Jan 16, 2014

Lukisan Karikatur Mengandung

Pelukis tak mengandung apa tah lagi lukisan tak akan mengandung. Yang mengandung adalah bekas pelanggan mycartoonnizz yang pernah menempah karikatur untuk kad kahwin mereka ( rujuk Zila & Muiz Wedding ) dan kini nak tempah tema "Mengandung". Ada 2 lukisan yang mereka nak dengan gaya pakaian yang berbeza.


Norfazila & Suaminya En Muiz karikatur istimewa kenangan semasa mengandung anak pertama mereka. Mudah-mudahan selamat melahirkan dalam beberapa hari lagi.

Jan 8, 2014

Yana Azlin - Karikatur COMEL


 Yana dan Suami
Terengganu

Tema : Couple/Santai
Artwork : 2 set BW Outline

Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Bagaimana nak tempah kartun atau karikatur

Assalamualaikum semua,

Hari ini Admin akan menerangkan serba ringkas bagaimana nak membantu anda yang mahu menempah samada lukisan KARTUN COMEL dan lukisan KARIKATUR PERKAHWINAN.

Sila ikut arahan dibawah ini.

Langkah 1:

~ Anda semestinya telah melihat sampel-sampel karya di Mycartoonnizz sebelum mahu bertanyakan HARGA. Ini memudahkan admin memberikan HARGA TERBAIK dan SESUAI mengikut KEPERLUAN anda.
~ Nak senang boleh klik di page mycartoonnizz untuk galeri dan promosi terkini. atau
add FB admin di nizamycartoonnizz .

Langkah 2:
~ Anda whatsapps/sms/pm ke [013]2377 983 atau emel mycartoonnizz@gmail.com untuk berhubung mengenai HARGA!!
~ Selepas JELAS dengan HARGA kami, anda perlu tahu PROSEDUR KERJA mycartoonnizz. Ianya seperti dibawah:

1. Setuju dengan HARGA~Pemberian No Akaun ke no HP anda akan dibuat. PEMBAYARAN PENUH melalui perbankan internet atau pindahan di ATM.

2. Emel / sms attachment BUKTI PEMBAYARAN dalam bentuk resit atau teks sms ke no HP Admin.

3. Anda boleh attach FOTO ke inbox fb, whatsapp kepada Admin selepas PEMBAYARAN dibuat.

4. Pelukis Mycartoonnizz mula melukis dalam tempoh 24 jam SIAP untuk KARTUN COMEL manakala DRAFT untuk KARIKATUR PENGANTIN.

5. Setiap ARTWORK LUKISAN akan di hantar melalui EMEL SAHAJA! Ini bagi menjaga tahap kualiti OUTPUT karya.

Langkah 3:
~  ARTWORK yang diterima oleh anda sudah boleh digunakan untuk OUTPUT seperti cetak KAD KAHWIN, BANNER, BUNTING, STICKER, DOOR GIFT dsb..

Sebagai tanda penghargaan anda kepada kami, sila TAG atau EMEL foto-foto bagaimana rupa OUTPUT printing yang anda buat dari Lukisan Mycartoonnizz.



Dec 19, 2013

Promosi Akhir Tahun 2013

"" Karikatur Perpasangan """"

Harga TERBAIKK dari ASAL Boleh kira dengan jari kaki kalau tak cukup tangan!!

Apa yang anda dapat??

Pakej Lukisan Berwarna Penuh

3 File lukisan:
1 file lukisan berwarna (sesuai untuk bunitng, banner dan kad jemputan cetakan warna digital)
1 file lukisan tidak berwarna (sesuai untuk kad hitam putih)
1 file lukisan outline (sesuai untuk cetakan t.shirt 1 color)

Apa tunggu lagi, kuota kami 10 tempahan seminggu jika lambat kena tunggu minggu seterusnya ya.

emel mycartoonnizz@gmail.com atau pm terus untuk Harga dan Tempahan sekarang!!

"""PROMOSI SAH SEHINGGA 31 DISEMBER 2013'''''''


Nov 29, 2013

2014 bakal tiba...

Hai salam hujung minggu.. selamat bercuti pada mereka yang bercuti sempena musim cuti sekolah. Post kali ini nak flash back seawal tahun 2004.. sesuai dengan tajuk post 2014 bakal tiba.. kira dah 10 tahun beb.. 10 tahun develop teknik dan style karikatur mycartoonnizz sehingga diangkat orang mereka yang menghargai seni kreatif anak tempatan.

Untuk tempoh itu pelbagai dugaan dan ragam dalam meneruskan minat dan peluang untuk karya di hati peminat seni. Ada yang suka, seronok dan tidak kurang juga yang cerewet seperti tidak faham kelainan yang di tonjolkan oleh mycartoonnizz.

