Showing posts with label nizzam. Show all posts
Showing posts with label nizzam. Show all posts

Nov 29, 2013

2014 bakal tiba...

Hai salam hujung minggu.. selamat bercuti pada mereka yang bercuti sempena musim cuti sekolah. Post kali ini nak flash back seawal tahun 2004.. sesuai dengan tajuk post 2014 bakal tiba.. kira dah 10 tahun beb.. 10 tahun develop teknik dan style karikatur mycartoonnizz sehingga diangkat orang mereka yang menghargai seni kreatif anak tempatan.

Untuk tempoh itu pelbagai dugaan dan ragam dalam meneruskan minat dan peluang untuk karya di hati peminat seni. Ada yang suka, seronok dan tidak kurang juga yang cerewet seperti tidak faham kelainan yang di tonjolkan oleh mycartoonnizz.

Dalam tempoh 10 ini juga teknik mycartoonnizz semakin hari diperkemaskan dan sesuai dengan arus digital masa kini. Dahulu mycartoonnizz di bawa secara solo dengan berbekalkan pen dakwat hitam, pen marker hitam dan kertas A4. Selepas siap setiap lukisan itu dibawa ke kedai photostat untuk di jadikan bukti dan simpanan pelukis, mana ada scanner dan camera HP seperti zaman sekarang. Berkarya di tengah-tengah program dari jam 8.30 pagi hingga lewat 5 petang. Tak putus-putus pelanggan memberikan foto ukuran passport dan 4R dan ada juga sanggup tunggu giliran untuk di lukis secara live. Memang tak menang tangan pada masa itu..( Mungkin harga untuk 1 lukisan masa itu cuma rm2.00 untuk seorang. Mungkin harga pada ketika itu sudah memadai untuk seorang pendatang baru yang sedang mencuba nasib.

 Pasangan ini ada cerita dia.. beliau mahukan gaya gambar foto konvo dengan berpakaian jubah manakala tunangnya (kalau tak silap..mereka dah bertunang semasa belajar lagi..) sudah bekerja dan ini kenangan mereka bila bertemu kelak..Maklumlah bukan selalu jumpa. Sorang duduk KL sorang lagi duduk terengganu.


Nah 5 orang dalam 1 kertas A3 sebenarnya, tempahan selepas event dan semasa sedang praktikal di SMK (P) Bandaraya, KL.  dah tak ingat nama mereka tapi kalau jumpa boleh tegur. Wajah mereka semua di lukis dari foto passport. Gaya pose mereka memang dari angle atas..antara teknik awal lukisan mycartoonnizz yang lain dari pelukis lain ketika itu.


Kumpulan guru semakin ramai mengambil kesempatan atas skill dan harga yang dicas tak mahal. Tak boleh mahal masa tu sebab sedang belajar,  nanti tak dapat apa-apa semasa praktikum nanti. Ini adalah sekolah sahabat saya Abdul Rahim yang tak jadi sama sekolah dengan pelukis. Apa pun dia agak kesal kerana kami tidak sebumbung sekolah namun pengalaman masing-masing.


Keluarg ini baru mendapat anak seorang dan semasa ini pelukis mula bermain dengan anatomi badan yang lebih detail dan comel. Lebih-lebih lagi pada karektor kanak-kanak. Apabila di tunjukan pada mereka ayat pertama yang terkeluar ialah " ala la la comelnya..." . Syukur mereka suka dan tak pasti apa yang jadi dengan lukisan pada diorang.

Secara ringkasnya ketika ini setiap 1 lukisan pelukis cuma ambil masa dalam 15 minit sahaja untuk siapkan. Jadi sesuailah dengan harga pada ketika itu. Ye lah belum ada nama lagi.. Orang tak kenal. Facebook, Blog semua tak ada lagi.. Untung budak-budak sekarang, cepat tempa nama dan pengalaman.

Huh.. memang layan kalau nak flash back zaman kegemilangan ni.. apa pun kita akan countdown sehingga menjelang 2014. Akan ada promosi baekk punya menanti anda.. sentiasa follow up ok..

