Showing posts with label karikatur ekspresso. Show all posts
Showing posts with label karikatur ekspresso. Show all posts

Nov 23, 2014

Lukisan Anak2 Pendidikan Khas

jangan terkejut dengan tajuk diatas, bukan budak2 tu yang lukis tapi tempahan khas mereka semua oleh guru mereka sebaggai tanda kenaangan untuk guru mereka yang bakal berpindah ke sekolah lain.

 Draft outline selepas perhempas pulas untuk 19 wajah yang perlu disiapkan. Setiap satu wajah mengambil masa lebih kurang 15-20 minit campur tolak rehat dan gangguan kerja dapatlah 2 hari solid untuk klien melihat dahulu bagaimana idea persembahan karikatur mereka.

 Dah final dimana warna dan tanda nama di setiap karektor (juga di semak dahulu kepada klien). Artwork ini akan dicetak sendiri oleh cikgu Fara (wakil) di kedai foto. Insha Allah hasilnya akan dapat seperti kualiti gambar fotografi. Cikgu fara boleh mencetak artwork ini kepada jumlah setiap orang, tak perlu rebut-rebut.

Nah, ini lah kelebihan karikatur digital yang sememangnya memudahkan dan menguntungkan semua pihak. Kerja kami pantas dan kemas, klien dapat hasil yang berganda berbanding jika menempah lukisan karikatur yang dilukis manual (kena scan dan perbanyakkan kemudian, kualiti tak sama!)

Bagi anda yang masih kurang jelas bagaimana prosedur kerja digital mycartoonnizz, boleh lapang-lapangkan masa whatsapp, emel, fb inbox atau apa medium chating kepada mycartoonnizz. Jelaskan apa yang terbuku di dada.

Informasi : Tempahan ini juga boleh dimodifikasi kepada lukisan keluarga seperti contoh dibawah

atau lukisan berpasangan dengan nilai harga terbaik dari kami.. Ingat ini adalah job karikatur ekspresso.
 

Nov 15, 2014

Karikatur Ekpresso 2014

Job hujung-hujung sekali datang 3 malam tak siap2..
Alhamdulillah terima kasih kepada cikgu Nor Atikah yang sudi menempah lukisan di mycartoonnizz. Nah seramai 62 orang nak disiapkan. Tak berwarna untuk tempoh kerja 1 minggu. Lukisan ini adalah 1 keping seorang besaiz A4 dan akan dicetak menggunakan printer laser. Diposlaju dengan segera sebab nak guna pada 17 hb ni. Harap abang posman dapat jalankan kerja dengan efisyen ya.. Kesian klien menanti penuh sabar.




 

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jul 21, 2014

Mencetak

Salam ramadan,, masih mood bulan puasa.. kerja pun lain macam perlahan dengan berbagai permintaan klien nak itu dan ini..
Terbaru klien mahukan hasil karya dicetak sebab mereka tiada masa untuk mencetaknya, nak di bingkai katanya.

Cas tambahan dikenakan untuk cover kos cetak dan minyak kereta kesana, hasilnya dapat print Artwork di atas kertas jenis art card tebal sikit, dicetak dengan menggunakan laser printer mode grey tone.
Nak print ni sekejap je tapi nak ke kedai printer itu yang sukar sebab kena seting masa nak kesana (bukan sebelah rumah!).

Selepas ni kerja bungkus dan alas artwork dengan kad board agar tak terlibat atau bergulung mana,dibungkus dengan plastik agar tak basah (kot bocor pulak van poslaju..) siap sedia untuk diposlaju dan selamat sampai kepada klien dan selesai lah kerja 'tambahan' mycartoonnizz.



Jul 15, 2014

Karikatur Berkumpulan Edisi Triple

Klien Petronas : Sales & Technical Department
Tema : Hitam Putih (Suasana Keceriaan)
Tempoh : 2 Minggu
Pakej : Lukis & Cetak
Kuantiti : 19 orang untuk 1 Artwork, Total 3 Artwork terima.





Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

May 23, 2014

Paan & Adeq

Tempahan khas dari edisi remaja sempoi.

Hitam Putih tanpa warna.


Lukisan ringkas dengan penambahan framing dan effect dedaun.

Apa pun diucapkan terima kasih kerena suka dengan kerja mycartoonnizz. 

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

May 7, 2014

Yang mana satu pilihan hati

Hitam Putih outline atau Warna.

Seringkali pertanyaan ini diajukan kepada admin berkaitan artwork hitam putih dan warna. nampak soalan mudah jawab namun pemahaman setiap orang tidak sama. Apa tah lagi dengan teknologi WhatsApp, WeeChat, Telegram, FB mesej..
dan banyak lagi!

Apa pun tahniah dan terima kasih kepada pelanggan yang study dahulu artwork mycartoonnizz sebelum "pm".. Jadi situasi lebih lancar dan saling memahami tugasan kami sebagai pengkarya yang akan memuaskan kehendak anda sebagai pelanggan utama.

Jadi tak nak banyak cerita sila lihat contoh dibawah, anda akan lihat tag line "outline draft" ~ bermaksud kerja yang dibuat dalam tempoh 1 hingga 2 hari bergantung kepada detail lukisan. Draft ini bertujuan untuk memberi visual 90% karya siap! Belum 100% maksudnya boleh edit antara pakaian atau gaya, dan ada juga nak edit wajah tapi ia tidak digalakan atas sebab kami telah meneliti wajah anda untuk diubah kepada lukisan karikatur, jadi ianya dalah subjektif untuk mengatakan wajah anda tidak sama dengan yang sebenar.

Karenah pelanggan kami layan dengan penuh sopan santun dan jika dapat kedua-dua pihak berpuas hati dan dapat bekerja dengan gembira dan ceria.


Apa bila pelanggan sudah berpuas hati dengan Draft itu, maka proses mewarna secara digital akan berlangsung selama 3-4 hari jugta bergantung kepada detail kerja. Pelanggan hanya bersedia untk memberi data seperti warna pakaian, tema warna dan sifat orang yang hendak dilukis agar memberi gambaran sedikit kepada kami untuk melakarnya.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com, okey!

Nov 6, 2013

Terbanyak terhangat Karikatur Ekspress!!

Terbanyak,, rekod untuk 2013... 69 order dalam 1 minggu!!

Karikatur ini adalah bundle dari warga guru dari Perlis Indera Kayangan.

Istimewa buat anda diluar sana yang nak karikatur beramai-ramai, mycartoonnizz menyediakan pakej KARIKATUR ESKPRES yang paling sensasi, baru 1 bulan dilancarkan..

Apa tunggu lagi,, kumpulkan rakan2, saudara mara.. :)




Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...