Dalam tempoh 10 ini juga teknik mycartoonnizz semakin hari diperkemaskan dan sesuai dengan arus digital masa kini. Dahulu mycartoonnizz di bawa secara solo dengan berbekalkan pen dakwat hitam, pen marker hitam dan kertas A4. Selepas siap setiap lukisan itu dibawa ke kedai photostat untuk di jadikan bukti dan simpanan pelukis, mana ada scanner dan camera HP seperti zaman sekarang. Berkarya di tengah-tengah program dari jam 8.30 pagi hingga lewat 5 petang. Tak putus-putus pelanggan memberikan foto ukuran passport dan 4R dan ada juga sanggup tunggu giliran untuk di lukis secara live. Memang tak menang tangan pada masa itu..( Mungkin harga untuk 1 lukisan masa itu cuma rm2.00 untuk seorang. Mungkin harga pada ketika itu sudah memadai untuk seorang pendatang baru yang sedang mencuba nasib.

 Pasangan ini ada cerita dia.. beliau mahukan gaya gambar foto konvo dengan berpakaian jubah manakala tunangnya (kalau tak silap..mereka dah bertunang semasa belajar lagi..) sudah bekerja dan ini kenangan mereka bila bertemu kelak..Maklumlah bukan selalu jumpa. Sorang duduk KL sorang lagi duduk terengganu.


Nah 5 orang dalam 1 kertas A3 sebenarnya, tempahan selepas event dan semasa sedang praktikal di SMK (P) Bandaraya, KL.  dah tak ingat nama mereka tapi kalau jumpa boleh tegur. Wajah mereka semua di lukis dari foto passport. Gaya pose mereka memang dari angle atas..antara teknik awal lukisan mycartoonnizz yang lain dari pelukis lain ketika itu.


Kumpulan guru semakin ramai mengambil kesempatan atas skill dan harga yang dicas tak mahal. Tak boleh mahal masa tu sebab sedang belajar,  nanti tak dapat apa-apa semasa praktikum nanti. Ini adalah sekolah sahabat saya Abdul Rahim yang tak jadi sama sekolah dengan pelukis. Apa pun dia agak kesal kerana kami tidak sebumbung sekolah namun pengalaman masing-masing.


Keluarg ini baru mendapat anak seorang dan semasa ini pelukis mula bermain dengan anatomi badan yang lebih detail dan comel. Lebih-lebih lagi pada karektor kanak-kanak. Apabila di tunjukan pada mereka ayat pertama yang terkeluar ialah " ala la la comelnya..." . Syukur mereka suka dan tak pasti apa yang jadi dengan lukisan pada diorang.

Secara ringkasnya ketika ini setiap 1 lukisan pelukis cuma ambil masa dalam 15 minit sahaja untuk siapkan. Jadi sesuailah dengan harga pada ketika itu. Ye lah belum ada nama lagi.. Orang tak kenal. Facebook, Blog semua tak ada lagi.. Untung budak-budak sekarang, cepat tempa nama dan pengalaman.

Huh.. memang layan kalau nak flash back zaman kegemilangan ni.. apa pun kita akan countdown sehingga menjelang 2014. Akan ada promosi baekk punya menanti anda.. sentiasa follow up ok..

Chaw!

Nov 23, 2013

Jan-Feb 2013 order

Adik Uzma


Din Shutter

Gee Sekeluarga


 



April 2013 job



Azira Tim Sekata




Amin & Keluarga

PERCUMA

Mana ada dalam dunia sekarang benda nak beri PERCUMA..!

Perkara biasa orang akan tanya, ada percuma tak? yang ini percumakan..?!.. Susah-susah mycartoonnizz berikan PERCUMA kepada anda tetapi tidak semua ya... :)

Apa yang kami beri percuma ialah:

  1. Tajuk
  2. Hiasan kerawang atau grafik ringkas
  3. Nama anda
  4. Kata-kata hikmat dan sewaktu dengannya.
Sila rujuk grafik kalau tak faham juga boleh emel saya untuk pertanyaan, jangan takut sebab mycartoonnizz tak makan orang..


Nov 17, 2013

Lagi Karikatur Ekspress from cikgu-cikgi Johor Bahru




Selamat bercuti kepada semua budak2 sekolah. Diharapkan anda semua bercuti dengan gembira dan jauhi dari perkara yang merosakan minda dan jasad.

Lagi 1 bulan nak menghampiri penghujung tahun 2013. Banyak organisasi kecil mahupun besar sibuk mengadakan majlis akhir tahun, annual dinner dan sebagainya. Di mycartoonnizz sentiasa terbuka untuk melayan tempahan pelbagai pakej. Terbaru dan terkini dari SMK Tanjung Adang yang menempah Karikatur Ekspress dengan jumlah wajah yang perlu dilukis seramai 30 orang.

Alhamdulillah proses akhir telah siap untuk di sahkan oleh pengerusi Kelab Bilik Guru SMKTA. Karya ini adalah bersaiz A4 setiap satu wajah yang dikarikaturkan. Kaedah ini membolehkan setiap guru/staf menerima karikatur wajah masing2 dan bonus dalam bentuk sofcopy berformat jpeg.