Chaw!

Sep 15, 2011

Tema Fantasi... Mai dari Ampang

Salah satu Karikatur terbaru dari kami... bertemakan Wedding Fantasy... Istimewa buat Cik Mai dari Ampang.  Semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja kami,,

Untuk tempahan karikatu? email jer kat mycartoonnizz@gmail.com

Jun 20, 2011

Bunting Design


Bunting design ... sekolah ku ceria... istimewa daripada Mycartoonnizz sempena kempen sekolah bersih dan selamat.. tahniah SMKTA.


Untuk tempahan reka bentuk grafik 013-2377 983 (nizzam)

May 22, 2011

updater karikatur da... draft dulu


salam hari ahad... i baru uploadkan dalam fb akan draft pasangan fieza & yusof yang akan menggunakan karikatur ini pada kad jemputan mereka.. harap2 diorang suka... :) versi color coming soonnnn....
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Apr 30, 2011

Edisi terhad Karikatur Solo Berwarna Mei 2011

Tema: "Dalam Hati Ada Taman"

Reka bentuk latar belakang yang tersedia untuk TEMPAHAN BULAN MEI 2011 ini..!
Ianya PERCUMA ..! Biar betul..?! .. Editor tak salah taip dan ini lah peluang anda untuk mengabadikan wajah anda, rakan, saudara atau sesiapa yang istimewa dalam bentuk LUKISAN KARIKATUR DIGITAL...

Promosi ini akan tamat hingga 30 MEI 2011. jam 12.00 tengah malam..


Harga Karikatur : RM38.00 sahaja.
Tempoh : 4 hari (1hari darft, 3 hari final artwork)
Resolusi bahan : minima 1MB format JPEG.
Cetakan Terus : A4 paper


Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)
atau email mycartoonnizz@gmail.com

Apr 27, 2011

Solo Karikatur

Ini adalah salinan scan yang dalam simpanan mycartoonnizz. Yang Ori bersaiz A3 paper dan di frame cantik2 sebab tuan yang menempahnya hendak menghadiahkan kepada seseorang yang istimewa..

Lambat update.. sibuk sikit minggu ni.. ada operasi penyusunan pengurusan.. insyallah keadaan akan kembali normal hujung minggu nih..

Kepada yang hendak menempah karikatur, lukisan, mural dan kad handmade sila email ok.. alamat seperti di bawah.


Untuk tempahan karikatur mycartoonnizz@gmail.com

Dec 3, 2010


Terima kasih kepada saudara Syafiq & Asma kerana sudi menempah karikatur untuk majlis perkahwinan anda.


Mycartoonnizz mengucapkan selamat pengantin baru...

kepada mereka yang masih tercari kelainan untuk majlis perkahwinan call lah no nih anda pasti x menyesal (013.2377983 - nizzam)

Nov 22, 2010

Lagi job karikatur versi berwarna


Pasangan ini daripada Teluk Intan, Perak. Job ini khusus untuk majlis Raja Sehari mereka yang bakal berlangsung pada 27 November ni.. Selamat pengantin baru kami ucapkan semoga berbahagia sampai anak cucu... Kepada Intan Syafinaz, terima kasih kerana menempah karikatur anda di MYCARTONNIZZ...

Kepada mereka yang berminat nak buat boleh sms ke 013-2377983 untuk maklumat lanjut. Promosi RM68.00 Couple Caricature ini bakal tamat pada 31 Disember 2010.

Oct 16, 2010

Artwork bulan ini

Salam hormat buat semua... entry kali ni berkaitan dengan 1 job terkini yang diminta oleh saudari Wan Hazlina daripada Johor Bahru. artwork ini untuk kad kahwin beliau.

Lukisan ini datang dengan pakej 2 + 1 iaitu outliner seperti di atas, satu lagi versi full color dengan latar belakang. Warna adalah mengikut tema beliau dan insyallah versi color akan menyusul dalam masa terdekat.

Berminat untuk menempah boleh sms nizzam 013-2377 983.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...