Dec 11, 2010

Orkid siri 1

Orkid siri 1 / 59cm x 39cm

Salam hormat kepada semua,

Entry kali ini ialah sentuhan catan akrilik atas canvas (acrylic on canvas) dengan motif flora iaitu bunga Orkid.
Tak lama untuk menghasilkannya, (itupun sebab anak2 tak kacau..) dikirakan adalah dalam 5 jam berterusan (berhenti sekejap2 membetulkan tengkuk dan pinggang yang sengal2..).
Agak lama dah x berkarya menggunakan media catan ni. Almaklumlah sepanjang mingggu banyak tempahan untuk lukisan digital dan foto editing, jadinya asyik mengadap PC sahaja sokmo.

Mula dari hari Isnin mencari koleksi foto bunga orkid lalu dipilih yang mana paling mengancam jiwa dan skill. Masa tu sambil2 sapu emulsion pada canvas yang lama dah dibeli (ada 4 set sebenarnya..) sementara menunggu emulsion betul2 kering dan menutupi semua pemukaan kanvas, sambil itu layan foto2 yang terbaik.

Apabila mula melakar sahaja, tangan dah tak boleh berhenti melakar dan trus melakar.

Tips kat sini kalau x yakin nak melakar guna fotocopy dan trassing paper untuk tekap jadi lakaran.

Setelah itu bermulalah layer demi layer warna di masukkan mengikut tone dan form yang betul.

Tips kat sini ialah jangan overlap pada sempadan lakaran subjek, supaya kualiti warna yang dicampur x lari dari yang kita nak.


1 perkara yang suka saya kongsi disini ialah madia acrylic ini tidak mengeluarkan bau yang kuat seperti cat minyak. Dan media ini sangat mudah dibersihkan kerana ia adalah media berasaskan air.

Jadi lepas siap jer catan tak der la satu rumah berbau minyak..! hehe.. Insyallah dalam entry lain akan banyak lagi siri Orkid bakal menyusul. Tungguu...

Untuk tempahan 013.2377 983 (nizzam)

2 comments:

Anonymous said...

info yang berguna

mycartoonnizz said...

Terima kasih,, ilmu berguna kita share2 kan pada semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...