Oct 18, 2011

Idea Tatarias Pelamin Konsep Karikatur

 Kredit kepada Ana Farhana & Suaminya

Salam hormat buat semua,,, entry kali ini nak share sesuatu yang amat membanggakan buat team mycartoonnizz. Sesuatu yang pertama kali dibuat orang rasanya.Pelanggan kami Ana Farhana dari Kulai Johor, telah membuat pelamin mereka daripada lukisan Karikatur.. memang diorang plan asal nak buat begitu... so kita sama bagi idea untuk sesuaikan latar belakang ala-ala bunga sakura.... Alhamdullillah mereka berdua telah selamat nikah dan bersanding...dan dengan izin tuan punya foto (fb : ana farhana) saya attach foto kahwin mereka berlatar belakang pelamin karikatur.

Terbaik. Tahniah diucapkan..

Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 17, 2011

Jawatan Kosong Pelukis

 Salam hormat,

Bagi memperkemaskan perjalanan kerja di Studio Mycartoonnizz yang telah sibuk menerima tempahan secara online sejak tahun 2011.. Kini kami ingin membuka peluang pendapatan sampingan secara Freelance kepada mereka yang layak.
 
Mycartoonnizz ingin mempelawa kepada anda diluar sana yang mempunyai syarat-syarat dibawah.

Syarat-syarat:
  1. Boleh melukis secara digital
  2. Boleh mewarna secara digital
  3. Boleh berinteraksi secara online
  4. Mempunyai gaya lukisan tersendiri
  5. Mempunyai daya imaginasi & kreativiti tinggi
  6. Mampu melaksanakan tugas dalam tekanan masa
  7. Mampu bertugas diluar kawasan (event)
  8. Berumur 18 tahun keatas
  9. Warganegara Malaysia
Jika anda orang yang kami cari.. sila hantarkan resume anda dan sertakan beberapa contoh karya anda.. Keutamaan kami adalah kepada mereka yang berMINAT untuk mengembangkan kemahiran mereka.. Latihan khusus untuk Lukisan Digital akan diberikan secara PERCUMA



Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Sep 25, 2011

Karikatur Berpasangan Khairuddin & Atikah dari Segamat

 Latest update..karya mycartoonnizz di hujung2 bulan September nih.. Pasangan ini akan menempah kad perkahwinan mereka kelak.. dan tema warna mereka Hijau Kuning...dan mereka suka konsep Islamik.. so pakaian mereka dicadangkan ala-ala jubah labuh dan baju melayu... :)

Untuk tempahan karikatur mycartoonnizz@gmail.com

Sep 22, 2011

Karikatur Bewarna Radhiah Famili

Siap sudah... versi color.. tinggal latar belakang sahaja still in progress.. insyallah malam ni customer dah boleh tengok.. Ok jer tiada perubahan... dah boleh terima full version file jpeg dan print untuk jadi koleksi peribadi mereka..

Sep 20, 2011

Draft 2.0 Radhiah & Suami...

Versi Pregnant.. Perubahan pada gaya.. kali ni diorang nak gaya bakal bapa & mama nak dapat 1st child... hehe... Sempoi..Cadangan latar belakang suasana ceria bilik baby..kita tengok apa respon diorang... :)

Cash deposit atau Internet Banking

Salam hormat buat anda semua diluar sana..Team Mycartoonnizz ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan untuk tahun ini sahaja Tempahan Karikatur Berpasangan telah melebihi sasaran yang ditetapkan... Alhamdulillah berkat kepercayaan anda semua yang enjoy dan sporting menerima karya dari kami di Mycartoonnizz..

Sehubungan itu kami bakal mengUpgrade perkhidmatan pembayaran kami ke satu peringkat lebih baik dimana ianya lebih memudahkan anda semua untuk membuat pembayaran tanpa bersesak atau tersangkut kat jam! Kepada mereka yang menggunakan Maybank2U memang tiada masalah,, cuma yang guna bank lain susah sikit... disebabkan online transfer makan masa 3 hari proses... maka draft karikatur pun kena tunggu sampai kami menerima pembayaran tersebut. Hal ini boleh dielakkan (buat masa ini..) dengan anda cash deposit sahaja.. confirm duit direct masuk..dan kami boleh terus buat draft karikatur anda dengan segera.. :)

Besar harapan kami untuk memudahkan lagi anda dan mereka2 yang berada diluar Malaysia... Insyallah Mycartoonnizz akan mengembangkan sayap ke Brunei dan Singapura..Permintaan sentiasa ada cuma masalah tukaran mata wang sahaja...

