Feb 7, 2013

Sibuk

Team mycartoonnizz sedang menyusun atur pasukan agar segala tempahan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkualiti.

Terbaru kami telah war-warkan beberapa pelukis dan pewarna digital kami yang sebelum ini dirahsiakan. Ramai tertanya-tanya mycartoonnizz ni solo atau berpasukan. Memang mycartoonnizz bermula solo, kemudian masuk tahun 2010 seorang pewarna digital menjadi ahli, kemudian awal tahun 2011 datang lagi 2 orang pelukis dan pewarna yang sangat berbakat. Pada tahun 2013 masuk lagi 2 orang yang menjadikan Studio Mycartoonnizz meriah dengan kepelbagaian gaya lukisan dan teknik mewarna digital.

In Sya Allah perancangan dalam tahun 2013 ini, mycartoonnizz akan mengadakan kelas lukisan Karikatur, Beruntung kepada mereka yang tinggal sekitar Johor Bahru (sebab dekat). Atas sebab lokasi telah ada, dengan bilik berhawa dingin selesa utuk sesi pembelajaran selama 5 jam. Kita akan membuka tawaran kelas lukisan karikatur ini terhad kepada 5-10 orang sahaja untuk setiap sesi. Jadi tumpuan dan fokus peserta serta jurulatih berada di tahap yang ideal. Secara serampang dua mata, mycartoonnizz akan mencari bakat2 baru dalam ramai2 peserta tersebut. Manalah tahu mungkin anda yang bertuah dan mendapat pengalaman bekerja bersama dengan team kreatif mycartoonnizz.

Kepada yang duduk jauh di luar Johor Bahru, setakat ini belum ada perancangan untuk adakan jelajah seni (macam sedap jer bunyinya).. tetapi kami mengalu-alukan mana agensi korporat atau kerajaan untuk menjemput kami sebagai tetamu atau jurulatih. Harga boleh runding. :)

Salam maju jaya kepada rakan2 dalam bidang ini dan pesanan kepada bakal pelanggan, jangan segan untuk berhubung dengan operator mycartoonnizz bagi bertanyakan perihal tempahan dan terma syarat kami.

Harga? Setakat ini harga kami naik RM1 sahaja dari tahun lepas.. Baikkan mycartoonnizz.. so ramai2 lah tempah di mycartoonnizz. Kita ada banyak idea2 segar untuk menceriakan hari istimewa anda.

Salam cinta dari pengasas mycartoonnizz untuk tahun 2013 dan bulan februari yang romantik ni.. Ulangtahun perkahwinan saya bulan ni tau.. (malu nak cerita..)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...