Kepada organisasi lain seperti badan berkanun, kolej, syarikat swasta dan lain-lain boleh emel kepada mycartoonnizz@gmail.com untuk pertanyaan atau pun add facebook nizzam mycartoonnizz untuk respon segera. Kami ada page untuk di LIKE.. purplenstudio mycartoonnizz page

Salam hormat dan salam ceria di awal pagi ahad ini dengan ucapan selamat bercuti dan ceria-ceria selalu!

Nov 6, 2013

Terbanyak terhangat Karikatur Ekspress!!

Terbanyak,, rekod untuk 2013... 69 order dalam 1 minggu!!

Karikatur ini adalah bundle dari warga guru dari Perlis Indera Kayangan.

Istimewa buat anda diluar sana yang nak karikatur beramai-ramai, mycartoonnizz menyediakan pakej KARIKATUR ESKPRES yang paling sensasi, baru 1 bulan dilancarkan..

Apa tunggu lagi,, kumpulkan rakan2, saudara mara.. :)




Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Oct 6, 2013

karikatur September 2013

Karikatur pengantin cina Jack & Jane dari Segamat Johor, sempoi dan tak cerewet sebab memang pasangan ini sudah sedia foto pose begini.. Cuma artis mycatoonnizz main warna sahaja. Foto asal gaun perempuan warna putih. Lukisan ini bakal dijadikan kad jemputan perkahwinan mereka. Tahniah diucapkan.

Berikut karikatur beramai-ramai dari Bidor Perak. Beliau nak abadikan karikatur AJK guru dan kakitangannya secara berasingan. Cuma lukisan ni mycartoonnizz saja kumpulkan dalam 1 muka. Alhamdulillah seramai 23 orang dalam tempoh 5 hari selamat disiapkan mengikut perancangan. Proses memuat turun kumpulan foto mereka tak lama cuma kena ada sistem penamaan supaya tidak tersalah orang dan namanya.


Sep 11, 2013

Sebuah Lukisan baru bermula

Sememangnya seronok dan mencabar bila melukis secaqra manual, jauh dari teknologi digital yang mudah kita nak undo atau betulkan kesilapan bila proses melukis berlangsung.

Apa pun keseronokan dalam melayan berus lukisan dengan campuran warna-warna hingga terhasilnya sebuah gambaran lukisan. Lama tidak berkarya dan biasa saya tidak mengambil masa yang lama untuk mengadap sesuatu lukisan paling lama mungkin 1 hari sahaja.. Tak sabar nak lihat kerja siap sempurna atau mungkin ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.

In sha Allah lepas ini blog akan disajikan dengan pelbagai genre lukisan dan karya gabungan pelukis tegar di mycartoonnizz. Nantikan kemunculannya dan jangan lupa jika berminat nak beli boleh emel atau call sahaja. :)

Sep 10, 2013

Berkarya semula

Mengisi masa dengan pelbagai projek offline hingga terlupa blog ini perlu diupdate sentiasa.. Apa pun terima kasih kepada mereka yang kerap berkunjung ke mycartoonnizz untuk meninjau pakej2 lukisan terkini khususnya karikatur. Ramai yang ber emel kepada admin dan ada yang smepat dibalas segera ada juga kena tunggu 2-3 hari baru direply emelnya.

Tak nak membebel banyak sebab ada kerja sedang menanti cuma nak war-warkan disini yang Mycartoonnizz bakal menyusun tara sistem tempahan dan proses kerja lukisan digital kami dengan membuka peluang projek yang lebih besar untuk anda tawarkan.

Berikut adalah projek yang boleh kami terima:

1. Lukisan karikatur untuk - Kad Perkahwinan, Banner, Bunting, Avatar, Profile Picture, Bookmark dsb.
2. Lukisan muka depan - Buku Tulis, Majalah, Buku Kanak-kanak dsb
3. Reka bentuk / Lukisan mural - Gym, Taska, Pejabat, Promosi, Expo, Backdrop dsb.
4. Reka bentuk grafik - Logo, Simbol, Blog, Header, Icon, T.shirt, Survinuer dsb.

Artis Mycartoonnizz juga boleh hadir ke lokasi untuk Pakej Live Caricature eksklusif lokasi sekitar Negeri Johor sahaja.

Emelkan cadangan  dan tawaran projek anda ke mycartoonnizz@gmail.com dengan bajet projek anda dan kami akan respon secepat yang mungkin.

May 3, 2013

Azmi Firdaus Alor Star Kedah


draft Mei 2013

Helo.. mycartoonnizz masih aktif berkarya... jangan anggap blog ini agak sunyi namun ia akan sentiasa update di facebook. Sebarang pertanyaan boleh melalui email mycartoonnizz@gmail.com atau jadi rakan di facebook atau like page facebook kami.. tak susah.

Ooowkey... update la draft awal bulan Mei ini. Tempahan dari Saudara faisal dan tunangnya. Johor bahru-melaka. Insya Allah mereka bakal melangsungkan majlis pada bulan 6 ini. dan karya ini akan menjadi salah satu master artwork untuk banner, t.shirt rewang dan goodybag... tahniah dan diharapkan draft ini lulus dan proses warna akan dijalankan untuk 2 hari bekerja.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...