Mar 23, 2016

Super Kid Aru Biha Senawang

Bukan selalu dapat job adiwira,






 Lakaran kasar dengan sampel yang diberikan oleh klien kena reject tang cawat... mcam x sesuai.

 
Pembetulan dalam tempoh beberapa minit je. baru proceed warna
 Done. final drawing bertemakan adiwira super kid. Katanya nak buat maskot kedai. Mycartoonnizz doakan kejayaan tuan.



Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Selamat bersara Tuan

Assalamualaikum,

Ni job yang ke 8 untuk lukisan persaraan penjawat awam. Tahniah dan selamat maju jaya kepada beliau. Encik Tay Meng Seng.


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Venoedh dari Alor Setar - An Indian Wedding Caricature

 Proses lakaran (draft)
Sebagai cadangan kasar idea klien yang divisualkan.
Proses warna berperingkat. 
Proses ni mengambil masa 2 hari untuk klien menunggu siap. 

Karya akhir
Elemen warna penuh pada lukisan dan latar belakang. Tulisan dan ucapan adalah percuma.

Nota: Ada klien bertanya,, "watermark nanti ada ke masa final.?" Jawapannya "Watermark hanya untuk paparan di sini sahaja."




Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Mar 6, 2016

the motivator siries



 Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Mar 2, 2016

Pakar motivasi..?

Solo bukan calang-calang solo. En khairul merupakan seorang pakar motivasi, insyallah dengan lukisan karikatur ini beliau akan menerbitkan buku motivasi. Sama-sama kita doakan kejayaan beliau. Dan terima kasih atas kepercayaan kepada mycartoonnizz.



Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Feb 28, 2016

Februari yang sangat sibuk

Lagi beberapa hari akan sampai ke penghujung bulan februari. bulan romantis kata punjagga inggeris. Namun studio mycartoonnizz sibuk melayan tempahan yang bertali arus. Sejak kebelakangan ini banyak artwork untuk korporat dan agensi pengiklanan bekerjasama dengan kami, kesan baik reputasi mycartoonnizz semakin berkembang ke satu level baru. Semakin dikenali di peringkat yang lebih luas. Pelanggan yang mempunyai persepsi tinggi terhadap hasil kerja seni.

Namun kesan kurang baik, kami tidak dibenarkan untuk berkongsi karya-karya tersebut atas persetujuan bagi urusan perniagaan ini. Ok tiada masalah untuk itu, insyallah studio mycartoonnizz memandang perkara ini sebagai pengalaman dan peluang untuk berkembang lebih maju.

Terbaru dari studio mycartoonnizz, kami akan menaik taraf (upgrading) kualiti kerja dari beberapa aspek:

1. Teknik lakaran eksklusif untuk sesetengah job ~ Sentuhan terkini dengan gaya lukisan yang lebih artistik, lebih menampakkan stroke garisan yang lebih menonjol dan garisan yang lebih style.

2. Teknik mewarna terkini dan berkualiti tinggi ~ Kelebihan team mycartoonnizz kali ini ialah mengenengahkan satu teknik digital painting lebih daripada cartoon style sebelum ini. Skin dan tona warna lebih hidup dan realistik. Penekanan kualiti pencahayaan yang lebih dramatik.

3. Tempoh kerja yang lebih untuk kualiti ~ sekian lama mycartoonnizz menawarkan proses kerja dalam 4 hari bekerja untuk artwork warna penuh, kali ini kami menambah kepada 7 hari bekerja tidak termasuk tempoh sesi preview dan editing. Demi menjaga kualiti kerja ke tahap yang lebih multinasional dan internasional tempoh ini mungkin lebih panjang jika melibatkan tugasan yang lebih kompleks dan teliti.

4. Harga pakej lebih eksklusif dan berbaloi ~ Tidak rugi melalukan invesment keatas strategi pemasaran perniagaan anda dengan menempah karya di mycartoonnizz, samada anda menggunakan untuk tujuan peribadi atau perniagaan. Ramai yang berpuas hati, ramai yang berbangga pernah berkolaborasi dan mendapat sentuhan artistik sejak 2008 hingga kini.

Mycartoonnizz belanja 1 artwork terkini 2016, versi eksklusif digital art

Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Feb 13, 2016

Line Drawing


Salam di bulan Februari 2016.

Riang ria wajah kanak-kanak. Ilustrasi ini asalnya untuk satu lukisan mural restoran. Di sebabkan tema berbeza so kena reject. Tak ada masalah. Benda elok boleh pakai. Janji ada yang berminat.

Mycartoonnizz menawarkan lukisan dalam bentuk artline kemas dan sesuai untuk material cetakan di dinding restoran, taska, pejabat dan sebagainya. Nyatakan tema anda dan kami akan visualkannya dalam lukisan begini.

Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Jan 14, 2016

Pencarian Bakat Pelukis Muda Mycartoonnizz (jawatan kosong)

Helo 2016,

Januari sudah menjengah, nah apa lagi yang ditunggu-tunggu. Bulan ini sengaja mycartoonnizz tidak mengemaskini blog dengan karya-karya terbaru. Kita nak beri laluan kepada pembenihan idea-idea baru untuk perkembangan kreatif seni di mycartoonnizz.

Mycartoonnizz akan mengrekrut pelukis-pelukis muda. Samada secara offline atau online. Mereka ini adalah wajib terdiri daripada yang berumur tidak kurang 18 tahun hingga 30 tahun. Tidak ada komitmen kerja yang menyekat kreativiti anda berkarya.

