Showing posts with label soalan seni visual. Show all posts
Showing posts with label soalan seni visual. Show all posts

Aug 19, 2015

White Board Art Drawing

Mengajar dengan berbantukan BBM (Bahan Bantu Mengajar) bagi kelas sekolah menengah memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Pelajar cepat bosan dengan cara sama guru mengajar. Pada hal teknik pengajaran itu sangat berkesan. Kalau boleh pelajar nak kejutan dan PdP pada hari tersebut ada unsur WOW baru mereka mendapat inspirasi dari itu.

Teknik saya mudah. Ambil beberapa pen marker samada biru, hitam atau merah (warna wajib di sekolah), berdasarkan pengamatan dari sumber internet dan bahan rujukan bergambar lain saya terus menconteng di atas papan putih (white board). Layan dalam 30 minit untuk detail. Biasa kalau buat demontrasi lakaran lukisan perspektif, teknik ini sangat berkesan. Pelajar lebih dapat kemahiran ini.


 Lukisan ini untuk pelajar SPM folio 2015. Lukisan Persembahan untuk projek Arca mereka. Dapatan dari lukisan ini mereka akan mengubahsuai agar menjadi lukisan mereka sendiri.


 Lukisan ini untuk pelajar tingkatan 4 yang berlatih untuk lukisan kertas 2. Syarat lukisan ini adalah kemahiran lukisan perspektif 1 titik. Kaedah "tiru dulu, baru buat" banyak di amalkan disini. Pelajar sangat-sangat bergantung kepada bahan contoh samada dari guru atau bahan di studio. 


Fokus utama BBM ini adalah untuk mengasah kemahiran melakar pelajar. Memberi keyakinan kepada mereka pada apa yang mereka rancang. Lagi BBM ini tidak sesuai untuk projek mewarna atas faktor media yang tidak sesuai.. Untuk Lukisan media pen dan pensel sangat sesuai dan berkesan.

Nov 11, 2014

PSV SPM 2014 KERTAS 2

Soalan Kertas 2 PSV telah diterima semalam oleh anak2 buah.

Berikut soalan2 nya.

Soalan 1
Seorang pekebun kecilsedang menggemburkan tanah di kebun pisangnya. Kelihatan pokok pisang yang ditanam berjajaran tumbuh subur menghijau. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

Soalan 2
Beberapa ekor serangga yang aneh sedang bermain bola sepak di sebuah padang. Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan aksi serangga tersebut.

Soalan 3
Seorang nenek tua sedang membelai kucing kesayangannya di satu sudut rumah yang agak usang. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

Soalan 4
Seekor raksasa muncul di permukaan air dan menghasilkan percikan air serta ombak besar sehingga menyebabkan sampan terbalik. Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan dan aksi raksasa tersebut.

Soalan 5
Anda sedang mendaki bukit. Apabila anda memandang ke arah puncak bukit kelihatan sebuah rumah lama yang telah usang dan dikelilingi oleh semak samun. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

Soalan 6
Beberapa ekor lipan gergasi kelihatan sedag merayap di celah-celah bangunan. Situasi ini menyebabkan suasana dalam bandar tersebut kacau bilau. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

Untuk saya sebagai seorang guru di kalangan pelajar yang sederhana kemahiran melukis dan menggambar, saya cadangkan soalan no 2, 4 dan 5. Ini kerana soalan no 2 dan 4 hanya memerlukan pelajar berimaginasi dan menggambarkan suatu fantasi atau fiction. Penekanan kepada bentuk2 serangga, sebagai contoh jika dilukis serangga kecil lalat, labah-labah atau mentadak, bentuk serangga ini perlu dirujuk dari foto sebenar dan diringkaskan menjadi karektor yang sedang bermain bola sepak. Latar belakang ringkas dan tidak memerlukan pelajar memasukan elimen yang padat dengan serangga lain atau bangunan. Fokus kepada aksi serangga sedang bermain bola sepak. Elimen garisan mewujudkan ilusi pergerakan.

Contoh lakaran kasar untuk rujukan


Soalan no 2

Soalan no 4

 Soalan no 5

Dalam masa terdekat insya allah karya yang lebih kemas dan terperinci akan di zahirkan. Semoga perkongsian ini mendapat ilham dan boleh digunapakai oleh guru2 psv semua. Selamat mencuba..!

Kalau nak lihat lakaran soalan no 5 klik disini..LAKARAN NO 5

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...