Showing posts with label bajet lukisan. Show all posts
Showing posts with label bajet lukisan. Show all posts

Dec 25, 2018

Lukisan Digital Untuk Semua

2018 merupakan tahun yang unik kerana genap 10 tahun mycartoonnizz di wujudkan demi memenuhi keperluan dan rasa cinta kepada bidang seni visual digital. Persembahan mycartoonnizz melalui beberapa fasa dan penambahbaikan namun masih mengekalkan karektoristik utama sebagai kunci kejayaan dan mampu bertahan sehingga kini.

Mycartoonnizz tidak menolak tawaran klien yang mahukan sentuhan artis kami. Eksperimentasi sentiasa dijalankan lebih-lebih lagi jika kami perlu upgrade peralatan digital seiring dengan arus dunia tanpa sempadan sekarang.

Daripada melukis di atas kertas yang kemudianya discan menggunakan mesin pengimbas (printer 3 in 1) untuk tempoh 3 tahun. Proses kemasan dan mewarna 100% digital ketika itu menggunakan mouse! Stok kertas A4 sentiasa ada agar proses kerja dapat dimulakan dengan segera. Tempoh kerja ketika itu 3 job lukisan karikatur perkahwinan (ketika itu memang trend) boleh disiapkan dalam tempoh 1 hari.

Sekitar tahun ke 4, seorang rakan memperkenalkan penggunaan pen stylus. Kesan dan impak kepada penjimatan sangat ketara. Tiada lukisan manual lagi. Tiada kertas A4 untuk melakar. 100% digital. Tempoh bekerja lebih efisyen dan lebih pantas untuk dibetulkan (edit).

Perisian? Mesti mencuba, rakan-rakan media sosial ada mencadangkan pelbagai perisian yang mereka guna, dan betul semua perisian yang dikatakan itu sangat mudah dan menghasilkan kesan yang lebih baik persembahan karyanya. Tapi semua itu memerlukan masa dan artis tiada masa untuk berlatih perisian baru!

Maka kekal menggunakan Adobe Photoshop CS-CS3-CS6 sehingga penghujung tahun ke 9 (2017). Penggunaan 1 PC ( Zaman Tok Kadok yang di upgrade mouse & keyboard baru ) dan 2 Laptop ( Bajet under RM1.5 K ), 3 jenis Stylus pen tablet ( Bajet under RM500). Gajet ini kekal digunakan sehingga ke saat ini namun ada yang telah berehat dan ada juga dah arwah.

Awal 2018 detik perubahan!. Iyalah 10 tahun kita kena ada kemajuan. Namun tidaklah berisiko tinggi. Samsung Tab A with stylus pen menjadi mangsa bonus ASB adalah memenuhi bajet under RM1000. Gajet ini berkuasa (ok lah kan...) sederhana. Sangat memberi impak dari sudut mobility bekerja. Dimana-mana artis mycartoonnizz mampu berkarya dan menyiapkan lukisan digital tanpa rasa sangsi!

Jadi sehingga ke bulan terakhir bagi tahun 2018. mycartoonnizz lampirkan antara projek dan hasil karya menggunakan 100% Samsung Tab A with stylus pen. Selamat menonton.









































Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Feb 28, 2016

Februari yang sangat sibuk

Lagi beberapa hari akan sampai ke penghujung bulan februari. bulan romantis kata punjagga inggeris. Namun studio mycartoonnizz sibuk melayan tempahan yang bertali arus. Sejak kebelakangan ini banyak artwork untuk korporat dan agensi pengiklanan bekerjasama dengan kami, kesan baik reputasi mycartoonnizz semakin berkembang ke satu level baru. Semakin dikenali di peringkat yang lebih luas. Pelanggan yang mempunyai persepsi tinggi terhadap hasil kerja seni.

Namun kesan kurang baik, kami tidak dibenarkan untuk berkongsi karya-karya tersebut atas persetujuan bagi urusan perniagaan ini. Ok tiada masalah untuk itu, insyallah studio mycartoonnizz memandang perkara ini sebagai pengalaman dan peluang untuk berkembang lebih maju.

Terbaru dari studio mycartoonnizz, kami akan menaik taraf (upgrading) kualiti kerja dari beberapa aspek:

1. Teknik lakaran eksklusif untuk sesetengah job ~ Sentuhan terkini dengan gaya lukisan yang lebih artistik, lebih menampakkan stroke garisan yang lebih menonjol dan garisan yang lebih style.

2. Teknik mewarna terkini dan berkualiti tinggi ~ Kelebihan team mycartoonnizz kali ini ialah mengenengahkan satu teknik digital painting lebih daripada cartoon style sebelum ini. Skin dan tona warna lebih hidup dan realistik. Penekanan kualiti pencahayaan yang lebih dramatik.

3. Tempoh kerja yang lebih untuk kualiti ~ sekian lama mycartoonnizz menawarkan proses kerja dalam 4 hari bekerja untuk artwork warna penuh, kali ini kami menambah kepada 7 hari bekerja tidak termasuk tempoh sesi preview dan editing. Demi menjaga kualiti kerja ke tahap yang lebih multinasional dan internasional tempoh ini mungkin lebih panjang jika melibatkan tugasan yang lebih kompleks dan teliti.

4. Harga pakej lebih eksklusif dan berbaloi ~ Tidak rugi melalukan invesment keatas strategi pemasaran perniagaan anda dengan menempah karya di mycartoonnizz, samada anda menggunakan untuk tujuan peribadi atau perniagaan. Ramai yang berpuas hati, ramai yang berbangga pernah berkolaborasi dan mendapat sentuhan artistik sejak 2008 hingga kini.

Mycartoonnizz belanja 1 artwork terkini 2016, versi eksklusif digital art

Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...