Sejak pertengahan tahun 2014 hingga hujung 2015, mycartoonnizz terpaksa memperlahankan aktiviti seni samada secara online mahupun offline. Orang kata bertapa. Menuntut ilmu untuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

Konsep yang dibawa oleh mycartoonnizz kepada pelukis-pelukis muda ini adalah membeir peluang kepada mereka pengalaman di dalam industri seni secara online dan offline yang menjanjikan pelbagai peluang dan ruang untuk menempa nama dan menambah sumber pendapatan dan juga rezeki halal untuk kehidupan yang lebih barakah.

Untuk itu, post ini adalah dibuka untuk sesiapa yang berminat dan sila hantar maklumat anda untuk dihubungi dan lampirkan contoh karya anda.

Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Dec 15, 2015

Karikatur Untuk Kad Kahwin




Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Dec 8, 2015

Mycartoonnizz di Tahun 2016

Assalamualaikum wbt

Jika mengira hari ada kurang 23 hari lagi ke tahun Dua Ribu Enam Belas (2016) dan disini nak dikatakan mycartoonnizz telah berusia secara rasminya tahun delapan (8) namun realiti cetusan lukisan karikatur telah bermula pada tahun Dua Ribu Empat (2004). Kejadian yang tidak disengajakan dan tidak dirancang dengan teliti. Atas desakan ekonomi dan sara hidup ketika itu, terjebaklah ke dunia karikatur pada harga RM2.00 sekepala. Pameran Keusahawanan kalau tak silap dan ianya berlangsung selama dua (2) hari. Jadi selama 2 hari lah bertarung dan tenaga dikerah untuk menyiapkan hampir lima puluh (50) orang pelanggan yang berminat dengan sentuhan mycartoonnizz. Macam nak tercabut lengan. Habis lima (5) batang pen marker hitam dan 4 pen dakwat mata 0.7 berjenama Artline. Pen pakai abis dan buang. No refill2.

Kalau dikenangkan ketika itu jiwa masih muda (tak muda sangat sebab umur dah lewat 20an). Kekuatan dan kesungguhan serta keghairahan berkarya, siap satu lukisan di buat salinan fotokopi. Berlari ke kedai mart yang jauhnya lebih kurang 100m dari tapak pameran untuk membuat simpanan sendiri. Tak seperti sekarang di mudahkan  dengan kamera digital daripada smartfon lagi. Hebat zaman sekarang. Pada ketika itu pelanggan yang tak mahu tunggu hanya meninggalkan foto bersaiz pasport dan ditulis maklumat diri mereka di belakang foto tersebut. Sistem tempahan dengan mengambil order dan foto serta maklumat (nombor hp untuk di sms bila lukisan siap), bagitau datang semula dalam tiga puluh (30) minit. Lukisan dah siap serah semula foto asal dan terima lah bayaran RM2.00

Bermodalkan kertas A4 berjumlah satu (1) rim (tak sampai pun sebab pinjam dari kawan, lepas pameran ganti semula), pen kosong point tujuh (0.7) dan marker hitam jenama Artline, Laminating contoh lukisan lama dan drawing board. Tak ada banner atau bunting, tak ada name kad, tak ada brouchure, phamplet dan sebagainya untuk memperkenalkan diri. Memang koboi je.

Lukisan dibawah adalah bukti yang mycartoonnizz telah berkarya sejak tahun Dua Ribu Empat (2004) dalam dunia karikatur. Macam tak percaya, tapi percayalah kita kena mula dari biasa untuk menjadi yang luar biasa. Tahun Dua Ribu Enam Belas (2016) menjanjikan perancangan yang lebih padat dan tersusun untuk mycartoonnizz dalam menghasilkan karya dan lukisan yang lebih bermutu tinggi dan berprofil tinggi. Insha Allah.


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Dec 7, 2015

Label Product & Logo






Contoh pilihan label untuk dipilih dan difinalise dalam bentuk vector.

Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Dec 4, 2015

karikatur untuk perniagaan 2015






Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Nov 22, 2015

Solo Karikatur - Agensi Anti Dadah Kebangsaan Selangor




Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Nov 17, 2015

Event 2015 @ Persada


 Hasil tangkapan dari jam 6 ptg hingga 8 mlm. 

Untuk tempahan dan jemputan ke majlis istimewa mycartoonnizz sedia memberikan khidmat lukisan karikatur digital. Setiap artwork bersaiz A4 dan dicetak dengan Printer Laser Hitam Putih. Lukisan di laminate dan sedia di bawa pulang selepas event tamat.  Harga promosi event dari RM10.00.

Jika mahukan versi color mycartoonnizz menggalakan klien ketika itu untuk menempah secara online dan masa yang diambil selama 4 hari untuk siap dan bergantung kepada jumlah tempahan.

Keperluan mycartoonnizz di tapak event ialah power supplier untuk 3 laptop, 1 printer, 1 mesin laminat dan 1 TV LCD.


Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Nov 8, 2015

Bila dah siap...

 Senyum je bila dah dapat.. terima kasih daripada En Zulkarnain kerana sudi menempah karikatur khas untuk majlis perpisahan pengetuanya. Lukisan itu dijadikan album dan ditandatangan oleh semua guru-guru. Syabas dan terima kasih




Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...