Oct 16, 2014

Norizah P.Pinang

Assalamualaikum dan selamat mendirikan rumah tangga kepada bakal-bakal pengantin tahun 2014 ini.. Nah yang terbaru dari mycartoonnizz daripada cik Norizah  dari P.Pinang dengan tema Bas Sekolah.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Oct 13, 2014

Reka Bentuk Surau

Assalamualaikum, mycartoonnizz mendapat 1 job untuk mereka bentuk 1 surau dengan bajet pembinaan RM200,000.00. Klien menghendaki keluasan sederhana surau yang boleh menampung seramai 300 orang dalam 1 masa.

Mycartoonnizz tiada pengalaman untuk mereka bentuk bangunan, ini sekadar sumbangan idea dan kreativiti anak seni untuk modal akhirat. Jadi projek ini tiada menjurus kepada unsur keuntungan. T.kasih kerana memilih hasil kerja mycarrtoonnizz

 Lakaran 3 Dimensi

 Lakaran dari sudut tepi bangunan.

 Lakaran dari sudut hadapan dan belakang bangunan.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Logo UPMGATORS

Tempahan logo untuk kelab sukan bowling dari serdang, selangor.
Proses penghasilan dalam 2 minggu ynag melibatkan proses-proses berikut:
  • perbincangan tema, motif & sebutharga
  • pembayaran dan pengumpulan data
  • pembinaan draft lakaran kasar
  • persembahan artwork dalam bentuk artline dan warna
  • pengesahan warna dan kualiti artline









Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Sep 11, 2014

Job Ogos & September 2014

Job bercampur-campur samada wedding caricature, solo, event. Semua kita terima selagi termampu.


Wedding caricature Dzul &  

Ejan Wedding Caricature

Kamariah Solo

Sanah Solo

Cikgu Shafawi Solo

Aug 11, 2014

Menjana Pendapatan

Salam aidil fitri buat semua,
Kebelakangan ini saya diajukan pertanyaan tentang bolehkah melukis menjana pendapatan?, Saya menjawab yang melukis adalah kemahiran dan kemahiran yang berbayar memelukan komitmen yang tinggi untuk mendapat kepercayaan klien.

Mycartoonnizz secara rasmi beroperasi di atas talian sejak tahun 2008, namun kerjaya ini telah dimulakan pada tahun 2004 dengan kos bayaran yang rendah mengikut pasaran setempat pada ketika itu. Ketika itu tiada kaedah promosi yang khusus untuk mewar-warkan kemahiran yang ada. Bergerak sendirian dan bekerja dengan alatan manual iaitu 100% lukisan tangan dengan menggunakan pen dan marker di atas kertas A4 dan A3. Tempoh masa bekerja ketika itu 1 lukisan 10 minit! Hasil karya tersebut di kejarkan ke kedai fotostat untuk dibuat salinan sendiri sebelum karya dibayar dan diserah kepada klien.


Lokasi bekerja ketika itu di expo dan pameran di sekitar K.Lumpur. Bergerak dari satu event ke satu event dalam tempoh sehari (4jam). Bergerak dengan menggunakan motosikal lama berinjin 100cc dengan isian penuh x sampai rm6.00. Kena hujan berteduhlah sebentar di bawah jambatan atau bus stop, menggigil kesejukan dan mambalut kertas dan alatan melukis dari kuyup basah.


Anggaran pendapatan pada tahun 2004 hingga 2008 sebelum era promosi atas talian (online) tidak lah mencukupi sehngga boleh bayar hutang belajar di universiti. Cukup setakat lepas makan minum sehari hari di kota metrepolitan berseorang jauh dari keluarga dan suku sakat.

2008 dengan nama pena mycartoonnizz, admin mendapat sentuhan digital yang pada ketika itu 50% digital 50% manual. Keupayaan melukis manual dan mewarnakan karya dan menghantar karya melalui emel merupakan antara keistimewaan mycartoonnizz. Ketika itu banyak juga pelukis lain yang menggunakan method yang sama. Mycartoonnizz bermain dengan pakej lukisan dan harga yang menarik dan sesuai dengan event klien. Samada karya utuk kad jemputan perkahwinan, banner, foto profile, kad ahli dan banyak lagi. Kelebihan artwork di simpan dalam bentuk file JPEG sangat memudahkan klien dan admin kerana ada ketikanya klien mahu mencetak semula karya mereka.