Sep 18, 2011

Full Color Faizah & Radzi dari Pontian Johor

 Pasangan ini masih bertunang dan karikatur ini bakal dimasukkan ke dalam kad jemputan mereka... tahniah kepada pasangan Faizah & Radzi dari Pontian Johor. Semoga seronok dengan karya kami dan boleh promote pada member2 lain..

Untuk tempahan karikatur mycartoonnizz@gmail.com (nizzam)

Sep 17, 2011

draft Faizah & Radzi

Lagi draft untuk pasangan Faizah & Radzi... nantikan approval mereka untuk kami start kerja2 mewarna dan latar belakang skali... hehe...layan..

Papa & Mama

Job ni lama dah customer ni order... entah camner boleh terlepas pandang... anyway nasib baik dia ok.. dan isnin ni baru dapat tunjukkan pada dia... ini customer offline so senang deal...
Job ni adalah untuk Cetakan & Frame...bakal dijadikan hadiah kepada mom & dad dia.
Harga...? ups.. nanti kami akan umumkan... sebab sebelum ni belum yakin nak buka pakej ni.. hanya yang dok JB jer merasa pakej nih.. :)

Sep 15, 2011

Tema Fantasi... Mai dari Ampang

Salah satu Karikatur terbaru dari kami... bertemakan Wedding Fantasy... Istimewa buat Cik Mai dari Ampang.  Semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja kami,,

Untuk tempahan karikatu? email jer kat mycartoonnizz@gmail.com

Sep 12, 2011

Harga Karikatur..

Tips Mycartoonnizz : Kalau nak lukisan yang bermutu jangan ragu-ragu dengan harga yang diberikan oleh artis itu.. Ada sebab dia letak harga begitu.. Harga melambangkan hasil kerja.... ikhlas dari headmaster mycartoonnizz... :P
 Gambar : Karikatur watak X-file.. aku lupa namanyer.. artwork ni dah 12 tahun dihasilkan...Media Pensel Warna.. Masa ni harga untuk 1 artwork aku letak RM10 jer saiz A4.. So boleh bandingkan ye dengan harga sekarang...

Sep 8, 2011

draft karikatur september 2011

New draft... Job awal bulan ni... baru peringkat draft 1.0.. untuk Cik Mai dari Ampang KL...
Nantikan versi penuh apabila artwork ini di sahkan oleh tuan punya badan...

Aug 22, 2011

Hidayah & Nabil

Lagi pasangan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka lepas raye ni. Tema diorang MERAH... diorang ni kira rezeki dapat artwork mereka dlm masa 3 hari jer...

Kebetulan artis baru balik bermesyuarat di Bukit Jalil, K.Lumpur seminggu.. dia sms dan proceed dgn pembayaran.. zas terus lepas sahur artis ngerjakan draft untuk approval dari Hidayah.. Mlm tu tgk email ada reply dari dia kata "OK SANGAT..CANTIK!!!. "
So apa lagi stay-up lewat sket mlm tu sambung lepas sahur coloring and redering tone.. tup-tup siap lebih kurang jam 1.00 tadi.. Upload dan hantar master ke email nya...

Begitulah kesahnya... betapa syoknya dapat berkarya dengan orang yang memahami kerja seni in... tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini Cik Nurul Hidayah & Nabil..


Aug 7, 2011

new job couple caricature Ogos 2011

versi outliner

versi warna penuh

Helo semua.. selamat berpuasa buat semua.. kali ni nak update latest job karikatur.. job daripada Yong Esther yang nka buatkan karikatur untuk parent dia.. sweet tuh.. sempena ulangtahun ke 50... dengar citer diorang ni nak print pada t.shirt so pakai ramai2.. (rujuk jumlah belon tuh... tu sumer anak-anak tuh) sempoi.

So sambil berpose... layan karikatur sampai customer puas hati... terbaeek..

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...