimana ianya lebih memudahkan anda semua untuk membuat pembayaran tanpa bersesak atau tersangkut kat jam! Kepada mereka yang menggunakan Maybank2U memang tiada masalah,, cuma yang guna bank lain susah sikit... disebabkan online transfer makan masa 3 hari proses... maka draft karikatur pun kena tunggu sampai kami menerima pembayaran tersebut. Hal ini boleh dielakkan (buat masa ini..) dengan anda cash deposit sahaja.. confirm duit direct masuk..dan kami boleh terus buat draft karikatur anda dengan segera.. :)

Besar harapan kami untuk memudahkan lagi anda dan mereka2 yang berada diluar Malaysia... Insyallah Mycartoonnizz akan mengembangkan sayap ke Brunei dan Singapura..Permintaan sentiasa ada cuma masalah tukaran mata wang sahaja...

Jul 3, 2011

Draft versi tukar baju...



Hai selamat datang Bulan JULAI...Mycartoonnizz berdoa agar setiap bulan jumlah pengunjung ke blog ini akan bertambah...

Mengikut statistik kunjungan ke blog ini dalam gaya menaik... dari bulan januari dalam 100 pengunjung... bertambah ke bulan Mei mencecah sehingga 500 pengunjung... dan data terakhir pada 30 Jun 2011 yang terbaru seramai 1023 pengunjung telah menjengah blogspot mycartoonnizz...

Terima kasih dari kami kerana anda sudah pandai menilai cara kami bekerja.. Semua ini kami jadikan pengajaran dan perangsang untuk memberikan servis karikatur terbaeekk!!!

Apa pun kita nak story sedikit kisah 2 job terakhir untuk bulan Jun ini yang berlanjutan ke hari ini (insyaallah 2-3 hari siap master).

Mengenai cara approval customer.. macam2.. dan kita sebagai peniaga harus menerangkan sejelas2nya jika ada kekeliruan dan akhirnya kedua2 pihak bersetuju, maka dengan itu mereka ini kebetulan mereka ini nak tukar baju asal draft kepada baju pengantin...

Seperti yang biasa kita buat ialah draft hanya melibatkan bertukaran wajah secara minima dan tidak melibatkan gaya dan pakaian karikatur... oleh kerana mereka nak tukar baju yang dah siap kepada baju pengantin.. artis kena draw lain dan bayaran tambahan akan dibuat...

So pengajaran yang kami nak kongsi disini ialah pastikan anda sudah pasti dengan pakaian apa yang hendak digayakan sebelum artis kami melukis...

Sebarang pertanyaan dan kekeliruan terus terang dgn kami, insyallah kami sedia menjelaskan mana2 yang dapat.

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...