Pemberatan mycartoonnizz ke arah mengurangkan kerja-kerja mencetak karya karikatur bermula pada tahun 2009. Ketika itu admin menaik taraf tool dan gadjet dan menjadikan mycartoonnizz menawarkan perkhidmatan seni lukis 100% Digital. Sejak beroperasi secara 100% digital banyak kos percetakan dan pembelian kertas dapat dikurangkan. Pendapatan mycartoonnizz dapat dijana secara efisyen. Profit keuntungan membolehkan maycartoonnizz mengembang sayap dengan menawarkan jawatan kosong kepada mereka yang berminat untuk menjadi pelukis dan pewarna digital sambilan. Berurusan secara atas talian. Pembayaran secara atas talian. Admin tidak pernah bersua muka hampir 90% warga kerja mycartoonnizz atas faktor lokasi mereka di luar kawasan dan memberi kepercayaan tinggi atas kemahiran dan tahap profesionalisme cara mereka bekerja sendiri. 

Apa pun admin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan berterima kasih atas kurniaan bakat dan kemahiran mengurus pelukis dan pewarna muda nasional. Semoga rezeki yang datang ini mendapat keberkatan dunia dan akhirat serta mendapat manfaat kepada semua orang termasuk klien yang menjadi fokus utama kewujudan mycartoonniizz.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jul 21, 2014

Draft ke Final

Salam ramadan.

Sekadar berkongsi pengalaman menguruskan perniagaan lukisan karikatur dan karya seni.. khususnya lukisan karikatur pengantin. Ini kerana 60% job mycartoonnizz datangnya dari sebelah ini. Syukur alhamdulillah berkat dikurniakan bakat dan kekuatan untuk berkarya untuk mereka yang memerlukan sentuhan magis seni digital mycartoonnizz.

Apa itu DRAFT? . Ada yang faham, ada yang buat-buat faham dan ada yang jujur memang tak tahu apa itu DRAFT. Jika diikutkan dalam  terma dan syarat kami.. telah dijelaskan Draft ini datang selepas anda (klien) membuat pembayaran (deposit/ penuh) dan menghantar foto yang hendak dilukis. Jadi pada Draft ni Klien boleh minta pelukis edit sedikit dan bukannya ubah 100%!. Editing berapa kali adalah mengikut pakej yang ditempah. ada yang sekali sahaja.. ada yang unlimited sampai puas hati. Apabila editing berlaku masa untuk due date akan bertambah kepada 1 hari 1 editing (minima).. jadi klien mesti bersabar dan teliti apabila meneliti draft yang ditunjukan. Jika tak faham bertanya dan berbincang dengan pelukis.

Berikut dipaparkan bahagian yang boleh edit dan tidak boleh.


A- Pemakaian perhiasan di atas kepada / tudung.
B- Bentuk wajah
C- Pakaian perempuan
D- Pemakaian perhiasan lelaki
E- Pakaian lelaki
F- Gaya kaki berdiri

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Mencetak

Salam ramadan,, masih mood bulan puasa.. kerja pun lain macam perlahan dengan berbagai permintaan klien nak itu dan ini..
Terbaru klien mahukan hasil karya dicetak sebab mereka tiada masa untuk mencetaknya, nak di bingkai katanya.

Cas tambahan dikenakan untuk cover kos cetak dan minyak kereta kesana, hasilnya dapat print Artwork di atas kertas jenis art card tebal sikit, dicetak dengan menggunakan laser printer mode grey tone.
Nak print ni sekejap je tapi nak ke kedai printer itu yang sukar sebab kena seting masa nak kesana (bukan sebelah rumah!).

Selepas ni kerja bungkus dan alas artwork dengan kad board agar tak terlibat atau bergulung mana,dibungkus dengan plastik agar tak basah (kot bocor pulak van poslaju..) siap sedia untuk diposlaju dan selamat sampai kepada klien dan selesai lah kerja 'tambahan' mycartoonnizz.



Jul 15, 2014

Karikatur Berkumpulan Edisi Triple

Klien Petronas : Sales & Technical Department
Tema : Hitam Putih (Suasana Keceriaan)
Tempoh : 2 Minggu
Pakej : Lukis & Cetak
Kuantiti : 19 orang untuk 1 Artwork, Total 3 Artwork terima.





Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jul 13, 2014

Khas untuk majalah sekolah

Assalamualaikum, salam almubarak salam bulan ramadan bulan keberkatan, rezeki bulan ini mycartoonnizz menerima tempahan 8 artwork untuk disiapkan dalam bentuk lukisan mengikut kelas berwarna warni.. edisi khas untuk majalah sekolah di Kemaman Terengganu.

Ringkas sahaja persetujuan kami iaitu bincang konsep lukisan, bagaimana final artwork nanti dan kualiti lukisan. Kalau diperlihatkan semua lukisan figura ini tidak mempunyai wajah, ini kerana cikgu berkenaan akan edit masuk foto wajah-wajah sebenar anak-anak pelajar mereka dengan wajah guru-guru kelas sekali.

Untuk job ini tempoh siap memakan masa agak lama dengan jumlah pelajar yang konsep lukisan yang pelbagai lokasi. Kalau tak silap projek ni mula hujung bulan Mei, draft tengah bulan Jun, warna awal bulan Julai dan siap baru semalam!

Suasana aktiviti Kokurikulum di tepi pantai.. Maklumlah sekolah dekat kemaman.. bilangan karektor 17 orang semua lelaki dengan seorang guru perempuan.

Suasana dalam bilik masakan ERT. Semua karektor pelajar perempuan seramai 12 orang termasuk 1 orang guru perempuan.

Suasana di bas sekolah rosak. Jumlah karektor 10 lelaki dan 12 perempuan plus cikgu perempuan sebagai pemandu bas..

Suasana di Makmal Sains dengan karektor pelajar lelaki 10 orang dan 17 perempuan.

Suasana makmal kejuruteraan dengan karektor 8 lelaki dan 25 perempuan.

Suasana sukan sekolah dengan karektor 7 lelaki dan 22 perempuan

Suasana dalam kelas dengan karektor 8 lelaki dan 25 perempuan

Suasana di kantin sekolah dengan jumlah karektor 17 lelaki dan 8 perempuan.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jun 28, 2014

selamat berpuasa

Kami berlima puasa tahun ni.. :)


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jun 19, 2014

Tempahlah lukisan karikatur di sini.!

Tengok tajuk macam paksa-paksa je.. haha bukan paksaan tapi seruan kepada mereka yang benar-benar inginkan hasil karya lukisan karikatur yang bermutu tinggi pada harga yang berpatutan.. Mycartoonnizzlah tempatnya.

Disini disenaraikan pilihan lukisan karikatur kami:

1. Lukisan karikatur versi comel dengan prob (naik motor) dan latar belakang.

2. Lukisan karikatur berpasangan dengan latar belakang taman bunga

3.Lukisan karikatur hitam putih solo

4. Lukisan karikatur solo berwarna

5. Lukisan kartun comel pasangan pengantin
  
6. Lukisan karikatur kanak-kanak warna penuuh


7. Lukisan karikatur edisi IKS. Khas untuk usahawan mempromosi produk mereka

8. Lukisan karikatur anak kandungan pertama

9. Lukisan karikatur 1 keluarga warna penuh
 10. Lukisan karikatur untuk majlis khas seperti perpisahan, naik pangkat dsb.


11. Lukisan karikatur sempena Ulang Tahun Ibu Bapa



Nah.! Kan ada banyak idea untuk anda pilih dan artis kami sedia melayan idea-idea baru yang anda utarakan. Kepakaran artis kami ialah mampu melukis wajah dengan tepat dan sama seperti gambar asal. Dengan sentuhan artistik dan gaya lukisan tersendiri kami yakin dapat memberikan kepuasan kepada anda sebagai tanda terima kasih kerana memartabatkan karya seni mycartoonnizz dalam memori indah hidup anda.


Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Jun 11, 2014

Wedding Caricature Jun 2014



Klien : Emi & haizal
Asal : Bangi, Selangor
Tema : Pengantin
Color : Biru - Ungu

Lukisan Digital : Nizzam
Warna Digital : Syahir

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

May 23, 2014

Paan & Adeq

Tempahan khas dari edisi remaja sempoi.

Hitam Putih tanpa warna.


Lukisan ringkas dengan penambahan framing dan effect dedaun.

Apa pun diucapkan terima kasih kerena suka dengan kerja mycartoonnizz. 

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

May 20, 2014

Selamat hari guru..


 1 dari 7 artwork yang perlu siap dalam tempoh 1 bulan ni.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

May 15, 2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...